Pengalaman Kali Pertama Rawatan Muka Di HOTEL GOLDEN HORSES
Assalamulaikum semuanya...
Hari ni cik nur akan ceritakan pengalaman cik nur kali pertama jalani salah satu jenis rawatan Korea di Hotel Golden Horses tapi sebelum tu cik nur beritahu dulu tentang hotel ni.
Nama hotel ni seperti yang cik nur sebutkan di atas ia adalah Hotel Golden Horses. Hotel yang terbaik setakat ni cik nur pernah jumpa. Hotel ni terletak di Seri Kembangan dan corak hotel dia memang kebabOm la!! cantik dan unik.. bila datang hotel tu rasa macam masuk istana. Haha
Dah nama pun Hotel Golden Horses jadi hotel ni memang banyak patung kuda. Luar dan dalam hotel pulak uh perghhh warna gold bah! almari dengan meja katil pun ada corak kuda. tak menahan cik nur dibuatnya.
Btw kali pertama cik nur datang hotel ni dari cik nur sekolah rendah lagi. memang nak dikatakan setiap tahun pergi sebab ayah cik nur memang member kat situ. Bila dapat promo, kitaorang satu family pergi bercuti kat situ dalam 3 hari 2 malam. Kalau tak dapat nak tido pun, kitaorang akan datang untuk mandi-manda kat kolam renang. hahahah. Hotel ni memang hotel terbaik la yang cik nur pernah tinggal.
Sambung cerita ye.. emm act cik nur tak tahu servis apa yang hotel ni berikan selain servis penginapan, restaurant, swimming pool dan gym tapi untuk tahun 2020 baru cik nur tahu yang dorang ada buat servis kesihatan. Namanya GHH HEALTHCARE. itu pun sebab covid kan.. kalau bukan covid, memang tak tahu la sebab sebelum tahun 2020 kami pergi sana sebab ayah jadi member dan kami pergi untuk tahun 2020 sebab umi pulak daftar jadi member.
Bestnya jadi member ni, mereka akan berikan kita voucher! voucher dia bukan sikit tau uolsss.. tapi banyak!
3 voucher mengurut
2 voucher accupunture
2 voucher korea beauty
1 voucher
dan banyak lagi tapi cik nur lupa. haha maaf😂🙏
Seterusnya, GHH HEALTHCARE ni dia ada beberapa bahagian seperti GHH Healthcare ( Health screening), Wellness dan Spa dan hari tu cik nur try buat rawatan guna voucher dekat spa dan kat situ ada satu bilik khusus yang tertulis ' Korea Beauty'. Nama treatment cik nur buat ialah face lifting dengan harga rm94 PERCUMA! ye voucher kann.. haha tapi itu laaa.. dr situ kata kulit muka cik nur tak sesuai untuk buat treatment tu sebab cream yang digunakan boleh timbulkan banyak jerawat dan sarankan tuk amik rawatan Ruby Cell Anti-Aging Treatment yang harganya RM250! but tolak harga RM94 voucher so cik nur hanya perlu bayar RM 156 sahaja.. hahaha tak pe² ayah cik nur yang tolong bayarkan selepas ku berjaya bodek! uhuk! saje nak try treatment kat sini .. ye la cik nur dah try banyak nak tempat tapi kat hotel ni yg pergi banyak kali tak pernah nak mencuba 🤭
Ahir cerita, cik nur pun buat. First dia buat adalah cuci muka cik nur dengan air biasa lepas tu dia cuci dengan pencuci muka. Selepas cuci, dia buat extraction tapi bukan guna jarum cucuk kat muka taw. dia guna mesin tuk sedut. memang best!! staf yang nama Yin tu buat memang teliti. teliti habis kau.. lepas dia buat extraction dia bersih kan muka balik dengan mengurut² sikit then dia pakaikan mask. Haa.. mask dia sejuk dan nyaman. bau pun wangi. katanya bahan² yang digunakan semua dari korea dan mask cik nur tu ada aloevera memang lembut je rasa lepas dia buat tu. Selepas pakai mask, dia pakaikan toner, dan moisturizer. Step akhir tak lain tak bukan adalah sunblock. Yang cik nur suka tentang toner, moisturizer dan sunblock dia guna sebab ia cepat meresap! letak terus kat muka terus kering. pergh mantap!!
Cik nur nak buat lagi la lepas ni kat sana. oh btw pekerja² dia kat GHH Healthcare ni majoriti cina tau. so tak yah pelik la kalau korang pergi sana tengok ramai doktor ngn pesakit cina. Cik nur tak pe dah biasa. Arwah nenek cik nur kan cina. haha tapi cina muslim ye dari lahir😊
baik itu sahaja review cik nur tentang rawatan ni. dan bawah ni cik nur tatapkan gambar beberapa produk yang cik nur amik sebab staff Yin kata produk ni sesuai dengan kulit cik nur yang cepat nau naik jerawat dan berparut so kalau anda punya jenis kulit macam cik nur, try la mencuba. bye-bye
0 comments