Cerpen: Terima Kasih

by - Januari 02, 2021



"Dhira! cepatlah bangun! lambat dah ni". Aku yang sedang enak dibuai mimpi terjaga kerana kebecokan mulut satu-satunya sahabatku yang ada iaitu Ainul Qolbi atau boleh dikatakan bakal kakak iparku. Aku membuka mata perlahan-lahan melihat Ainul yang sedang berdiri di hadapanku sambil bercekak pinggang lagaknya sama persis seperti seorang mak yang sedang mengamuk kerana perangai hodoh anaknya. burghhhh.. memang sesuai betul minah ni jadi makcik-makcik la. Rungutku di dalam hati.

"Ada pe cik Ainulku sayang? tak nampak ke jam baru pukul 8 pagi? bagi la aku chance nak membuta" soalku sambil tangan kanan menggaru-garu kepala yang tidak gatal dan tangan kiri menggapai telefon bimbit yang berada di hujung katil.

"bukan sepatutnya kau balik pagi ni ke? mak kau call banyak kali dah ni. cepatlah siap!" Ainul tidak dapat membendung perasaan amarahnya kerana janjinya kepada puan Zaitun, ibu tiri Dhira semalam tidak dapat ditepatinya sedangkan aku yang mengetahui akan hal itu masih dalam mood malas tahap dewa. 

"ye.. ye.. aku siap la ni. kenapa lah kau ni beriya-iya sangat nak aku balik jumpa mak aku macam kau pulak anak dia.. jangan-jangan kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku. baik cakap!" gertak aku sambil mencuit-cuit tangannya. Ainul menggelengkan kepala tanpa menujukkan sebarang mimik muka. Aku yang tidak puas hati melihat reaksinya, memandang ke arah matanya dengan tatapan yang lama. Saja nak menggunakan skill psikologi yang ku pelajari suatu ketika dahulu. Kata orang, kalau kita tatap mata lawan lama-lama dan dia cepat-cepat mengalihkan pandangan, itu maknanya dia menipu.

Ainul membalas tatapanku tanpa menggelipkan mata sambil menyilangkan kedua-dua tangannya. Aku yang melihat tindak balasnya yang penuh dengan confident dan percaya diri itu lantas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sedangkan Ainul menuruni anak tangga. Tanpa pengetahuanku, tatkala di anak tangga yang terakhir, Ainul menjelupuk duduk mengusap dada.

..........

Aku yang sedang tidur di tempat duduk seat hadapan terjaga apabila kereta yang dipandu oleh Ainul berhenti secara tiba-tiba. 

"puas tidur?"sindir Ainul sambil mematikan penghawa dingin dan enjin kereta. Bukan dia tidak tahu dengan perangai Dhira yang kuat tidur. Kalau ada masa kosong memang kerjanya membuta sahaja tapi untuk hari ini dan mulai detik ini sampai esok hari, dia tidak akan memberikan Dhira peluang untuk melelapkan mata.

"kenapa kau tak park kereta dekat halaman rumah aku? jauh la nak jalan kaki." rungutku sambil mencebik bibir. Ainul menggelengkan kepala sambil menujukkan tangan ke jalan kecil dihadapannya yang disempitkan lagi dengan pelbagai jenis kereta yang tersusun sepanjang jalan. lagipun, memang dia tidak boleh parking kereta di halaman rumah Dhira kerana kawasan itu akan digunakan untuk majlis tengahari nanti.

Aku yang melihat kereta yang cuba menyeberang jalan di jalan kecil itu hanya mampu pasrah dan berjalan kaki ke rumahnya yang masih berbaki 20 meter di hadapan.

Namun sesampai aku di perkarangan rumah, aku terpaku melihat beberapa buah khemah terpacak di atas tanah dan dipenuhi dengan manusia yang sedang sibuk merewang, menyusun meja dan kerusi. Bahkan bukan itu sahaja, jantungku terasa nak tercabut apabila melihat mahligai raja sehari yang cantik, terbentang indah di suatu sudut ruang tamu rumah.

Para tetamu yang melihatku memasuki rumah, tersenyum bahagia dan aku masih terpinga-pinga dengan keadaan sekeliling. Kejutan apa ni? Abang long dan Ainul nak kahwin ke? fikirku tetapi mustahil jika mereka bernikah hari ini kerana tarikh pernikahan mereka 2 bulan lagi. Aku bermonolog. Aku berpaling memanggil Ainul tetapi dia sudah tiada. Prank ke apa ni? soalku dalam hati. Bagi ingin menenangkan keadaan sepeti tidak ada apa-apa yang berlaku, ku membalas senyuman kepada tetamu yang ada dan terus menuju ke ruang dapur. Aku mencari emak tetapi emak juga tidak ada. Aku kembali semula ke ruang tamu.

Di hadapan pintu, seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun memegang tanganku dan bertanya, "Dhira kan? kenapa tak pakai inai lagi?" . Aku tercengang. Inai? aku pantas berlari memasuki bilik tidurku, bilik yang ku cat dengan warna unggu beberapa bulan dahulu telah tertutup dengan kain satin berwarna keemasan dan dihias cantik dengan corak-corak bunga. Cadar katil yang di pasang bukan lagi cadar katil kegemaranku dan di atas katil tersusun 7 jenis dulang yang diisi dengan buah-buahan, coklat, perfume, sepasang kasut, sepasang baju dan lain-lain. Manakala di tingkap bilik tergantung 2 jenis baju kurung berwana putih bermanik emas dan warna hijau bermanik kuning disertakan veil dan crown. Aku terduduk. Ini bilik pengantin!

Jantungku berdegup kencang. Air mata deras mengalir membasahi pipi. Apakah semua ini? inai? bilikku? tergamaknya emak melakukan majlis pernikahan tanpa pengetahuanku. Aku mengunci pintu dan beristighfar menenangkan diri. Pelbagai persoalan terlintas difikiran dan segala persoalan akan terjawab jika akal dalam keadaan waras dan tidak telalu mengikut emosi. Aku mengusap air mata dan bangkit berdiri. Aku keluar dari bilik dengan senyuman pahit. Emak dan Ainul masih tidak kelihatan seakan mengetahui aku sedang mencari keberadaan mereka. 

Aku masih ingat rayuan emak pada hari pertunangan abang long dan Ainul dimana dia meminta untukku bernikah dalam masa setahun tetapi aku menolak permintaan itu kerana  aku tidak bersedia. Aku tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki dan ini kan pula membicarakan tentang pernikahan. Apakah emak fikir aku tidak akan bernikah sepanjang hidupku? penting sangat ke kahwin ni? bentak ku dalam hati. 

"Kak Dhira" aku terhenti lamunan. Fathimah yang merupakan jiran tetangga satu tahun muda dari usiaku mendekati dan mengucapkan tahniah. Aku membalas ucapan tersebut dengan senyuman. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan dan memintanya mengikutiku ke bilik pengantin. Kalau aku kena paksa kahwin sekalipun, atleast aku tahu siapa pengantin lelaki.

"Fath.. kak nak tanya ni, fath tahu tak siapa pengantin lelaki?" ujarku sambil memegang kedua-dua tangannya. Fathimah ketawa kecil melihat reaksiku. "Apa la kak dhira ni.. takkan pengantin lelaki tak tahu?" Aku menggelengkan kepala dan menunggu jawapan darinya. Fathimah yang geli hati beberapa saat yang lalu terus mati kutu. Dia memandangku lama dan berkata

"Nora"

..........

"uuuwek.. uuwwwek..."  

Aku mendekati Afira, bayi perempuan yang ku lahirkan tiga hari lalu menangis ingin dibelai. Pipi gebunya ku cium berkali-kali dan belakang badannya ku usap dengan penuh kasih sayang. Aku berjalan ke hulu ke hilir sambil mengendongnya. Di bahagian tengah bilik, di dinding kepala katil, terlihat satu frame gambar berukurkan 21x 30cm. Aku senyum menatap gambar tersebut. Gambar perkahwinan bersama Nora, lelaki yang melafazkan nama penuhku pada majlis akad nikah setahun yang lalu. Memori-memori pengenalan bersama Nora di awal perkahwinan seakan terpampang di depan mata. Nora, lelaki pertama yang mengajarku tentang cinta dan sikapnya yang lembut dan romantik berjaya mememikat hatiku.

"Yang.. bersiap ikut abang. Afira biar abang yang pegang" Aku yang tidak tahu-menahu hanya menuruti katanya. Kereta yang dipandu Nora memecut laju di laluan highway. Nora memandangku dengan senyuman manis dan tangan kananku digenggam erat dan dicium olehnya. Pipiku terasa hangat. Aku melepaskan pandangan ke luar jendela dan kemudian memandang Afira yang terjaga dari tidurnya dan memandangku sambil terseyum. comel.

30 minit kemudian, kereta pun berhenti disebuah rumah. Nora mendekatiku dan membawa aku masuk ke dalam rumah tersebut. Di depan pintu rumah, aku melihat pelamin yang serba ringkas tapi indah dan kemas. Aku melangkah masuk sambil memberikan salam dan alangkah terkejutnya aku melihat emak, along, ainul dan saudara mara yang lain turut berada disitu.

 Sepasang suami isteri yang sudah berusia mendekati kami. Si isteri yang ku yakini tuan rumah memelukku dengan pelukan hangat yang mesra. Setelah berbual dan bertegur sapa dengan tuan rumah, ku mendekati emak dan mencium tangannya. Ainul yang berada disamping abang long tidak dapat menahan perasaan menangis memelukku.

"kenapa nangis ni tetiba? tahu la rindu sangat kat aku" usikku bersahaja. Ainul mengesat air mata dan mencium pipi Afira seraya berkata "Maaf.. Dhira.." Aku yang tidak faham dengan lagatnya Ainul ingin mengajukan pertanyaan tetapi terhenti ketika Ainul berkata "Aku tahu kau kuat.." Ketawa kecil ku dibuatnya mendengar kata-katanya. Ingat apa lah yang dia cuba sampaikan tadi. 

"Mula-mula tu memang susah tapi aku percaya aku boleh buat selagi ada Nora dan Afira". ujarku sambil mengelus pipi Afira yang lena dibuai mimpi. Erghh.. kenapa berat sangat hati ni melepaskan Afira?  Emak yang memandangku mengalirkan air mata. 

"Maafkan emak ye dhira.." 

Aku menoleh ke arahnya.

"kenapa pula emak nak minta maaf? Dhira sepatutnya yang minta maaf kat mak"

Aku tak nafikan menjadi ibu untuk pertama kali dalam usia yang muda sungguh mencabar. Dari hari pertama Afira dilahirkan, aku susah untuk melelapkan mata. Ada saja yang tak kena dengan Afira. Menangis tak henti-henti tak kira siang dan malam. Nasib baik Nora tak marah.. gumamku perlahan. 

"Jangan nakal tau sayang hari ini" bisikku di telinga Afira. Abang long yang melihat tingkahku mengeluh berat. Masing-masing membawa perasaan sendiri. Aku mencari kelibat suamiku, Nora. Mungkin dia berborak dengan tetamu agaknya di luar? Aku yang tidak senang duduk tanpa melakukan apa-apa di rumah itu, memberikan Afira ke dakapan Ainul dan menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut. Sekumpulan makcik yang sedang sibuk mengupas bawang memandangku dengan senyuman yang tidak ku tahu disebalik senyuman itu. 

"Boleh saya tolong?"

seorang makcik disebelahku menjawab "Nak.. tak pe nak. kamu tu masih berpantang. Baik duduk depan sana berehat" Aku menggangguk lemah meninggalkan mereka. Entah kenapa, aku rasa tidak sedap hati. Ketika ku dalam perjalanan menuju ke ruang tamu, pukulan kompang bertalu-talu kuat kedengaran menujukkan pengantin lelaki sudah tiba dan semua orang kampung yang berada di dapur bangun berdiri dan berkerumun untuk melihat mempelai. Aku yang ingin ke ruang tamu tertolak jatuh sehingga luka jahitan di rahim terasa pedih dan sakit. Aku menekan rahimku dengan kuat menahan sakit dan menguatkan diri untuk berdiri. Aku menjinjit mencari kelibat Nora di celahan orang ramai tetapi tidak kelihatan kerana diriku terhalang oleh gerombolan tetamu yang hadir dan badanku seperti ditolak ke belakang sedikit demi sedikit. 

Aku yang tidak mampu menahan sakit berjalan keluar melalui jalan belakang dan duduk bertinggung di anak tangga dapur. Jari jemari kakiku membengkak kebiru-biruan. Sekilas dari itu, aku melihat bapa pengantin perempuan sedang berdiri tidak jauh dariku dan ku melambaikan tangan memanggilnya untuk mendapatkan bantuan. Namun, sejurus dia menghampiri, dia berkata "jika kaya dan cantik tetapi tidak pandai menjaga suami buat apa?" Aku yang tidak faham akan hal itu mengabaikan kata-katanya dan menghulurkan tangan untuk membantuku berdiri.

"Pakcik..tolong saya pakcik.."

Tanganku tidak disambut oleh lelaki berusia tu malah diraut oleh pengantin perempuan. Wanita itu menarik cincin perkahwinanku sekuat hati sehingga aku jatuh terbaring lemah. Cincinku diambil dan dipakai di jari manisnya.

 "please.. jangan" . Aku merayu agar tidak mengambil cincin itu. Namun, pengantin perempuan itu tidak mengendahkannya. Malah berkata "Cincin ini milik aku". Aku mula hilang keseimbangan badan. Aku menarik baju pengantin tersebut untuk meminta bantuan tetapi tidak dipedulikannya. Aku memandang para tetamu yang sedang memandang ke arahku. Tiada seorang pun yang tampil menghulurkan bantuan.

"E..mak..A.bang...l..ong..Ai..nul". Nafasku mula tersekat-sekat kerana kekurangan oksigen. Aku mencelikkan mata berkali-kali. Kabur. Aku ketakutan. Emak, abang long, Ainul, Nora dimanakah kalian? 

"Al..lah" 

"Al..lah"

"Allah"

Aku tidak dapat menahan sakit. Air mata tidak terhenti menglir. 

Beberapa saat kemudian, Seorang lelaki muncul dalam kesamaran dengan berpakaian Melayu bersampin putih mendekati pengantin perempuan dan kemudian tanganku diangkat olehnya dan tatkala aku memandangnya untuk mendapatkan pertolongan, aku terkaku melihat lelaki dalam kesamaran itu adalah Nora. Dia memakaikan cincin di jari manisku.

"N..o..r.." Belum sempatku meneruskan kata. Nora menyampuk dengan mengatakan "Maaf. Aku ceraikan engkau dengan talak satu" Jantungku seakan terhenti mendengar lafaz itu lalu rebah. Ujian apakah lagi ini? aku meraung tanpa kata. Mata ku memandang lemah kearah bayangan Nora yang menarik tangan isteri barunya dan berlalu pergi .

Nafasku sudah tercunggap-cunggap. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan tidak menentu. Terdengar sayup-sayup suara emak berlari mendapatkan aku. Tubuhku diangkat. Abang long tidak henti-henti memintaku untuk kuat dan tangisan Afira jelas terdengar di cuping telingaku. 

Aku kembali teringat perbualanku dengan emak, abang long dan Ainul diruang tamu. Air mataku berhenti mengalir. Namun, hatiku merintih kesedihan kerana tidak menyedari maksud sebenarnya yang ingin mereka sampaikan.  Tanganku dipegang lembut oleh seseorang yang ku kenali. Ainul..Ainul tidak henti melafazkan syahadah ditelingaku dengan sayu dan serdu. Aku cuba menggerakkan mulut tapi tubuhku tidak lagi mendengar perintahku. Tidak beberapa lama kemudian, terasa seluruh urat di tubuhku seperti ditarik dan dagingku seperti disiat . Manakala organ dalamku seperti dirobek. Sakit!! Sakit!!! batinku meronta-ronta dan kemudian..

"uwek.. uwek.."

Aku melihat kali pertama Afira dilahirkan dan diazankan oleh Nora dan kemudian sedikit-demi sedikit menghilang dan pandanganku mejadi gelap

"Terima kasih Nora.. Afira"


by: Miss Nur


*Ucapan terimakasih untuk Nora> terima kasih kerana datang dalam hidup seketika walaupun pengakhiran menyakitkan.

* Ucapan terima kasih untuk Afira> kerana hadir menjadi sebahagian dari keluargaku. Cheeewah~😝


Note: Orang yang baru bersalin dan dalam keadaan pantang tidak boleh jinjit atau tersadung kuat kerana ia boleh membawa kepada pertumpahan darah yang ekstreme dan membawa maut. Jadi berwaspada!😜

You May Also Like

0 comments