Cerpen: Adik

by - Januari 02, 2021



Perang bagai tiada henti, letupan berada di mana - mana, mayat bergelimpangan. Langit yang cerah kini mendung. Letupan di langit, di darat, mahupun di laut, bagai tiada tempat tempat yang boleh lari, manusia seperti tiada nilai, ditembak, ditikam, disepak, dirogol bagaikan alat. Bunyi deruman kereta kebal berada disetiap sudut, tidak kurang juga bunyi tembakkan nya. Askar - askar ketawa pabila melihat orang - orang berkecai, sudah tiada nilai seorang manusia dalam diri mereka. Ibarat syaitan yang berjanji akan menghasut manusia ke lembah neraka.  

Terlihat seorang remaja lelaki yang mendukung budak sedang melarikan diri dari askar - askar yang zalim, menembak orang - orang awam yang tidak bersalah. 

“Sabar ya dik, kita lari dulu ya, nanti kita cari makanan ya” Lelaki yang mendukung budak itu tercunggap - cunggap, nafasnya tidak cukup, belakang nya terlalu ramai yang mengejar, dirempuh segala serpihan runtuhan rumah dari letupan, sakitnya tidak dihiraukan asalkan adiknya selamat. Setelah askar - askar itu mula menghilang, dia menyorok dia tepi - tepi runtuhan rumah. Tiada lain yang difikir hanya “mati” terlintas. Dipeluk erat adiknya yang tidur, dek kerana lapar yang amat. Badannya longlai, abangnya mengambil secebis roti yang berada dipoket, roti yang tidak sampai sebesar ibu jari di kunyah sehingga lumat, dan disuapkan pada adiknya yang longlai. Dengan perlahan adiknya membuka mata, “Adik lapar, abang..” sambil mengunyah roti yang dilumatkan abangnya. Abangnya memeluk erat adiknya, airmata bagaikan hujan yang tiada henti. Dia tersentak apabila ada perempuan tua memanggilnya, si tua itu memanggil dengan lembut. Takut menyelubungi diri, pada mulanya dia cuba melarikan diri, tetapi niat terhenti apabila si tua memberikan senyuman indah. Dia mendekati tanpa ragu - ragu, si tua memberikan air, senyuman nya indah, diminum dengan nikmat sekali. Matanya mula kyu, dia rebah, dihadapannya gelap, mencari adiknya tapi tiada. 

“Abang!” suara teriakan dan tangisan menerjah di telinga abangnya, dia membuka mata, adiknya sudah diikat bawahnya unggun api, kelihatan melecur pada tubuh adiknya. 

Bingkas abangnya menyerang si tua, si tua memegang pisau dan cuba menikam si abang, tetapi ditahan dengan tapak tangan. Darah menitis tanpa henti, satu tumbukan melayang di muka si tua, terjelepuk ke tanah. Sakit tidak diendahkan dengan lekas dia memotong tali yang mengikat adiknya. Setelah terputus tali di bawa keluar dari tempat durjana itu. Dia memeluk erat, adiknya yang menangis sehinggakan tiada suara, sakit yang bukan kepalang. Dia lari, jauh dari tempat itu, dia melihat cahaya yang terang dihadapan, dia tersenyum. Mungkin itu tanda kebebasan. 

Dia rasa sejuk, terlalu sejuk, badannya terasa lemah. Bang!, bang!, peluru bagaikan hujan lebat menjamah tubuhnya, sakitnya bukan kepalang. Dia lihat adiknya tersenyum, seperti mereka sudah bebas, terjelepuk mereka ke tanah, pelukan si abang semakin erat. Air mata si abang mengalir perlahan tetapi senyuman si adik tidak menyisih. 

-Tamat-

by: Fakhrul Manaf

You May Also Like

0 comments