Cerpen: Rampas
Seluruh tubuhnya masih lagi lemah. Demam dua hari lepas belum kebah lagi. Kepalanya juga terasa berat untuk diangkat. Dia kuatkan semangat juga bangun daripada katil.
Usai mandi dan bersiap, dia kembali duduk termenung di birai katil. Tanpa dipinta, air matanya mengalir laju. Kehilangan sahabat baik seminggu yang lepas masih segar di ingatannya. Kisah sedih itu seolah-olah baru berlaku semalam.
"Hello,Zaref. Ini aku,Adham."
"Ya,aku tahu kau Adham. Kalau tak,takkan nama kau keluar dalam skrin handphone aku. Hahaha."
"Zaref,dengar ni. Aku tengah sedih sekarang ni."
"Eh,kejap. Apasal dengan suara kau? Kau menangis ke?“
"Zaref,dia dah rampas Marsya daripada aku! Aku tak tahu nak buat apa lagi. Majlis nikah kami lagi seminggu. Dia fitnah aku. Dia tunjuk gambar aku dengan perempuan lain dekat Marsya. Padahal,aku tak kenal pun perempuan tu. Kenapa dia buat aku macam ni? Selama ni, aku layan dia dengan baik. Aku banyak tolong dia dekat syarikat, tapi..."
"Okey,okey, Adham. Tenang. Daripada tadi,kau asyik cakap dia, dia... Siapa 'dia' ni?“
“Faisal!"
“What? Faisal?"
“Ya,Faisal kawan kita tu. Aku tak tahu selama ni dia ada hati pada Marsya. Patut lah dia baik sangat dengan aku. Rupa-rupanya,ada udang di sebalik batu."
"Kau sabar dulu. Kita boleh selesaikan perkara ni. Kita pergi jumpa dia. Maksud aku,Faisal. Kau dekat mana sekarang ni?“
“Aku tengah drive. Argh! Aku serabut sangat ni, Zaref..."
"Adham! Kau tak boleh macam ni. Apa kata, kau berhenti dekat mana-mana dulu. Tenang kan fikiran kau sekejap. Hello,Adham? Adham?"
Itu perbualan terakhir antara dia dan Adham. Selepas talian terputus,dia menerima panggilan tentang kemalangan maut rakannya itu. Hatinya dipagut rasa sedih yang teramat. Memang benar Adham dan Faisal rakan baik nya. Tetapi,Adham paling rapat dengan dirinya. Berbanding dengan Faisal yang banyak menimbulkan masalah sejak dari bangku sekolah lagi.
Zaref meraup wajahnya. Dia perlu bangkit dari kesedihan. Dia perlu tebus segala perbuatan Faisal pada Adham. Bila teringatkan wajah Adham semangatnya kembali merasuk ke dalam dirinya.
Buat kali pertama Zaref menjejakkan kaki di 'Puncak Mutiara'. Demi satu tekad dan satu misi.
"Selamat datang ke Puncak Mutiara,my best friend,Zaref Razali." Ucap Faisal. Mereka berjabat tangan sebelum duduk di atas sofa dalam bilik pejabat Faisal.
"Sebenarnya,aku betul-betul rasa kehilangan. Tak sangka Adham akan pergi secepat ini. Aku tahu kau sedih. Aku juga sedih. Tapi,kita kena move on." Kata Faisal dengan nada sebak. Cuba beriak sedih dengan pemergian kawannya.
"Ya,sedih tu memang lah sedih. Tapi,lagi sedih bila rakan baik rampas bakal isteri rakan sendiri." Ujar Zaref bersahaja.
Faisal terkedu.
"Tak! I'm just kidding. Aku dah lama tahu,Marsya sukakan kau. Adham dan Marsya memang tak ada jodoh." Zaref senyum. Tetapi, di dalam hatinya macam hendak tumbuk sahaja muka Faisal.
"Kau ni bergurau tak kena tempat lah." Faisal tergelak kecil.
"Sorry,aku salah tempat rupanya." Zaref turut tergelak.
"Anyway,thanks lah sebab kau sudi nak berkerjasama dengan Puncak Mutiara. Aku rasa,kau saja yang layak gantikan tempat Adham." Faisal teruja apabila Zaref bersetuju untuk berkerjasama membantu menjayakan lagi Puncak Mutiara.
Dia tahu kebolehan Zaref dalam mengendalikan sesebuah syarikat. Lagi bagus daripada Adham.
"No problem. Aku akan buat yang terbaik demi Puncak Mutiara dan juga kau." Zaref senyum lagi. Kali ini,senyumannya lebih bermakna dan ada maksud yang tersirat.
Dalam bilik mesyuarat,Zaref tekun mendengar perbincangan yang berlangsung. Namun,matanya fokus ke arah Marsya yang duduk berhadapan dengannya. Zaref senyum ketika Marsya memandang ke arahnya. Gadis itu turut membalas senyumannya. Dia tahu Marsya kini kekasih memerangkap PA kepada Faisal.
Selain memiliki wajah yang tampan,beberapa kelebihan yang ada pada dirinya,Zaref yakin dia mampu dapatkan Marsya.
"Zaref,aku nak cakap sikit dengan kau." Faisal menghalang Zaref daripada keluar.
Semua yang terlibat dalam mesyuarat sebentar tadi sudah pun berlalu keluar. Hanya tinggal Zaref dan Faisal sahaja dalam bilik tersebut. Zaref duduk kembali.
"Kau nak cakap apa?" Soal Zaref.
"Mungkin lepas ni,aku agak sibuk sikit dengan urusan di luar. Aku nak kau uruskan apa yang patut. Kalau klien perlu tanda tangan aku, aku wakilkan kau untuk melaksanakannya. And one more thing,buat sementara ni, aku akan pinjamkan Marsya pada kau. Dia akan bantu kau dalam segala urusan di Puncak Mutiara." Terang Faisal.
Memang dia sangat-sangat memerlukan seseorang yang bijak seperti Zaref untuk menguruskan Puncak Mutiara ketika ketiadaannya.
"Kalau kau dah letakkan kepercayaan pada aku, okey. Trust me. Aku tak akan kecewakan kau." Zaref menghulurkan tangan.
Tanpa rasa ragu-ragu walau sedikit pun, Faisal menyambutnya. Hatinya terasa lega setelah tanggungjawab itu diletakkan atas bahu Zaref.
Ternyata yang dirancang berjalan dengan lancar. Hubungan Zaref dan Marsya juga semakin rapat. Adakalanya,Faisal meminta Zaref menemani Marsya membeli-belah atau keluar makan jika dia terlalu sibuk. Kesempatan itu diambil oleh Zaref untuk melayan Marsya sebaik mungkin. Petik jari sahaja. Marsya tunduk dengan arahannya.
Zaref akan mempergunakan Marsya sebagai orang dalam untuk dia memperoleh maklumat-maklumat penting tentang Puncak Mutiara. Pintu bilik pejabat Faisal diketuk. Setelah menerima arahan,Zaref melangkah masuk. Dia menghampiri ke meja Faisal bersama sebuah fail di tangan.
"Ya,ada apa,Zaref?" Soal Faisal hanya memandang sekilas sambil tangannya sibuk menyemak kertas-kertas projek yang berselerak di atas meja.
"Aku perlukan tanda tangan kau untuk projek dekat Shah Alam ni. Tapi,kalau kau sibuk,tak apa. Kita tundakan dulu..."
"It's okay. Dekat mana aku perlu tanda tangan?“ Faisal segera menghulurkan tangan.
Fail bertukar tangan. Tanpa banyak berfikir,Faisal menurunkan tanda tangannya pada tempat-tempat tertentu.
"Kau tak nak baca atau semak dulu ke?" Soal Zaref.
Tetapi sebenarnya,dia memang suka dengan situasi ketika ini. Faisal yang agak sibuk pasti tidak kisah sangat dengan semua itu.
"Tak payah lah. Kau kan dah bacakan untuk aku. Aku harap semua berjalan dengan lancar."Kata Faisal.
'Faisal... Faisal. Kenapa lah kau ni mudah sangat.' Bisik hati Zaref. Dia tersenyum puas.
"So,ada apa-apa lagi ke yang perlu aku tanda tangan?“ Faisal menyerahkan semula fail yang baru ditandatangani kepada Zaref.
" Oh,ya. Ada lagi satu. Marsya bagi cek ni suruh kau tanda tangan untuk syarikat." Zaref menghulurkan sekeping cek.
Sekali lagi,tanpa banyak soal,Faisal menurunkan tanda tangannya. Cek itu diserahkan semula kepada Zaref.
"Thanks. Aku minta diri dulu." Ujar Zarif.
Faisal sekadar mengangguk. Zaref melangkah keluar dari bilik itu bersama senyuman meleret.
Seminggu kemudian,pihak berkuasa menyerbu Puncak Mutiara. Faisal diberkas dalam bilik pejabatnya. Dia dituduh melakukan kesalahan pecah amanah. Menggunakan wang syarikat. Ketika dibawa keluar dari bilik pejabat dengan tangan bergari,Faisal memandang pelik ke arah Zaref yang sedang berdiri sambil bersilang tangan bersama senyuman sumbing.
"Apa semua ni,Zaref?" Faisal masih tidak faham dengan apa yang berlaku.
"Apa? Kau dah buat salah. Memang patut lah kau kena tangkap."
"Aku buat salah apa?"
"Kau gunakan wang syarikat sewenang-wenangnya."
"Kau cakap apa ni, Zaref? Bila masa aku buat semua tu? Lagi pun,Puncak Mutiara ni,syarikat aku!“
"Excuse me,syarikat kau? Kau dah lupa ke? Kau dah tanda tangan pertukaran hak milik syarikat atas nama aku. Puncak Mutiara dah jadi milik aku. Marsya,tunjukkan bukti pada lelaki tak tahu malu ni." Zaref mengeluarkan arahan kepada Marsya yang sudah bersedia dengan fail yang dibawa.
Marsya berjalan ke arah Faisal. Kemudian,menunjukkan setiap helaian kertas yang tertera tanda tangan Faisal.
"Marsya,jangan cakap yang you pun bersubahat dengan..."
"Zaref dah cerita kan semuanya pada I. You fitnah Adham. I menyesal sebab percayakan you. From now on, I dah tak ada kaitan dengan you lagi." Marsya berpaling semula ke arah Zaref.
"Sayang..."
Kaki Marsya terus bergerak menghampiri ke sisi Zaref. Kepalanya dilentokkan ke bahu Zaref.
Faisal hanya mampu menggelengkan kepala.Terasa teruk diperdayakan dengan dua orang yang paling dipercayai.
Zaref senyum. Ibu jari kanannya diterbalikkan tanda Faisal tewas di tangannya. Dia bukan sahaja berjaya merampas Puncak Mutiara. Tetapi,dia juga berjaya merampas gadis kesayangan Faisal, Marsya!
TAMAT
by: Ina Shaat
*Yang terkena,yang dikenakan,yang mengena...Dendam terbalas!
0 comments