Cerpen: Bertemu Ibu di Syurga

by - Januari 02, 2021

 


Sudah lapan bulan dua puluh lapan hari aku di dalam perut ibuku. Setiap hari akan ada peristiwa yang ku saksikan. Ibu sering meratap dan menangis sambil mengusap perutnya.

“Anakku.. maafkan ibu sayang”

Aku masih di dalam dilema. Apakah yang dimaksudkan ibu? sepanjang ibu mengandungkan aku. Ibu tidak pernah salah dalam menjagaku. Memberikan aku makanan yang berkhasiat, selalu menjauhi segerombolan manusia yang tidak segan silu melepaskan gumpalan rokok di tempat awam dengan harapan aku selamat dan dijauhi sebarang penyakit tetapi aku lah yang sering menyakiti ibu,  kekadang ibu merungut kerana sakit mengandungkan aku.

“cepat bersiap!”

Aku yang seronok bermain dengan tali pusarku terkejut mendengar suara yang sangat membingitkan telingaku sehinggakan aku tidak sengaja tertendang perut ibuku. Ibu yang ingin bangun daripada kerusi sofa tertunduk ke lantai menahan kesakitan. Dia mengeluh lemah sambil menekan-menekan perutnya.

“ibu.. ibu maafkan saya” Aku memonolog sendiri. Aku memengang kemas tali pusarku. Kedua-dua kakiku ku rapatkan ke dada agar tidak menendang ibuku. Aku takut. Aku tidak mahu dibenci ibuku sendiri. Aku berjanji tidak akan menendang lagi.

Ibu menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan secara perlahan. Ibu menuntun perlahan di belakang seorang wanita tua dan masuk ke dalam sebuah kereta. Ke mana agaknya ibu mahu pergi? hospital? tidak mungkin. Due date ibu kan lagi 2 hari. bisik hati kecilku.

 

************

 “Wahai hambaku.. bangunlah”

Aku menggerakkan mataku perlahan-lahan. Ku membuka mulutku dan memasukkan Ibu jari tanganku ke dalam mulut dan menikmati hisapan jariku. Aku senyum bahagia kerana sudah sekian lama ku tidak mendengar suara itu. Suara penciptaku.

“Adakah engkau menyakini bahawa Aku tuhanmu?”

Aku pantas menjawab tanpa rasa was-was.

“sudah tentu. Engkaulah satu-satunya tuhanku. Tiada Tuhan melainkanMu”

“Apakah Engkau meyakini bahawa Muhammad adalah utusanku?”

“Ya! Aku meyakini bahawa Muhammad adadah utusanMu. Nabiku..”

“kring! kring!”

            Jam loceng yang terletak di hujung katil berbunyi. Ibu mengeliat bangun dan merapikan rambutnya kemudia melakukan senaman ringan yang menjadi rutin harian dipagi hari. Aku menyukai melihat ibu bersemangat dan bertenaga meskipun pelbagai ehnah ujian yang terpaksa ditempuhinya.

“Adakah engkau terlalu menyintai ibumu?” suara itu bersuara lagi. Aku senyum dan memutarkan tali pusar yang membelit kakiku.

“ya aku sangat menyintai dan menyayanginya sepertimana dia menyayangiku”

Suara itu mengutarakan soalan lagi yang membuatku terfikir sejenak.

“Adakah engkau tahu bahawa hidup didunia dipenuhi dengan kemaksiatan? dan Ku berikan ujian yang berat bagi mereka yang beriman kepadaKu? tidakkah engkau mahu bersama saudara-saudaramu di syurga yang dipenuhi tumbuhan-tumbuhan yang segar, cantik dan taman yang indah untuk bermain?”

Aku menggosokkan kedua-dua mataku dengan kedua-dua belakang tapak tanganku. Sejujurnya aku takut dengan kehidupan di luar sana dek kerana aku menyaksikan sendiri tekanan yang dihadapi ibu , ibu kerap merasa kelelahan dan sering menangis kerana keperitan hidupnya malah pernah suatu ketika aku mendengar jeritan dan nyaringan seseorang. Ibu ditolak, dipukul tanpa sebab yang jelas sehingga terlantar di hospital beberapa hari kerana mengalami pendarahan. Akan tetapi ibu menyayangiku. Aku tahu itu. Justeru itu, aku bertekad untuk sentiasa berada di samping ibu, menemani hari sedih ibu.

“Aku akan tahu jika Engkau mengizinkanku berada di samping ibu di sana”

Suara itu menyambung.

“Aku mengizinkanmu”

 

*************

“Arghhhhhhh!!!!!!!!”

                 Ibu meraung sekuat hati. Kain dimulut ibu terlepas sementara suasana di luar sedikit tegang. Aku mendengar larian manusia ke hulu-ke hilir seperti tiada arah tujuan. Namun begitu, telingaku lebih tertumpu pada suara garau seorang lelaki.

“gunting! cepat!”

“Cik Fathiyyah ikut kiraan saya.1..2..3..push! push!”

“Erghhhh..” 

                 Aku mendengar esakan ibu. Gigi ibu bergetap menahan kesakitan yang teramat sangat. Ya Allah maafkan aku kerana menyakiti ibu. Engkau hapuskanlah kesakitannya atau Engkau gantikannya dengan ku. Ku mohon Ya Allah…Aku berdoa dan terus berdoa.

“sakit! Allah!! maafkan aku!  maafkan aku!”

“Arghhhh!!! Allah…Engkau ambillah nyawaku! selamatkan anakku Ya Allah!!”. Ibu menyambung lagi.

                 Aku terkesima. Ibu menginginkan nyawanya diganti denganku? begitu besarkah ibu menyayangiku?

“uweekkkkkkkkk” dengan sekali lagi tekanan aku dilahirkan. Aku ditarik keluar. Tali pusar yang berhubung di antara pusatku dan rahim ibu dipotong kemas. Aku yang berlumuran darah dibersihkan dan dibaluti dengan sehelai tuala lalu diserahkan kepada seorang wanita yang ku kira dalam 20-an yang terkulai layu, lesu di atas katil hijau bertompokan darah.

              Aku diletakkan di dalam dakapannya. Dahiku dicium lama.

“Ibu?”

                 Aku menatap wajahnya untuk pertama kalinya. Subhanallah cantiknya wajah ibu. cantik sangat! tidak pernah ku melihat manusia secantik ibu. Benarlah ibu adalah malaikat dunia yang Dia kirimkan untukku didunia ini. Aku menangis dan terus menangis diiringi tangisan ibu.

“shhhh…” halus bicara ibu sambil menyeka air mataku.

              Aku diangkat oleh seseorang dan ku dibawa pergi. Aku mencari kelibat ayah. Bagaimana agaknya wajah ayah? Adakah dia tampan setanding cantiknya ibu?

“Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!”

              Aku membuka kelompak mataku. kelihatan seorang lelaki beruniform biru mendokongku dan melaungkan seruan azan yang syahdu ditelinga kananku. Ini bukan ayah. Di manakah ayah? kenapa bukan ayah yang menyambutku? Adakah ayah begitu membenci akan kewujudanku?

 

*************

“cepatlah fath! nanti orang nampak!”

Aku terjaga tatkala seseorang mengangkat tubuhku. Aku melihat wanita itu adalah ibu. Ibu berpakaian cantik sekali. Wajah ibu yang putih dan rambut ikal mayang keperang-perangan serta baju kurung kosong berwarna merah jampu menaikkan serinya. Aku dibawa pergi meninggalkan hospital.

Malam yang gelap dan cahaya lampu yang samar-samar menyulitkan aku untuk melihat. Aku memejamkan mata serapat-rapatnya. Denggupan jantung ibu laju menenangkanku. Larian kecil membuatkan ibu kelihatan termegah-megah dan nafasnya tercunggap-cunggap.

Ibu membawa aku memasuki sebuah kereta hitam yang terletak tidak jauh daripada hospital dan di dalamnya terdapat seorang wanita tua. Seusai kami menaikinya, wanita itu memecut laju membelah kesunyian malam.

“ibu.. saya takut” ujarku.

Ibu menepuk belakangku perlahan-perlahan dan memelukku erat sementara  kedua-dua mata ibu bergelinangan air mata. Ibu mengusap pipi mongelku yang halus.

“maafkan ibu nak. mafkan ibu..” air mata ibu menitis jatuh mengenai mukaku.

“ ibu jangan nangis..”

Aku ingin sekali menyeka air matanya tapi ibu tidak memahami bahasaku. Ibu menciumku bertalu-talu dan beberapa minit kemudian kami tiba disebuah tasik yang terletak tidak jauh daripada masjid al- Hasanah. pohon-pohon yang rendang dan bunyi cengkerik menambah kedinginan malam. Wanita tua itu keluar dan menghampiri kami. Ibu mulai meraung-raung tidak mahu berpisah denganku namun dek kerana kedegilan ibu, aku dirampas kasar. Aku menangis sekuat hati.

“ ma.. jangan la ma! tolonglah ma…” ibu merayu-merayu agar aku dilepaskannya.

Aku merengek di tengah malam.  

“ibu… ibu…..”

Ibu mengejarku. Aku melihat ibu menangis memanggil namaku berulang-ulang kali.

“anak ibu Umairah! Umairah!!”

“mama pulangkan anak fath maaa…”

“maa… jangan buat fath cam ni..”

Wanita itu tidak mengendahkannya. Aku menangis melihat ibu semakin menjauh. Aku diletakkan berdekatan tong sampah yang dipenuhi semut dan ulat. Ibu melutut, meraup mukanya dengan kedua-dua tangannya lalu wanita itu bergegas meninggalkan aku keseorangan dan menarik tangan ibu memasuki kereta. Ibu memandang aku sayu untuk kali terakhir dan  berlalu pergi sehingga tidak tertinggal sedikit pun kesan-kesan asap daripada exos kereta tersebut.

Aku ketakutan. Aku menjerit tetapi tiada sahutan. Semut-semut merah dan hitam mula mendatangiku, menggigit dan nyamuk-nyamuk hutan menghinggap tubuhku berpesta darah. Aku mencuba menepis tetapi tubuhku yang kecil menjadikan aku tidak mampu menggerakkan walaupun sebelah tangan.

“Allah… Allah… ampunkan aku sekiranya ini balasan aku menyakiti ibuku”

 

*************

“Allahu akhbar! Allahu Akhbar!” laungan azan bergema diangkasa.

Aku sakarat. Badanku kemerah-merahan dan bengkak. Darah jugak tidak berhenti mengalir dari setiap anggota tubuhku. Telingalu, hidungku, mulutku, alat sulit kemaluanku dipenuhi serangga. Fikiranku hanya tertumpu pada laungan itu dan membayangkan senyuman ibu. Air mataku sudah kering kerana semalaman menangis.

Tiba-tiba ku mendengar bunyi setapak demi setapak kaki yang mendekatiku. Seorang lelaki tua mencapai telefon milikknya dan mendail seseorang. Beberapa kemudian, sebuah van yang tertulis Ambulance tiba dan aku segera dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Aku melihat sesosok tubuh seorang wanita berlari mendapatkan aku dan memakaikanku topeng yang berisi oxygen. Lengan tangan kananku disuntik dengan pelbagai suntikan dan jarum. Kelopak matanya berair dan mulutnya tidak berhenti memohon aku selamat tiba-tiba satu mesin menyala dan berbunyi.

vital sign’s dropping…” ujar seorang jururawat.

Jantungku berdegup laju dan mataku mulai berpinar. Dadaku ditekan kuat. CPR diberikan. Ibu.. andai kau tahu, aku memilih untuk bersamamu. Temuilah aku wahai ibu.. di syurga.

Tit…..

 

-tamat-

by: Miss Nur

You May Also Like

0 comments