Pengalaman Hijab Terbuka

by - Januari 14, 2021

Assalamualaikum. Hari ini miss nur nak share cerita yang hanya beberapa orang yang tahu cerita ini. cerita ni tak seram pun taw..😅



Ceritanya bermula masa cik nur masih kecil. Lebih kurang umur miss nur 5-6 tahun dan pertama kali miss nur nampak makhluk halus itu di perkarangan rumah arwah tok ghani dan tok umi di Parit Samsu.

Waktu tu ayah bawa satu family balik ke kampung dan sudah jadi kebiasaan lepas sampai kampung, miss nur akan pergi dekat tepi parit sebelah rumah arwah atuk untuk cari ketam untuk bermain (dengan cara letak batu dalam lubang tu supaya ketam tak boleh keluar) haha. 😂 

Then suatu hari miss nur nampak kelibat seorang wanita dekat dengan pokok besar depan rumah arwah atuk. Dia berdiri dan sedang memandang ke arah parit. Wajah dia tak menggerikan pun jadi miss nur ingat dia manusia tapi miss nur jenis tak suka nak bergaul dengan orang jadi miss nur tak tegur dia dan waktu itu juga tetiba tok umi panggil masuk untuk makan. Bila ditanya siapa kat pokok tu, tok umi tengok luar tingkap dan diam tak kata apa. Miss nur tak nak cakap banyak so miss nur pun diam je sampai suatu hari arwah tok ghani cerita kat miss nur yang dulu ada wanita mati dipancung oleh tentera jepun kat depan rumah arwah atuk dan wanita itu setiap malam akan berdiri di luar rumah depan tingkap jika arwah atuk sedang tengok tv jadi untuk buktikan apa yang arwah atuk ceritakan tu, miss nur pun teman arwah atuk malam itu dan hasilnya? TAK DE PUN POMPUAN TU! cuma... cuma miss nur selalu dengar orang jalan kaki kat luar rumah. Bila selak langsir dan tengok.. takde pun! haish..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan,tahun berganti tahun miss nur dah tak dengar bunyi orang berjalan atau kena gangguan sehinggakan hari dimana umi buka pintu dapur rumah sepang. Pintu tu jarang bukak melainkan ada hal² tertentu seperti ada buat makan² atau nak gunting rambut tapi entah kenapa umi buka pintu itu waktu malam. Miss nur yang nak ke tandas waktu tu, kena jalan depan pintu tu dan bila miss nur nak buka pintu bilik air, miss nur melihat seorang wanita berpakaian putih. dia berbaju kurung tu dan pakai kain yang jarang untuk tutup kepala, cantik! serius cantik tak tipu! miss nur tengok dia lalu kat luar rumah menghala ke bahagian belakang rumah jiran sebelah. Dia tak toleh kat miss nur pun tapi dia jalan tu senyum je. senyum manis. Bila miss nur bagitahu ayah, ayah terus tutup pintu. Pelik! (untuk diri miss nur yang masih budak². Dah besar tahu la tu bukan manusia)

Next dimana miss nur belajar untuk baca satu doa untuk bantu diri untuk bangun dari tidur pada waktu yang ditetapkan tanpa bantuan jam loceng. Itu kali pertama dan kali terakhir miss nur buat.. Miss nur dapat doa tu dari google. katanya bila baca doa tu akan ada yang mengejutkan kita dengan cara tangan kita seperti disentuh. So yeah.. malam tu miss nur baca doa tu di bilik miss nur di rumah Muar dan miss nur niat nak bangun untuk solat subuh awal sebab miss nur payah bangun subuh. Liat dia MasyaAllah.. macam diikat² untuk terus tidur but pagi itu miss nur terjaga mengejut sebab miss nur rasa ada orang pegang tangan miss nur sedangkan pintu bilik dikunci dan miss nur tidur sorang. Takut sangat apa yang terjadi, miss nur tak baca doa tu dan lupa sebab panjang sangat. Ada ayat² dari surah² tertentu. Itu kali terakhir miss nur terasa ada kewujudan 'sesuatu'

Bila miss nur meningkat remaja, miss nur tak percaya pun orang kata yang wajah makhluk halus itu menggerikan sebab apa yang terjadi kat kampung dan di rumah Sepang itu berwajah cantik. Cantiknya kalah artis-artis malaysia ni. Maya Karin pun kalah. 

Kisah seterusnya adalah di asrama. Di hari pertama miss nur daftar sekolah menengah dan mendaftarkan diri ke asrama even rumah dengan sekolah jarak tak sampai 10minit. ini semua kerana miss nur anak yang nakal jadi umi dan ayah terpaksa masukkan miss nur ke asrama. Hari pertama di asrama, room mate dengan senior cerita tentang sejarah asrama yang menyeramkan. Katanya setiap kali tiba tahun genap akan ada sesuatu yang terjadi kat asrama tu dan YUP!memang betul pun but berbeza dengan miss nur, miss nur kena ganggu tak kira tahun 😅

Miss nur masuk asrama waktu miss nur tingkatan 1 dan tahun itu adalah tahun 2009 dan malam pertama di asrama itu juga merupakan kali pertama miss nur diganggu secara emosional dan fizikal. Mana taknya. Miss nur dapat katil atas dan sebelah katil miss nur tak de siapa, dan digantikan dengan tempat untuk diletakkan baldi. Malam itu selepas baca ayat kursi dan 3 kul,miss nur pun tidur but still diganggu dengan selimut ditarik-ditarik di tengah malam dan kekadang miss nur dengar orang berlari di luar bilik asrama tapi bila tengok kat tingkap, tak de bayang-bayang orang pun.

Beberapa hari selepas itu pun miss nur dengar ada orang jalan di tepi katil sebelah katil miss nur yang ada baldi tu. Miss nur yang terganggu dengan bunyi orang jalan pun bangun dan tengok, tak de orang, rasa seram sejuk dan takut pun menyergah diri tapi miss nur cuba untuk cool. buat tak endah dan cuba untuk tidur tapi itulah tak cukup dia jalan tepi katil, dia boleh goyangkan katil miss nur macam nak roboh dibuatnya but kak fiza yang tido di katil bawah tak terjaga pun! arghh tidur miss nur tak nyenyak. serious! di peluk alQuran untuk tidur nyenyak pun diganggu.

Asyik diganggu je dengan selimut ditarik-tarik, dan bunyi orang bunyi orang berjalan setiap malam, katil digegar-gegarkan buat miss nur fed up and miss nur pun tekad untuk tidak tidur kat atas katil itu, kadang-kadang miss nur tidur dekat bawah dengan kak Fiza ataupun tidur di bilik kawan miss nur,Ana Humairah tapi miss nur selalu tidur dengan Ana sebab segan nak tidur ngan kak fiza🤭

But One day, miss nur terpaksa join satu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dimana program tu kena bangun pukul 4 pagi! nak tak nak miss nur kena tidur kat bilik miss nur sendiri sebab bilik Ana di tingkat 3 waktu tu. Seram nak jenjalan sorang-sorang turun ke tingkat 1 pukul 4 pagi. Nak tido ngan kak fiza tak boleh sebabnya kawan dia tumpang tido situ so yeah nak tak nak miss nur pun kena pasang balik cadar katil, bantal dan hari itu merupakan kali pertama dan terakhir miss nur cuba berinteraksi dengan makhluk halus.

Waktu semua sedang diulit mimpi. Miss nur bangun dan menepuk-nepuk bantal dan membaca ayat kursi dan 3 qul. Selepas itu miss nur sapu kat seluruh badan dan miss nur pun kata dengan nada yang rendah "esok aku ada program, untuk malam ni sahaja.. aku nak tido sini. bagi aku tidur dengan nyenyak" dan tahu apa jadi? malam itu adalah malam yang paling nyenyak yang miss nur pernah rasa pada tahun tu! tepat pukul 4 pagi miss nur dah terjaga sendiri.Memang senyum lebar dibuatnya dan waktu tu miss nur percaya yang benda halus tu bukan jahat pun but still miss nur degil. Esoknya miss nur nak tidur atas katil tu balik but tahu apa terjadi? sedang miss nur tengah tidur, katil digoyang dengan kuat. Kuatnya tak seperti hari-hari sebelumnya. Selimut ditarik dengan kasar. Rambut miss nur dibelai seseorang. Memang terasa kuku yang panjang kat rambut. Miss nur yang terkejut pun bangun dan kata "maaf.. maaf.. aku tak tido sini dah" miss nur pun turun dari katil dan keluar pergi ke bilik ana di tingkat atas sorang-sorang tengah-tengah malam but malam tu tak rasa seram pun sebab miss nur tahu memang salah miss nur sebab langgar janji sendiri. Bila dah sampai bilik ana, miss nur pun  kejutkan dia dan nak tidur sekatil dengan dia. Itu cerita yang berlaku pada tahun 2009 taw..

Next, peristiwa ketika tahun 2010. Masa miss nur di tingkatan 2 dimana terjadinya kelibat pochong di asrama but miss nur tak nampak peristiwa tu terjadi but ramai yang nampak. Dorang menjerit ketakutan dan ada yang histeria. Haa.. bila dah ada orang histeria tu memang semua pintu bilik terkunci la. ketakutan but miss nur buat tak peduli dan makan biskut. But malam itu, miss nur diganggu dibawah katil miss nur. time ni miss nur dapat katil bawah. Macam mana kena ganggu? ceritanya malam tu miss nur tidur dengan cara membiarkan rambut terlurai jatuh ke celah-celah katil. Selalunya miss nur tidur dengan berbantal kan rambut. Faham kan? but malam tu panas tak tahu kenapa so miss nur biar je rambut jatuh hingga cecah lantai dan malam itu rambut miss nur seakan ditarik sesorang dari bawah. apa lagi terjaga  la dari tidur dan cepat-cepat  tarik rambut . Seram doh! dan beberapa hari lepas tu, kawan miss nur yang boleh nampak makhluk halus kata dia selalu nampak ada tangan menjalar kat tengah2 katil (katil single digabungkan dan kat tengah² tu ada tangan keluar) but dia kata miss nur siap hempak tangan tu. Yela tak nampak, so mana miss nur tahu yang miss nur hempap tangan benda tu. Lepas dari hari tu, miss nur tak tidur tengah dah. miss nur tidur di bahagian hujung bila kawan² miss nur nak tidur sekali.

Seterusnya sewaktu form 3 tahun 2011 di belakang musolla (surau). miss nur ni jenis suka menyendiri but belakang musolla tu bukan satu² nya tempat yang miss nur sorang je lepak, kekadang tu syafiqah ishak, Ana, syafiqah omar akan duduk lepak situ teman miss nur. Tapi yang miss nur nak ceritakan ini ketika miss nur lepak sorang-sorang. Miss nur suka duduk situ sebab boleh tengok padang yang luas dan tepi2 padang tu hutan tebal. Tenang je but hari tu tak setenang yang miss nur fikirkan dimana seorang pelajar perempuan berjalan melintas depan menuju ke sekolah. Dah la dia jalan tak macam kita jalan. .Dia jalan perlahan. Perlahan sangat-sangat la.. Miss nur serabut bila dia jalan lambat sangat but perhati kan je la sampai tak nampak dah kelibat dia dan malam itu waktu nak pergi prep kat sekolah, miss nur, ana dah beberapa kawan yang lain lalu jalan belakang musolla yang diterangi lampu jalan. Boleh pulak masa tengah jalan tu ana tolak miss nur. Nasib baik tak terpeleset jatuh. Nak marah, tak leh marah. kawan kan.. haha. Pastu kat tangga sekolah masa nak gi tingkat 2, Ana buat hal lagi. Kali ni dia tak tolak sebab ada dinding so dia tarik aku. Haish.. memang geram la. bila ditanya kenapa, dia kata nanti dia cerita. 

Sesampai kat dorm dia pun cerita, katanya dia nampak ada pochong kat tengah-tengah jalan. Dia berdiri tegak, bila miss nur nak langgar dia, ana pun tolak supaya tak langgar dia dan bila kat tangga dia tarik tangan sebabnya ada seorang perempuan nak turun. Muka pompuan tu pucat. Miss nur iyakan je la apa yang ana cerita tu sebab ana memang boleh nampak but apa yang dia lihat semuanya dalam bentuk menggerikan but miss nur jumpa semuanya macam manusia😅

Next, Form 4. Ni boleh dikatakan seram sebab miss nur dapat bilik yang dikatakan paling menyeramkan kat asrama. Bilik tu di tingkat 3 blok D. 2 paling hujung dan dikatakan, bilik itu ada dinding but bagi yang terbuka hijab, dikatakan bilik tu tak ada dinding dan boleh nampak apa yang diluar dan Bilikit tu Berbentuk 'T' tapi itula miss nur susah nak percaya sebab hijab miss nur yang terbuka tak boleh buat miss nur nampak apa yang dorang katakan seperti ada yang menghalang even miss nur ada cuba buka hijab dengan baca beberapa ayat² dalam surah Jin but itula.. tak menjadi. haha.

sambung cerita, masa miss nur kat bilik tu, kita orang letak baldi di belakang almari buku. dan belakang almari tu ada tingkap yang tak tertutup langsir . di tepi almari tu ada almari baju (yg bawah milik katil bawah, manakala almari baju atas untuk katil atas) ku tak ingat nama akak yang duduk katil atas, miss nur letak Kak Amanina ye. Akak ni selalu solat sendiri kat bilik, kat celah-celah katil depan almari dia menghadap dinding dan almari baju dia. macam ni ↗️

Ada seorang senior selalu marah dia, katanya dah tak solat berjemaah kat surau, pastu solat situ. Situ dah la keras. Tau apa kak amanina jawb? "kalau keras, saya solat situ nanti dah tak keras" pergh.. berani betul dia. Petang tu dalam pukul 4, kawan miss nur yang pernah cerita nampak tangan kat celah-celah katil tu datang bilik miss nur. Masa dia masuk bilik nur, mata dia tertumpu je kat belakang almari buku. Almari buku ye yang ada baldi tu. Miss nur yang tengok dia macam kena sampuk tu pun sentuh dia, dia pun tersedar. Dia ketakutan dan lari turun. Miss nur tengok jam takut lewat cepat² pergi mandi. Bila keluar bilik air terkejut miss nur tengok langit dah makin gelap dan tak ramai orang kat asrama. Apa lagi berlari la ke bilik/dorm. 

Tengah-tengah bersiap dan takde sorang pun kat bilik terdengar ada orang menangis. Jelas ada orang menangis. bunyi tu dsri almari baju kak amanina. miss nur yang lambat tu pun cepat² pakai tudung, amik buku yang nak study waktu malam dan waktu nak keluar bilik, almari kak amanina diketuk kuat dari dalam dan dengan nada sedih dia minta tolong "tolong buka.. tolong.." miss nur yang terkejut pun lari keluar bilik dan terkejut miss nur bilik tengok kak amanina bsru selesai mandi. Dia jalan biasa je seperti tak kesah dah lambat. Miss nur tak nak cerita apa yang berlaku kat bilik terus menuju ke musolla. Dah sampai musolla pulak, ada orang histeria. Orang ni orang yang sama histeria dari miss nur form 1 sebab dia ada saka. so tak pelik. camne tahu? sebab miss nur boleh rasa something masa salam dia, rasa ada benda berjalan kat tapak tangan dia dan masa form 2, dia sendiri kata dia ada saka keturunan💆

Haa.. macam mana dia kena histeria? dia kena histeria masa imam angkat takbirrakaat pertama. Dia nak solat tetiba kena histeria. Miss nur tak peduli pun, masuk telekung dan nak kejar solat tapi disebabkan dia meronta-ronta macam orang gila dan menjerit macam apa entah, nak tak nak miss nur pun kena turun tangan pegang dia. Dia pandang sorang² yang pegang dia dengan marah tapi bila dia pandang miss nur, dia gelak dan kata "takut ke?". Miss nur pun terpinga-pinga bila masa entah takut ngan dia. miss nur nak je hempuk dia dengan rehal (meja tuk baca alQuran) tapi bersabar je la. Lepas habis solat jemaah, bergilir la pegang dia dan miss nur pun solat. Bila semua orang dah gerak pergi study prep(bukan kat sekolah tapi kat asrama), miss nur yang baru selesai lipat telekung didatangi senior lelaki, kawan along. Dia ni mahir dalam bab² benda halus ni. Dia datang dan cakap "okay tak ni?" miss nur yang blur pun kata "okay" tapi dia tak puas hati jadi dia tahan miss nur dan baca beberapa ayat. Miss nur biarkan je la. 

Selepas dia tengok takde reaksi pape, dia benarkan miss nur pergi prep tapi dia pandang macam tak puah hati.😌 Selang beberapa hari budak pompuan tu kena histeria lagi. haish kali ni dia histeria kat bilik kitaorang. oh ye..kitaorang ni sebilik ye. Dia kena histeria betul² time giliran dia cerita hantu. Miss nur ngn ana yang sedar dengan perubaha dia yang mula² gelak tetiba jadi diam dan mata jadi merah pun pandang satu sama lain. Peliknya kawan² miss nur duk gelak sakan dengan cerita sebelumnya.. Mereka tak sedar dengan perubahan kawan miss nur tu. Tahu apa jadi lepas tu? 

Dia bangun dan tetiba dia lari turun asrama dan keluar dari  asrama dengan tak bertudung. Miss nur yang terkejut dengan dia berlari laju nak mati! bilik kami tingkat 3 kot cam ne dia boleh tetiba kat tingkat bawah sekali? semua pelajar perempuan pegang dia kuat². Miss nur pun apa lagi cepat² pakai anak tudung dan tudung bawal dan berlari turun. Sesampai je kat tingkat bawah, dia terlepas! Dia berlari menuju ke asrama lelaki. Miss nur yang nak kejar dia terhenti sebab kena tutup aurat bila luar perkarangan asrama perempuan.  nasib baik ada seorang akak yang datang dari mana bagi telekung. Haa ni pelik, camne boleh ada telekung kat tingkat bawah? dan siapa akak tu? tak kenal pun But miss nur tak fikir panjang terus cabut tudung bawal dan pakai telekung. Miss nur yang pertama kejar kawan miss nur. 

Haa ni tak machonya. Budak lelaki yang sedar pompuan histeria bukan nak tolong, mereka boleh kelam-kabut tutup pintu, yang tak pakai baju menjerit macam perempuan sebab tetiba ada pompuan kat situ. Nak marah tak leh guna nasib baik miss nur dulu wakil lumpa lari marathon, boleh la kejar kawan miss nur. capai je dia terus wristling dengan telekungnya. haha. tak bagi dia gerak dan beberapa minit lepas tu baru pelajar pompuan yang lain datang dengan bawa telekung tuk dipakai kat kawan yang histeria tu. Lepas tu miss nur alih tugas. miss nur nak balik asrama dan tukar baju. bila sampai asrama laki balik, miss nur dikejutkan berita yang along miss nur ditampar dengan budak histeria itu sampai nangis. memang terkehkeh la miss nur dijawabnya. Hari itu hari pertama miss nur belajar mengubat orang.

Next form 5,asrama perempuan digempar-gempurkan dengan kemasukan orang minyak. Bilik yang kena masuk tu bilik hujung sekali tingkat 1. Nasib baik tak pape jadi kat budak perempuan yang malang tu cuma dia trauma sebab dia kata orang tu tak berbaju.😅 dan beberpa bulan lepas tu, miss nur diganggu kat tempat ampaian baju dekat bilik bawah sekali, bilik hujung. perghh menyeramkan sebab masa miss nur nak amik baju kat situ, waktu tu dah pukul 9 malam. teringat baju tak angkat. Miss nur datang ngn kawan tapi kawan tak masuk dalam. dia duk luar sebab bilik tu tak boleh bukak lampu pulak tetiba. Masa nak amik baju tu miss nur nampak ada kelibat orang berjalan kat tingkap. nampak betul orang berjalan cuma dia berbongkok- bongkok. kawan nur yang penat duk menunggu pun datang dekat pintu, dia yang melihat bayang² tu juga menjerit dan berlari tinggalkan miss nur seseorang.

Miss nur nak lari juga tapi baju belum ambil so kena la ambil dulu. Miss nur cepat-cepat gapai baju dan waktu tu tengar orang nangis. eiii... seram! seram! suara dari mana entah.

Next kat asrama di kolej Kelantan. Ni kat asrama pompuan kat luar. Cerita berlaku kat tempat ampaian baju juga. ceritanya waktu dah nak maghrib, baju tak angkat lagi. Miss nur ngan kawan miss nur yang ada belaan saka keturunan juga turun nak angkat baju. Camne tahu dia ada? dia sendiri yang bagitahu. tapi miss nur agak dah sebab dia pernah guna minyak 30juz yang miss nur beli kat darul syifa'. Dia pakai tu terus muntah² dan lemah. 😌 bila ditanya, dia kata dia ada. okay sambung cerita, masa kitaorang nak angkat baju. tetiba langit cantik oren² gitu so kawan miss nur ni ajak la selfie. masa selfie tu miss nur dengar ada desus suara minta pergi but tak endah pun. Bila selesai amik gambar kitaorang masuk bilik, sampai bilik ngn baju diampaian, kitaorang pun tengok gambar balik. alangkab terkejutnya, ni kali pertama miss nur nampak satu susuk makhluk halus yang berambut panjang dan matanya merah menyala macam bola api. rambut dia memang serabai habis dan menggerikan. dia berdiri berdekatan semak-samun. kawan miss nur yang ads belaan tu tengok terus histeria, miss nur cepat² delete gambar tu dan panggil senior tuk ubat dia. Alhamdulillah dia pun okay.

banyak lagi cerita sebenarnya tapi tak nak la cerita lagi. panjang dah ni. Kesimpulan yang miss nur boleh kata miss nur boleh dengar, boleh rasa, boleh lihat tapi semuanya dalam bentuk manusia. Cantik tak seperti yang orang lain ceritakan dan sememangnya miss nur tak nak pun lihat. semoga dijauhkan. Miss nur percaya selagi kita tak ganggu mereka, mereka tak kan ganggu kita. Semua yang berlaku pada miss nur sebab miss nur start dulu😅 tapi miss nur tak ceritakan apa yang miss nur buat sebab kebanyakkannya apa yang miss nur buat, korang buat. hahahah

Setiap kali apa yang terjadi miss nur, miss nur akan cerita kat umi ayah, umi selalu kata kawan² yang miss nur gaul semua ada belaan. memang tak nafikan 98% semua ada😌💆 tapi mereka tak ganggu miss nur pun. Dia ganggu orang tak puas hati dengan tuan dia. Miss nur baik so tak kena. hahahah gurau². Miss nur pun tak tahu kenapa tak diganggu dengan belaan kawan² miss nur mungkin sebab miss nur dah lali kot. haha. Act miss nur bukan kerap pun dengar ada orang bercakap, atau orang berjalan. kekadang je dengar. orang tua² kata, hijab akan tertutup sendiri bila kita makin tua. betul ke tak Wallahu'alam.

sampai sini saja ceritanya. jumpa next update. bye. Assalamualaikum

You May Also Like

0 comments