Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Tips
    • Student
    • Teacher
    • Beauty
  • Story
    • Cerpen
    • My Daily Life
  • Tutorial
  • Bloglist
  • Travel
    • Malaysia
    • Mecca
  • Contact
This Blog in Malay and sometimes i use English to practice my english language. Sorry for my poor English guys >.<


CikBiela's Lifestyle

 



Assalamualaikum.

Kali ni aku nak buat sambungan dari post aku 'Belajar Kias 8 Tahun' . Selepas baca post tu mungkin korang fikir aku ni tak suka belajar kat sana sebab peraturan-peraturan yang aku dah sebut kat situ.

BUT!!

Jika difikirkan lah andai aku tak suka, macam mana aku boleh belajar kat situ sampai 8 tahun? 😏

Yup, aku tak suka peraturan-peraturan kat sana dan rasa merimaskan but!! itu hanya terjadi pada awal tahun diploma JE. Makin lama belajar kat situ buat aku rasa rindu dekat Madinah sebab suasana Kelantan seakan Madinah. Siapa yang pernah pergi Madinah je akan faham kenapa. huhu

Aku yang terkenal dengan lasak-lasak dan tak berasa suka islamik-islamik ni mula berjinak dengan Islam dan belajar kat kelantan sebab itu yang aku nak. Itu yang aku sendiri pilih dengan rela hati. So bila aku tengok sendiri asrama kali pertama yang nazak, nak roboh tu. Aku paksakan diri unuk terima and stay. Kalau aku tak suka, waktu aku masuk asrama tu lagi, aku dah tarik diri belajar situ tapi tidak! aku pilih untuk stay.

Why?

Sebab aku nak tahu tentang Islam. More about Islam  dan aku sendiri tahu kerjaya bila graduated nanti akan jadi cikgu. 100% cikgu walhal aku tak suka and tak nak jadi cikgu. Member-member waktu sekolah dulu tanya aku "kenapa amik course tu padahal aku anak ustazah, aku dari kecil diajar tentang agama so kenapa amik course tu? tak cukup agama lagi ke?"

Aku tak jawab sebab kalau aku bagitahu dorang time tu, dorang kata aku gila. haha

So, aku korban masa muda ku 8 tahun kat sana sebab nak belajar lebih tentang Islam sampai aku tak sedar aku dah 25 tahun time tu. Aku boleh je lepas habis diploma sambung ijazah kat tempat lain dan aku dah cuba! aku daftar ijazah kat KUIS tapi aku bertahan 3 hari macam tu sebab kos hidup dan suasana KUIS tak sehati dengan aku.

KIAS telah membentuk jati diri aku. Aku dah selesa hidup tanpa bercakap dengan lelaki selama 8 tahun dimana murid lelaki menjaga pandangan dan tidak bercakap dengan lawan jantina kecuali hal penting. Tidak ada gelak tawa lelaki dan perempuan dalam kelas. tak ada mata liar dan mulut bersiul bila pompuan berjalan. Lecturers pun baik dan beradab. Lagi satu lecturer kat KIAS bukan calang-calang. Boleh gi website KIAS untuk tengok latar belakang lecturers yang ada.  Pas tu.. sopan je lecturers KIAS bila mengajar. Tenang. Cara penyampaian dalam kuliah pun tak berat even subjek dalam bahasa Arab. 

Undang-undang berpakaian jubah dan tudung labuh buat sedap je mata memandang bila lalu-lalang dekat kawasan kolej. Tak ada la sakit mata tengok baju ketat-ketat dan seksi tapi itulah hati manusia ada hitam putih. Kalau diri tak ada rasa nak terima, sampai habis belajar akan rasa benci je hidup dalam suasana macam tu.

Aku bila graduated masih mengekalkan budaya yang KIAS pupuk tu cuma tak lama la. Start aku mula bekerja kat Medispa, aku jadi culture shock, tukar kerja ke Klezcar pun tak boleh terima. Jadi cikgu? Haa.. maaf ye SRABSP. Aku nak cakap jujur la. Bermula dari SRABSP aku jadi toxic dan cara hidup aku berubah 100%. Buat aku bertambah tak suka jadi cikgu. Berzikir hari-hari nak berhenti je. Sebenci itu ye pada gelaran cikgu agama dalam diri aku. 

Aku tegaskan ye. Aku benci gelaran Ustazah yang orang panggil aku bukan aku benci cikgu agama. Aku tabik cikgu agama kat luar sana sebab gaji sikit dan tetap berkhidmat untuk agama cuma suasana kat sana buat aku fikir dua 2@3 kali nak hantar anak aku belajar agama. Kalau boleh, aku sendiri yang ajar subjek diniah tapi malangnya aku trauma dengan hubungan lawan jantina. So, aku tak plan nak kahwin. hahaha

Berbalik pada topik, aku sarankan ibubapa hantar anak ke Kias yang yurannya murah, pelbagai course ditawarkan, lecturer baik, suasana pun tenang dengan didikan agama. tempat yang terbaik untuk mentarbiahkan diri. Sebelum aku akhiri, aku nak beritahu .. waktu dirumah, ada orangtua yang boleh pesan anak-anak untuk jangan tinggal solat dan cari kawan yang baik. Dekat sekolah ada guru yang masih pantau anak-anak murid tapi bila dah masuk alam uni/ kolej. tak ada siapa boleh pantau. Ini lah kebebasan yang remaja nantikan termasuk la aku! 

Alhamdulillah. Aku pilih KIAS even aku sekarang dah berubah perangai. Aku still tahu hukum-hakam sebab aku belajar agama. Bukan sekadar tahu tapi cuba untuk mengaplikasikannya. Apapun pilihan ditangan anda yang penting JAGA DIRI, INGAT ALLAH! Assalamualaikum

Disember 30, 2024 No comments

 Assalamualaikum and hye to you.

Habis sahaja solat maghrib tadi terus aku buka laptop untuk menaip gara-gara adikku achik tanya 

"angah tak mendiari hari ni? berapa chapter dah?" hahaha.

Dia ingat aku rajin nak buat cerpen ke sampai berchapter? penat wehhh..😂

Aku duk berpikir apa la yang aku nak cerita kat sini sebabnya aku yang hidup busy memanjang kerja pagi, petang, malam terus stop aktivitinya sebab aku akan sambung belajar beberapa hari lagi.

Selepas aku berhenti kerja dekat SRABSP  bulan 8 2024, aku kerja as kerani dan guru kat Pusat Tuisyen Fikir Jaya dari jam 6:30- 10:30 malam. Itupun 4 bulan je then aku dapat kerja juga waktu siang dari jam 8pagi sampai 5:30 petang kat SRITIBBST. Ini pun taklama.. aku kerja sebulan je. Dari awal November sampai 2 December nanti. Kiranya ni tengah counting days nak berhenti la. huhu

Baik!

Memandangkan aku tak tahu nak share apa. So, aku fikir aku je la apa yang aku buat hari ni. Gambar dibawah ni jadual waktu aku as guru. Actually aku guru ganti yang menggantikan 2 guru. First muallimah Ramlah yang dulunya guru besar dekat sini and 2nd is Muallimah Huda, guru yang dilantik jadi guru besar baru.

Jadual waktu aku tak pack pun sebab Muallimah Huda pun mengajar juga. Aku kiranya ngajar separuh subjek yang dia perlu ajar.


Jadi guru dekat SRITI ni tugas dia memang tak sama ye dengan guru-guru under KPM or JAIS sebab dia sekolah yang fully swasta. Berdasarkan pemerhatian aku bekerja selama sebulan kat sini, aku boleh kata kerjanya tak berapa banyak. hahaha. yela akhir tahun mana banyaknya? semua program dah selesai dah. Sekolah sriti ni gabung ye subjek akademik dan agama jadi program yang dorang jalankan pun mesti program yang SK buat, dorang kena buat, kalau program JAIS buat pun dorang kena buat ..kira double la kerjanya.

Contohnya, kat Sriti ni ada Koku macam SK. Ada minggu sukan, minggu kelab and persatuan. Kalau JAIS buat KAMIL. Dorang pun kena join juga so banyak la program-programnya. Selama sebulan aku keje ni sekali je aku dapat merasai la suasana hari Koko kat sini sebab minggu lepas cuti penggal. Minggu sebelum tu la harinya.. ada koko.. minggu sebelum tu lagi ada ujian and the first week adalah minggu ulangkaji. Minggu ni? hari rabu CUTI!!! hooray and esoknya khamis last aku keje. haha

kay ni gambo hari koku. minggu sukan👇

Kelab catur


kelab memanah tapi ramai muridnya lari pi main badminton. Muallimah dorang izinkan


kelab badminton


kelab bola jaring. Sepatutnya ramai muallimah yang jaga tapi entah ke mana dorang pi. Aku sorang yang jaga murid-murid ni. Waktu ni dekat kelas tuk amik kehadiran then aku bawa dorang main kat luar bangunan sekolah (actually ada muallimah tu kata main dalam kelas tapi aku tengok padat. nak main apa dalam kelas ni? kelas teori bola jaring? no..no.. aku tak boleh go on so aku bawak je budak turun. maybe sebab tu muallimah-muallimah lain x nak turun😅



Sriti sini ada 3 blok bangunan. Waktu aku amik gambo ni, aku berada di bangunan baru. Aku tak biarkan budak main tanpa pantauan guru (budak main belakang Klinik Nasrah), so aku gi bangunan baru ni selepas Muallimah Huda a.k.a guru besar turun padang. Aku minta gb tengokkan budak jap memandangkan aku nak lari amik tisu and alang-alang nak ke toilet. hahaha

Next bangunan yang kiri ada bilik pentadbiran (terletak kat sebelah kedai makan mamak. Naik tangga baru nampak bilik pentadbirannya) Aku bagitahu sebab takut korang yang nak pi tak jumpa pulak mana pejabat. haha. Then, bangunan ketiga yang ada Klinik Nasrah. Sebelahnya ada DIY dan sebelahnya ada tangga ke tingkat atas. Situ la bangunan lama yang ada kelas. Kalau bangunan baru ada kelas tuk darjah 1. Jadi bangunan lama kelas tuk budak dari darjah 2 sampai 6. Banyakkan? aku pi situ hari pertama je dah sesat weyh cari kelas. 😆That's why parents tak boleh naik. laluannya sempit kat atas tu. kalau Muallim dan muallimah lalu takde masalah lagi. ni kalau time waktu rehat, boleh bayangkan bila budak-budak keluar kelas? hahaha





 Aku jadi culture shock bukan sebab ni je, aku jadi shock bila aku buka whatsaap. Terlampau banyak group weyh.. takpernah lagi ye aku kerja jadi guru ada banyak group macam ni😅kat sini semua muallim dan muallimah wajib ada dalam setiap group even tak ajar budak darjah 2 tetap kena ada. Kenapa? sebab nak memudahkan kerja muallim atau muallimah yang bertugas jaga pagar bila nak balik. Aku malas nak cerita detail bab tu sebab panjang~ hahaha


My whatsaap😵


Seterusnya aku nak cerita benda baru yang aku keje as guru kat sini iaitu ada waktu IBD dan halaqah. Berkenaan dengan halaqah benda tu biasa bagi aku sebab aku pernah duduk tahfiz. Jadi waktu halaqah akan ada kelas mengaji dan menghafal. Yang luar biasanya ada waktu IBD. 😂 IBD ni kita as muallimah just pastikan budak buat IBD ni. Murid akan dibahagi tugasan mengikut halaqah masing-masing. My halaqah tugasnya cuci tandas. So murid-murd akan bergilir-gilir setiap hari then my ibd hanya waktu tengahari sahaja. Pagi tu ibd tuk halaqah lain.

Anda rasa ini sahaja ke tugas muallim and muallimah? mengajar? no..no.. no.. Disini ada tugasan tambahan yang tidak ada dimana-mana sekolah samada SK atau under JAIS iaitu...

tada~~ ini tugasan bagi muallimah yang bertugas di bangunan baru. kalau muallim/ guru laki ada kat blok lama. Lupa nak bagitahu blok baru dan blok lama ni ada bilik guru taw. haha. 

Aku tak rasa sibuk mana la sebulan aku jadi guru kat sini sebabnya minggu ni pun aku tak banyak masuk kelas. aku hanya masuk kelas yang darjah 6, 3 dan 2 je. korang boleh check balik jadual waktu aku mengajar. Kebanyakkannya aku ngajar tahun 5 so minggu ni ada minggu intensif upkk (minggu depan dorang peksa sebenar!!) dan rabu lak cuti dan jumaat aku dah tak kerja. haha.


korang mesti kata aku curi tulang kan? aku dah siap semua kerja. Aku dah siap tanda paper exam, dah siap RPH minggu ni dan waktu ni pulak lepas solat zohor. Aku tak ada kelas tuk aku mengajar. ye la kelas aku bahasa melayu dah jadi kelas intensif upkk. hanya guru yang ajar subjek upkk akan amik alih. huhu.

Aku tak tahu la berapa lama aku terlelap. Aku terjaga sebab ada seorang muallimah kejut aku untuk cover tugas tambahan muallimah yang tidak hadir hari ni. Aku kena jaga pagar bawah. Dengan mamainya aku bersiap barang-barang nak bawa balik. Alang-alang turun, biar aku angkut barang-barang aku masuk kereta. Be smart gitu😎

Keje jaga pagar ni sampai kol 5:30 petang. Murid yang balik lambat, aku bawa naik kereta dan hantar merka ke bangunan lama. Selepas aku pastikan murid-murid tu naik tangga masuk bangunan lama, baru la aku gerak balik rumah. The end.

Itu la kerja aku hari ini. Banyak menikmati waktu-waktu free separuh hari. haha😂

So, apa yang aku boleh katakan Sriti ni kira sekolah swasta agama yang murah setakat ni di Malaysia bagi ibubapa yang sedang mencari sekolah sekaligus menjimatkan kos. Tak perlu nak bayar bas/ van dan tempat transit. Jimat disitu sebab murid akan berada di sekolah dari pagi sampai ke petang. Muallim dan muallimah semuanya baik dan menjalankan tugas dengan tip top! Kelas tak ramai murid so boleh la nak fokus mengajar anak murid. IBD yang ada membantu mensahsiahkan murid. Murid diajar basuh pinggan lepas makan, kemas kelas, jaga kebersihan. Memang terbaik!👍Makanan jangan risau sebab yuran yang parents bayar dah sekali dengan 2x makan (maaf berapa jumlah yuran x ingat)

Begitu juga kepada tenaga pengajar dan staf yang kerja kat sini. Sarapan pagi dan tengahari free. So jimatlah juga kan? cuma gaji tu korang rasa berbaloi ke untuk pengajar? RM1500 tuk yang ada diploma dan RM1550 tuk ijazah. Kenaikkan RM100 setahun. Max gaji tak ingat RM1700 rasanya. Aku rasa untung bagi yang ajar upkk,  psra dan guru yang OT jaga budak balik lambat kat blok lama tapi itu la yang jadi guru OT tak semua guru merasa. Siapa cepat dia dapat dan tak rolling tuk semua guru kat situ. Dorang akan decide awal tahun. huhu 

For me, kerja ni tak sesuai untuk aku yang terdesak duit. Ayah nak bersara dah. Adik bongsu masih lagi bersekolah and me anak sulung perempuan akan bantu ayah tanggung adik sampai dia masuk Uni. So aku kena dapat kerja gaji besar. Aku korbankan masa dan masa bujangku dan ayah korbankan duit untuk aku sambung belajar. huhu

Baiklah setakat ini sahaja. Plan nak taip pendek tetiba panjang berjela. haha. Terima kasih kerana sudi baca. Bye! Assalamualaikum



 









Disember 30, 2024 No comments

 Assalamualaikum ..

Terima kasih kerana sudi singgah di teratak yang berhabuk-habuk ni. Macam mana korang boleh tersesat kat sini? mesti duk pikir nak sambung ke tak tu kan? hoho😆Tak usah ragu, maju!! 




Alhamdulillah saya selamat menghabiskan diploma selama 3 tahun pada tahun 2017 dan degree pada tahun 2020. My cgpa tuk diploma 3.86 dan untuk ijazah jatuh sikit 3.83 tapi still dekan. huhu. Saya belajar dekat Kias, Kelantan. jangan tanya apa yang aku belajar sebab saya tak berapa ingat sebab apa yang belajar tak dipraktikkan. Ada sesetengah je saya tahu itu pasal riwayat hadis, ajaran sesat, liberalism, aliran sunni macam-macam tapi kalau tanya keseluruhan.. dari kulit ke kulit buku tu sorry ye. 😆

saya plan tuk sambung lagi but not master tapi 2nd diploma. saya akan start belajar 6 Januari 2025 ni pada usia ke 29 tahun. Tak boleh bayangkan yang aku paling tua nanti dalam course tu. hahaha. enjoy je life demi duit. hahaha amik course ni sbb gaji basic 3k kat kpj tu pakcik google yang kata. hahaha. akan ku bertahan demi duit. sorry dunia ni keras tanpa duit sayangku.

Saya ni sampai ke hari ni tak kahwin sebab duit. i desperate and really need money tuk bayar banyak benda. Thank you to my dad sebab sponsor my 1st diploma, degree and now my 2nd diploma. I'm really sorry sebab buat ayah rasa habis duit banyak tuk my studies but ayah... angah doakan apa yang ayah keluarkan demi kejayaan angah tu akan dibalas dengan syurga tanpa hisab. you're the best father ever in the world.

Ayah tahu angah hate men but you showed me how strong your love for me. How can i hate you? you're my first love. my hero. Thankyou again. 😘😘😘


waktu diploma




waktu ijazah sorry takde proper gambo. tak tahu mana gambo bayak-banyak dalam hardisk. haha














Disember 29, 2024 No comments

 Assalamualaikum.

Iam back! hari ni aku nak cerita pasal kerjaya aku yang pertama as a teacher sejak aku umo 17 tahun dan berbaki lagi 4 hari sebelum aku akan meninggalkan kerjaya aku as a guru. Aku tak tahu la jika aku masih berkesempatan mengajar lagi lepas ni kan.

Aku jadi guru secara rasminya under Jais pada 1 March 2021. Beberapa bulan selepas konvo. Sebelum tu aku ada la kerja as receptionist dekat medispa tapi bertahan seminggu dan aku ada kerja juga sebagai admin and coordinator dekat klezcar tapi bertahan sebulan . Aku berhenti sebab aku tak tahan itu je. Kalau ikutkan memang aku tak nak kerja sebab culture shock.. aku belajar kolej islam n berjubah ,, bertudung labuh pastu kena kerja tempat yang pakaian dia.. korang faham-faham je la.

lepas berapa minggu lepas aku berhenti kerja, my mom suruh jadi cikgu. dulu masa study biasa dah jadi guru ganti tapi kali ni suruh jadi guru tetap but malangnya saya kerja under jais pun kontrak je. Menjadi guru tak seindah and semudah yang korang fikir. 

Aku lepas bekerja as guru baru aku sedar yang aku jenis ambivert and more to introvert. Aku tak suka nak berhadapan dengan orang . kalau murid okay lagi tapi ni pentadbiran. Aku agak stress ye lagi-lagi semua nak mengharapkan aku je. bila aku buat tak endah mula la nak cari pasal. 

hari-hari la aku berzikir nak berhenti dari awal kerja ye guys. menangis tu benda biasa dah dalam hidup aku. Aku sampai depress bukan sebab kerja je .. family sampai ungkit- ungkit. belajar tinggi-tinggi, result gempak tapi kerja as guru kafa? bukan aku x sambung master . aku sampai daftar master 2 kali tau demi mengharapkan sijil tu mampu buat aku dapat kerja yang lebih baik tapi tempat aku kerja tak mengizinkan. campak jugak aku ke tahun 5 walhal aku dah kata aku sambung belajar hujung minggu. kalau ngajar tahun 5, kena ajar kelas tambahan setiap hari sabtu, kalau cuti penggal akan deret kelasnya sabtu, ahad dan isnin. in the end aku berhenti master and burn duit 10k (2 master x jadi tu~)

3 September 2024 adalah tarikh keramat dimana aku berhenti jugak kerja as guru kafa dibawah seliaan Jais sebab aku tekad nak sambung belajar but kali ni aku tak amik master. Aku tawar hati. Aku tak amik dpli jugak sebab aku tak nk ada kaitan dengan guru. Aku lari bidang. dulu diploma dan ijazah aku in usuluddin. now aku apply sebagai healthcare assistant kat kpj. belajar 2 bulan je tapi rezeki Allah yang atur. KPJ tawarkan aku diploma. 

Ada pelbagai diploma ditawarkan tapi aku  memilih diploma in operation room assistant (DORA)sebab aku minat perubatan walaupun tak bijak. hahaha. aku tahu aku ni more to introvert, that's why aku amik course ni .. aku memang berhadapan dengan manusia tapi lebih banyak menghadap peralatan la kat bilik bedah tu. hahahaha. Doakan aku ye guys.

Sepatutnya aku belajar 6 September 2024 tapi masa tu pegawai kpj yang handle kemasukan ku tu terapplied diploma in nursing. Aku nak tukar ke DORA tapi penuh dah kemasukan September so nama aku dianjak ke kemasukan March 2025. Sementara nak tunggu tahun depan , aku jadi guru sementara kat Sriti BBST. Aku rancang kerja 2 bulan je tapi Allah is the best planner ever. Kemasukan aku ke kpj diawalkan dari bulan March ke January 2025. So aku berbaki 4 hari lagi bekerja sebelum sambung belajar 6 January 2025.

Disini aku nak kepilkan kenangan-kenangan aku as guru. kalau simpan dalam hardisk takut hilang or terformat pulak. haha






































Disember 29, 2024 No comments

 Assalamualaikum..

Lama dah saya tak updated kat sini. Nak kata busy, sekarang dah kurang busy dari sebelum ni tapi itu la tak terasa nak menulis.😂

Berbalik kepada tajuk . Tetiba nak menulis pasal tempat belajar dulu. Tempat ku menghabiskan sisa-sisa mudaku 8 tahun kat sana. (but please saya masih muda~ <<walhal lagi 2 hari nak masuk tahun baru>> haha)

So harapan saya ...dapat la membantu sesiapa yang nak tahu pasal KIAS. Dengar baik- baik ini bagi pandangan saya sahaja dan tak semua orang ada pandangan yang sama. manusia kan ada kulit putih hitam, rambut pun warna lain-lain so hati dan rasa pun tak sama. kan?? haha

My first expression masa masuk kolej tu boleh dikatakan biasa-biasa je sebab tengok dari luar je tapi bila daftar asrama agak terkejut la juga. why? sebab saya orang Selangor. Nak kata bandar pun tak juga sebab pernah dibesarkan dekat kampung cuma kondisi asrama tu buat me... krik.. krik.. kalau org kl kata kennott brainnn~

Bilik kecik ada dua katil yang double decker. ada satu meja besar dan 4 almari sorang satu dan semuanya kayu. bukan kayu yang cantik rupanya tapi mcam nak roboh pun ada. almari yang saya dapat pun lock dia dah tercabut. pintu bilik tak ada tombol. Ini kes tahun 2014 ye anak-anak. Haha 

tandas? tak tahu la nak cakap apa. pintu tandas pun ada yang rosak, senget sebelah . kekadang tu tandas tersumbat or rosak. tile pun ada pecah2 yang kehitaman. kalau nak kata pasal air.. haa somtimes dapat air yang berkarat so redah sahaja la mujur saya yang kulit sensitif boleh tahan keadaan time tu. tak gatal-gatal cuma rambut meang rosak.

Saya duduk asrama tak lama. 3 sem sahaja diploma then duk rumah sewa dekat kada sampai habis degree. lupa nak bagitahu saya duk Sakan Aisyah bukan Khadijah. kalau sakan khadijah memang ok sikit dari sakan aisyah tapi tu la sakan khadijah time tu hanya tuk orang berjawatan kat sana dan tuk budak 2nd intake. Sekali lagi ini cerita masa tahun 2014-2015.

Now, tempat study? tempat study ada dewan kuliah dan ada bilik kuliah. sekarang dah banyak dah bangunan kuliahnya. banyak benda dah berubah maklumlah sekarang dah naik taraf kolej universiti. bagi yang nak kurus badan cepat, ambil saranan aku duduk asrama sakan aisyah kat luar sebab jarak asrama sakan aisyah ke kolej tu jauh ye. kalau hujan tak bawak payung memang basah kuyup. bab ni memang aku tabik la kat kitorang budak kias sebab makin lama ko belajar kat sini makin tinggi ye keredhaan dalam diri. mana tak weyyy kalau hujan dan lupa bawak payung memang budaknya tak lari. redah je sambil jalan sempoi2 gitu sampai aku balik Selangor aku terbawak-bawak keredhaannya tu 😂

Tempat asrama dan kolej aku dah cerita. sekarang korang kena tahu pakaian budak Kias macam mana. Pakaian dia akan buat korang akan rasa ni kolej ke sekolah sebabnya pompuan WAJIB pakai jubah gelap dan tudung bulat cerah. Tudung kena plain x boleh bercorak . Kalau jubah tu boleh je bercorak tapi jangan over sampai penuh jubah dengan bunga-bunga dan blink blink. corak hanya boleh sikit je itu pun kat kaki jubah. pastu no cutting ye jubah tu kalau tak korang akan berhadapan dengan lecturer disiplin, my favourite lecturer ustaz rahim. 


contoh pakaian yang tak over. ofcourse this is me. ahaha


last day bergambo dihadapan bangunan baru kias before graduate ijazah 2020

Ustaz rahim ni memang budak pompuan Kias takuti bukan sebab dia garang cuma bahasa tegurannya lembut tapi menusuk kalbu. syukur 8  tahun belajar kat sana tak pernah lagi kena sound dengan ustaz rahim kecuali satu. itu pun sebab kad matrik tercicir dan ustaz sendiri yang jumpa. dah masa tu waktu exam. kalut.... tak ada kad matrik tak boleh exam ye semua!

Then aku nak cakap pasal pimpinan Kias yang aku secara jujurnya aku tak ambil peduli pasal dorang. aku tak tahu siapa presiden, naib presiden, ajk semua tu dari aku sem 1 diploma sampai aku konvo.. sebab aku memang tak peduli benda remeh-temeh ni. Cuma aku perasan la budak kias memang tak suka dorang ni sebab OVER kuasa. kena ikut peraturan dan aku pun tak suka ye peraturan kat sana tapi aku ni ikut je la selagi tak menyebabkan aku punya pointer jatuh dekan. hahaha

peraturan yang aku tak boleh terima dekat sana yang pimpinan dok larang sokmo (selalu) pada awal-awal tahun diploma:

1.  laki dan pompuan tak boleh bercakap kecuali benda penting. 

kenapa aku tak leh terima? sebab aku dari sekolah agama kat selangor yang combine laki pompuan. kita orang takde la pegang-pegang but tak ada sampai tak boleh borak langsung. Ni kalau kat kias , budak akhwat (pelajar pompuan) dan ikhwan (pelajar laki) bercakap, orang sekeliling tenung tajam macam buat jenayah

2. Akhwat tak boleh makan dekat kedai tapi kena bungkus bawa balik.

kononnya nak jaga pandangan mata sebab ikhwan memang makan kat kedai so akhwat kalau memang nak sangat makan kat kedai, boleh la pergi kafe Kias tapi itu la tempatnya sekarang dah roboh aku rasa😅 pepandai la korang search google kalau ada tempat baru kafenya. haha





sambut befday pun tak boleh buat kat kedai. sambut kat dalam / luar bilik je rumah sewa. kenangan tak dapat dilupakan

3. WAJIB berpakaian jubah bagi akhwat kalau nak gi shopping/ buat aktiviti kat luar kolej

ye sekali lagi peraturan ini untuk akhwat juga. aku memang x boleh la bab-bab ni. imagine ye aku nak shopping dekat bandar yang jaraknya lebih kurang 10km dari kolej dan WAJIB pakai jubah. even aku duk rumah sewa pun tetap kena keluar pakai jubah, tudung labuh. Aku tak tahu la siapa 'mata'mata' dekat rumah sewa. Setiap kali aku langgar peraturan ni memang naik la nama aku. naik dekat pimpinan Kias, tak memasal datang rumah sewa aku and sound. mujur bukan ustaz rahim yang datang. hahahaha tapi aku buat 3 kali je masa diploma. tak menahan aku nak gaduh dengan dorang. buang masa. jap.. jap.. ni bukan kes nak gi shopping je berjubah tapi nak gi hiking pun kena berjubah, tudung bulat labuh. korang rasa berapa banyak jubah aku koyak bila hiking? hahahaha. x boleh kira. bukan sahaja rosak sebab hiking tapi rosak bila ko pakai buat aktiviti lasak 😂


rehat di puncak bukit keluang. penat weyh hiking

memanah di padang kias



nak berkuda pun yang tempatnya jauh dari Kias pun still berjubah dan bertudung bulat

aku yang jenis kaki hiking memang akan amik kesempatan kalau ada trip hiking under kolej tapi tu la kena tabah la ye bila balik hiking, jubah koyak sana-sini. Korang.. korang tahu kan Kelantan setiap tahun akan banjir so aktivti kemanusiaan tuk bantumangsa-mngsa banjir ni macam korang redah kampung-kampung banjir dengan sampan kan? korang bayang kan ye korang pi dengan berjubah dan tudung labuh. hahaha. pastu lepas banjir kan kena bantu bersihkan rumah dari lumpur-lumpur tu kan? yes berjubah dan tudung labuh jugak.hahaha


misi bantuan banjir. basah? no hal~

Aku rasa setakat tu je peraturan-peraturan yang tak masuk akal bagi orang yang sekularisme and one more thing sebelum aku lupa. bagi pompuan-pompuan yang suka bermekap , kias bukan tempat yang sesuai untuk korang. kalau korang ada niat nak apply tapi tak mampu nak follow peraturan, better cau dari awal. Peraturan-peraturan kias ni sejak zaman penubuhannnya lagi dah ada and mereka sangat-sangat menjaga ye. kalau pakai suncreen tinted atau compact powder takde masalah asalkan tidak pakai maskara, eyeliner, eyeshadow kat sana. gincu jangan pakai warna yang merah menyala gitu. pakai yang neutral je. better pakai lipbalm je

haa..mesti korang rasa aku bagi review negative je kan sebab dari awal aku kondem pasal kias ni but ada yang baiknya yang korang dapat hasil tarbiah mereka. first, korang akan jadi kekok bila bercakap dengan laki. buktinya sampai ke hari ni aku tak suka bercakap dengan lelaki yang tiada pertalian darah secara face to face. kalau mesej-mesej aku boleh lagi but depan-depan. i can't. La takrabuz zina~ jangan lah dekati zina. jangan dekati zina ni bermula dengan bercakap. bagus kan? kurang la dosa. hahaha

pastu bila ko setiap kali buat rutin harian dengan jubah akan datangnya mindset kat kepala nak beraktivitas kat luar perlu menjaga aurat and we can experience and feel the moment sepertimana sahabat-sahabat nabi dikalangan wanita bahkan isteri nabi muhammad sendiri berjubah dan bertudung labuh bila berlatih memanah. see? kalau korang kata teruk la berpakaian macam ni, korang akan kutuk isteri-isteri nabi juga. faham semua?

so, kalau ada yang kata pakaian tshirt labuh, seluar labuh pun tutup aurat. ye faham.. memang tutup aurat but Kias menjaga dan menitikbratkan pakaian sunnah agar tidak dilupakan. hasil daripada beni2 yang ditanam kat kias, aku jadi habit ye keluar rumah pi mana-mana berjubah and bertudung labuh. namun ia hanya kekal sampai the day before i start kerja. why?

Peraturan bekerja as guru di Malaysia adalah berpakaian baju kurung. Jubah hanya dibenarkan pada hari Jumaat sahaja but certain sekolah kata tak boleh pakai jubah even hari Jumaat. hanya dikhaskan kepada preggy woman . so now jubah dalam almari daripada berbelas-belas tinggal berapa helai je. huhu

Sebelum aku akhiri coretan ku ni. aku nak tegaskan ini sekadar pengalaman ku belajar kat sana 8 tahun. Mungkin sekarang dah maju dah Kias sebab dah naik tarf kolej universiti. Bukan mudah ye nak naik taraf tu. amik masa bertahun- tahun taw. Then, aku nak bagitahu cara percakapan aku sekarang  100% berubah dari dulu sebab alam pekerjaan membuatkan aku jadi makin toxic. menguji kesabaranku hari demi hari. Aku yang pakai purdah dari umo 14 tahun terus stop bila aku start bekerja sebab tak nak menimbulkan fitnah. Biar cara percakapanku selari dengan pakaian. aku still baju labuh, tudung labuh. Doakan aku terus istiqamah menjaga aurat😭😭😭 sometimes aku jadi malas pakai stokin weyh.. azab teruk la aku kalau mati ni. x bertaubat2 padahal tahu kaki tu aurat


Disember 29, 2024 No comments
Newer Posts
Older Posts

🪻Thanks for visit !!🪻

🪻About me🪻

Wanita Niqabis (@WanitaNiqabis) | Twitter


Welcome to my blog

I'm NUR- I'm Chocolate lover and passionated on beauty, fashion, travel and food. I also like reading and writing so i want to sharing with you everything i know so keep watching and reading my stories ok :)

Blog since 30 May 2020
Full time Student
Half time Blogger
28 years old

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

🪻Label🪻

  • Health
  • Story
  • tutorial

🪻Arkib Blog🪻

  • ►  2025 (4)
    • ►  Januari (4)
  • ▼  2024 (7)
    • ▼  Disember (5)
      • KIAS pilihan di hati
      • Kerjaku sebagai Muallimah
      • Sambung belajar kat uni?
      • Resign as a Teacher
      • Belajar di KIAS 8 tahun
    • ►  Februari (2)
  • ►  2023 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2021 (24)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (12)
  • ►  2020 (24)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (18)

🪻My wishlist🪻

Graduated
Work
Married

Created with by ThemeXpose