Belajar di KIAS 8 tahun
Assalamualaikum..
Lama dah saya tak updated kat sini. Nak kata busy, sekarang dah kurang busy dari sebelum ni tapi itu la tak terasa nak menulis.😂
Berbalik kepada tajuk . Tetiba nak menulis pasal tempat belajar dulu. Tempat ku menghabiskan sisa-sisa mudaku 8 tahun kat sana. (but please saya masih muda~ <<walhal lagi 2 hari nak masuk tahun baru>> haha)
So harapan saya ...dapat la membantu sesiapa yang nak tahu pasal KIAS. Dengar baik- baik ini bagi pandangan saya sahaja dan tak semua orang ada pandangan yang sama. manusia kan ada kulit putih hitam, rambut pun warna lain-lain so hati dan rasa pun tak sama. kan?? haha
My first expression masa masuk kolej tu boleh dikatakan biasa-biasa je sebab tengok dari luar je tapi bila daftar asrama agak terkejut la juga. why? sebab saya orang Selangor. Nak kata bandar pun tak juga sebab pernah dibesarkan dekat kampung cuma kondisi asrama tu buat me... krik.. krik.. kalau org kl kata kennott brainnn~
Bilik kecik ada dua katil yang double decker. ada satu meja besar dan 4 almari sorang satu dan semuanya kayu. bukan kayu yang cantik rupanya tapi mcam nak roboh pun ada. almari yang saya dapat pun lock dia dah tercabut. pintu bilik tak ada tombol. Ini kes tahun 2014 ye anak-anak. Haha
tandas? tak tahu la nak cakap apa. pintu tandas pun ada yang rosak, senget sebelah . kekadang tu tandas tersumbat or rosak. tile pun ada pecah2 yang kehitaman. kalau nak kata pasal air.. haa somtimes dapat air yang berkarat so redah sahaja la mujur saya yang kulit sensitif boleh tahan keadaan time tu. tak gatal-gatal cuma rambut meang rosak.
Saya duduk asrama tak lama. 3 sem sahaja diploma then duk rumah sewa dekat kada sampai habis degree. lupa nak bagitahu saya duk Sakan Aisyah bukan Khadijah. kalau sakan khadijah memang ok sikit dari sakan aisyah tapi tu la sakan khadijah time tu hanya tuk orang berjawatan kat sana dan tuk budak 2nd intake. Sekali lagi ini cerita masa tahun 2014-2015.
Now, tempat study? tempat study ada dewan kuliah dan ada bilik kuliah. sekarang dah banyak dah bangunan kuliahnya. banyak benda dah berubah maklumlah sekarang dah naik taraf kolej universiti. bagi yang nak kurus badan cepat, ambil saranan aku duduk asrama sakan aisyah kat luar sebab jarak asrama sakan aisyah ke kolej tu jauh ye. kalau hujan tak bawak payung memang basah kuyup. bab ni memang aku tabik la kat kitorang budak kias sebab makin lama ko belajar kat sini makin tinggi ye keredhaan dalam diri. mana tak weyyy kalau hujan dan lupa bawak payung memang budaknya tak lari. redah je sambil jalan sempoi2 gitu sampai aku balik Selangor aku terbawak-bawak keredhaannya tu 😂
Tempat asrama dan kolej aku dah cerita. sekarang korang kena tahu pakaian budak Kias macam mana. Pakaian dia akan buat korang akan rasa ni kolej ke sekolah sebabnya pompuan WAJIB pakai jubah gelap dan tudung bulat cerah. Tudung kena plain x boleh bercorak . Kalau jubah tu boleh je bercorak tapi jangan over sampai penuh jubah dengan bunga-bunga dan blink blink. corak hanya boleh sikit je itu pun kat kaki jubah. pastu no cutting ye jubah tu kalau tak korang akan berhadapan dengan lecturer disiplin, my favourite lecturer ustaz rahim.
Ustaz rahim ni memang budak pompuan Kias takuti bukan sebab dia garang cuma bahasa tegurannya lembut tapi menusuk kalbu. syukur 8 tahun belajar kat sana tak pernah lagi kena sound dengan ustaz rahim kecuali satu. itu pun sebab kad matrik tercicir dan ustaz sendiri yang jumpa. dah masa tu waktu exam. kalut.... tak ada kad matrik tak boleh exam ye semua!
Then aku nak cakap pasal pimpinan Kias yang aku secara jujurnya aku tak ambil peduli pasal dorang. aku tak tahu siapa presiden, naib presiden, ajk semua tu dari aku sem 1 diploma sampai aku konvo.. sebab aku memang tak peduli benda remeh-temeh ni. Cuma aku perasan la budak kias memang tak suka dorang ni sebab OVER kuasa. kena ikut peraturan dan aku pun tak suka ye peraturan kat sana tapi aku ni ikut je la selagi tak menyebabkan aku punya pointer jatuh dekan. hahaha
peraturan yang aku tak boleh terima dekat sana yang pimpinan dok larang sokmo (selalu) pada awal-awal tahun diploma:
1. laki dan pompuan tak boleh bercakap kecuali benda penting.
kenapa aku tak leh terima? sebab aku dari sekolah agama kat selangor yang combine laki pompuan. kita orang takde la pegang-pegang but tak ada sampai tak boleh borak langsung. Ni kalau kat kias , budak akhwat (pelajar pompuan) dan ikhwan (pelajar laki) bercakap, orang sekeliling tenung tajam macam buat jenayah
2. Akhwat tak boleh makan dekat kedai tapi kena bungkus bawa balik.
kononnya nak jaga pandangan mata sebab ikhwan memang makan kat kedai so akhwat kalau memang nak sangat makan kat kedai, boleh la pergi kafe Kias tapi itu la tempatnya sekarang dah roboh aku rasa😅 pepandai la korang search google kalau ada tempat baru kafenya. haha
3. WAJIB berpakaian jubah bagi akhwat kalau nak gi shopping/ buat aktiviti kat luar kolej
ye sekali lagi peraturan ini untuk akhwat juga. aku memang x boleh la bab-bab ni. imagine ye aku nak shopping dekat bandar yang jaraknya lebih kurang 10km dari kolej dan WAJIB pakai jubah. even aku duk rumah sewa pun tetap kena keluar pakai jubah, tudung labuh. Aku tak tahu la siapa 'mata'mata' dekat rumah sewa. Setiap kali aku langgar peraturan ni memang naik la nama aku. naik dekat pimpinan Kias, tak memasal datang rumah sewa aku and sound. mujur bukan ustaz rahim yang datang. hahahaha tapi aku buat 3 kali je masa diploma. tak menahan aku nak gaduh dengan dorang. buang masa. jap.. jap.. ni bukan kes nak gi shopping je berjubah tapi nak gi hiking pun kena berjubah, tudung bulat labuh. korang rasa berapa banyak jubah aku koyak bila hiking? hahahaha. x boleh kira. bukan sahaja rosak sebab hiking tapi rosak bila ko pakai buat aktiviti lasak 😂
aku yang jenis kaki hiking memang akan amik kesempatan kalau ada trip hiking under kolej tapi tu la kena tabah la ye bila balik hiking, jubah koyak sana-sini. Korang.. korang tahu kan Kelantan setiap tahun akan banjir so aktivti kemanusiaan tuk bantumangsa-mngsa banjir ni macam korang redah kampung-kampung banjir dengan sampan kan? korang bayang kan ye korang pi dengan berjubah dan tudung labuh. hahaha. pastu lepas banjir kan kena bantu bersihkan rumah dari lumpur-lumpur tu kan? yes berjubah dan tudung labuh jugak.hahaha
Aku rasa setakat tu je peraturan-peraturan yang tak masuk akal bagi orang yang sekularisme and one more thing sebelum aku lupa. bagi pompuan-pompuan yang suka bermekap , kias bukan tempat yang sesuai untuk korang. kalau korang ada niat nak apply tapi tak mampu nak follow peraturan, better cau dari awal. Peraturan-peraturan kias ni sejak zaman penubuhannnya lagi dah ada and mereka sangat-sangat menjaga ye. kalau pakai suncreen tinted atau compact powder takde masalah asalkan tidak pakai maskara, eyeliner, eyeshadow kat sana. gincu jangan pakai warna yang merah menyala gitu. pakai yang neutral je. better pakai lipbalm je
haa..mesti korang rasa aku bagi review negative je kan sebab dari awal aku kondem pasal kias ni but ada yang baiknya yang korang dapat hasil tarbiah mereka. first, korang akan jadi kekok bila bercakap dengan laki. buktinya sampai ke hari ni aku tak suka bercakap dengan lelaki yang tiada pertalian darah secara face to face. kalau mesej-mesej aku boleh lagi but depan-depan. i can't. La takrabuz zina~ jangan lah dekati zina. jangan dekati zina ni bermula dengan bercakap. bagus kan? kurang la dosa. hahaha
pastu bila ko setiap kali buat rutin harian dengan jubah akan datangnya mindset kat kepala nak beraktivitas kat luar perlu menjaga aurat and we can experience and feel the moment sepertimana sahabat-sahabat nabi dikalangan wanita bahkan isteri nabi muhammad sendiri berjubah dan bertudung labuh bila berlatih memanah. see? kalau korang kata teruk la berpakaian macam ni, korang akan kutuk isteri-isteri nabi juga. faham semua?
so, kalau ada yang kata pakaian tshirt labuh, seluar labuh pun tutup aurat. ye faham.. memang tutup aurat but Kias menjaga dan menitikbratkan pakaian sunnah agar tidak dilupakan. hasil daripada beni2 yang ditanam kat kias, aku jadi habit ye keluar rumah pi mana-mana berjubah and bertudung labuh. namun ia hanya kekal sampai the day before i start kerja. why?
Peraturan bekerja as guru di Malaysia adalah berpakaian baju kurung. Jubah hanya dibenarkan pada hari Jumaat sahaja but certain sekolah kata tak boleh pakai jubah even hari Jumaat. hanya dikhaskan kepada preggy woman . so now jubah dalam almari daripada berbelas-belas tinggal berapa helai je. huhu
Sebelum aku akhiri coretan ku ni. aku nak tegaskan ini sekadar pengalaman ku belajar kat sana 8 tahun. Mungkin sekarang dah maju dah Kias sebab dah naik tarf kolej universiti. Bukan mudah ye nak naik taraf tu. amik masa bertahun- tahun taw. Then, aku nak bagitahu cara percakapan aku sekarang 100% berubah dari dulu sebab alam pekerjaan membuatkan aku jadi makin toxic. menguji kesabaranku hari demi hari. Aku yang pakai purdah dari umo 14 tahun terus stop bila aku start bekerja sebab tak nak menimbulkan fitnah. Biar cara percakapanku selari dengan pakaian. aku still baju labuh, tudung labuh. Doakan aku terus istiqamah menjaga aurat😭😭😭 sometimes aku jadi malas pakai stokin weyh.. azab teruk la aku kalau mati ni. x bertaubat2 padahal tahu kaki tu aurat
0 comments