Kerjaku sebagai Muallimah

by - Disember 30, 2024

 Assalamualaikum and hye to you.

Habis sahaja solat maghrib tadi terus aku buka laptop untuk menaip gara-gara adikku achik tanya 

"angah tak mendiari hari ni? berapa chapter dah?" hahaha.

Dia ingat aku rajin nak buat cerpen ke sampai berchapter? penat wehhh..😂

Aku duk berpikir apa la yang aku nak cerita kat sini sebabnya aku yang hidup busy memanjang kerja pagi, petang, malam terus stop aktivitinya sebab aku akan sambung belajar beberapa hari lagi.

Selepas aku berhenti kerja dekat SRABSP  bulan 8 2024, aku kerja as kerani dan guru kat Pusat Tuisyen Fikir Jaya dari jam 6:30- 10:30 malam. Itupun 4 bulan je then aku dapat kerja juga waktu siang dari jam 8pagi sampai 5:30 petang kat SRITIBBST. Ini pun taklama.. aku kerja sebulan je. Dari awal November sampai 2 December nanti. Kiranya ni tengah counting days nak berhenti la. huhu

Baik!

Memandangkan aku tak tahu nak share apa. So, aku fikir aku je la apa yang aku buat hari ni. Gambar dibawah ni jadual waktu aku as guru. Actually aku guru ganti yang menggantikan 2 guru. First muallimah Ramlah yang dulunya guru besar dekat sini and 2nd is Muallimah Huda, guru yang dilantik jadi guru besar baru.

Jadual waktu aku tak pack pun sebab Muallimah Huda pun mengajar juga. Aku kiranya ngajar separuh subjek yang dia perlu ajar.


Jadi guru dekat SRITI ni tugas dia memang tak sama ye dengan guru-guru under KPM or JAIS sebab dia sekolah yang fully swasta. Berdasarkan pemerhatian aku bekerja selama sebulan kat sini, aku boleh kata kerjanya tak berapa banyak. hahaha. yela akhir tahun mana banyaknya? semua program dah selesai dah. Sekolah sriti ni gabung ye subjek akademik dan agama jadi program yang dorang jalankan pun mesti program yang SK buat, dorang kena buat, kalau program JAIS buat pun dorang kena buat ..kira double la kerjanya.

Contohnya, kat Sriti ni ada Koku macam SK. Ada minggu sukan, minggu kelab and persatuan. Kalau JAIS buat KAMIL. Dorang pun kena join juga so banyak la program-programnya. Selama sebulan aku keje ni sekali je aku dapat merasai la suasana hari Koko kat sini sebab minggu lepas cuti penggal. Minggu sebelum tu la harinya.. ada koko.. minggu sebelum tu lagi ada ujian and the first week adalah minggu ulangkaji. Minggu ni? hari rabu CUTI!!! hooray and esoknya khamis last aku keje. haha

kay ni gambo hari koku. minggu sukan👇

Kelab catur


kelab memanah tapi ramai muridnya lari pi main badminton. Muallimah dorang izinkan


kelab badminton


kelab bola jaring. Sepatutnya ramai muallimah yang jaga tapi entah ke mana dorang pi. Aku sorang yang jaga murid-murid ni. Waktu ni dekat kelas tuk amik kehadiran then aku bawa dorang main kat luar bangunan sekolah (actually ada muallimah tu kata main dalam kelas tapi aku tengok padat. nak main apa dalam kelas ni? kelas teori bola jaring? no..no.. aku tak boleh go on so aku bawak je budak turun. maybe sebab tu muallimah-muallimah lain x nak turun😅



Sriti sini ada 3 blok bangunan. Waktu aku amik gambo ni, aku berada di bangunan baru. Aku tak biarkan budak main tanpa pantauan guru (budak main belakang Klinik Nasrah), so aku gi bangunan baru ni selepas Muallimah Huda a.k.a guru besar turun padang. Aku minta gb tengokkan budak jap memandangkan aku nak lari amik tisu and alang-alang nak ke toilet. hahaha

Next bangunan yang kiri ada bilik pentadbiran (terletak kat sebelah kedai makan mamak. Naik tangga baru nampak bilik pentadbirannya) Aku bagitahu sebab takut korang yang nak pi tak jumpa pulak mana pejabat. haha. Then, bangunan ketiga yang ada Klinik Nasrah. Sebelahnya ada DIY dan sebelahnya ada tangga ke tingkat atas. Situ la bangunan lama yang ada kelas. Kalau bangunan baru ada kelas tuk darjah 1. Jadi bangunan lama kelas tuk budak dari darjah 2 sampai 6. Banyakkan? aku pi situ hari pertama je dah sesat weyh cari kelas. 😆That's why parents tak boleh naik. laluannya sempit kat atas tu. kalau Muallim dan muallimah lalu takde masalah lagi. ni kalau time waktu rehat, boleh bayangkan bila budak-budak keluar kelas? hahaha





 Aku jadi culture shock bukan sebab ni je, aku jadi shock bila aku buka whatsaap. Terlampau banyak group weyh.. takpernah lagi ye aku kerja jadi guru ada banyak group macam ni😅kat sini semua muallim dan muallimah wajib ada dalam setiap group even tak ajar budak darjah 2 tetap kena ada. Kenapa? sebab nak memudahkan kerja muallim atau muallimah yang bertugas jaga pagar bila nak balik. Aku malas nak cerita detail bab tu sebab panjang~ hahaha


My whatsaap😵


Seterusnya aku nak cerita benda baru yang aku keje as guru kat sini iaitu ada waktu IBD dan halaqah. Berkenaan dengan halaqah benda tu biasa bagi aku sebab aku pernah duduk tahfiz. Jadi waktu halaqah akan ada kelas mengaji dan menghafal. Yang luar biasanya ada waktu IBD. 😂 IBD ni kita as muallimah just pastikan budak buat IBD ni. Murid akan dibahagi tugasan mengikut halaqah masing-masing. My halaqah tugasnya cuci tandas. So murid-murd akan bergilir-gilir setiap hari then my ibd hanya waktu tengahari sahaja. Pagi tu ibd tuk halaqah lain.

Anda rasa ini sahaja ke tugas muallim and muallimah? mengajar? no..no.. no.. Disini ada tugasan tambahan yang tidak ada dimana-mana sekolah samada SK atau under JAIS iaitu...

tada~~ ini tugasan bagi muallimah yang bertugas di bangunan baru. kalau muallim/ guru laki ada kat blok lama. Lupa nak bagitahu blok baru dan blok lama ni ada bilik guru taw. haha. 

Aku tak rasa sibuk mana la sebulan aku jadi guru kat sini sebabnya minggu ni pun aku tak banyak masuk kelas. aku hanya masuk kelas yang darjah 6, 3 dan 2 je. korang boleh check balik jadual waktu aku mengajar. Kebanyakkannya aku ngajar tahun 5 so minggu ni ada minggu intensif upkk (minggu depan dorang peksa sebenar!!) dan rabu lak cuti dan jumaat aku dah tak kerja. haha.


korang mesti kata aku curi tulang kan? aku dah siap semua kerja. Aku dah siap tanda paper exam, dah siap RPH minggu ni dan waktu ni pulak lepas solat zohor. Aku tak ada kelas tuk aku mengajar. ye la kelas aku bahasa melayu dah jadi kelas intensif upkk. hanya guru yang ajar subjek upkk akan amik alih. huhu.

Aku tak tahu la berapa lama aku terlelap. Aku terjaga sebab ada seorang muallimah kejut aku untuk cover tugas tambahan muallimah yang tidak hadir hari ni. Aku kena jaga pagar bawah. Dengan mamainya aku bersiap barang-barang nak bawa balik. Alang-alang turun, biar aku angkut barang-barang aku masuk kereta. Be smart gitu😎

Keje jaga pagar ni sampai kol 5:30 petang. Murid yang balik lambat, aku bawa naik kereta dan hantar merka ke bangunan lama. Selepas aku pastikan murid-murid tu naik tangga masuk bangunan lama, baru la aku gerak balik rumah. The end.

Itu la kerja aku hari ini. Banyak menikmati waktu-waktu free separuh hari. haha😂

So, apa yang aku boleh katakan Sriti ni kira sekolah swasta agama yang murah setakat ni di Malaysia bagi ibubapa yang sedang mencari sekolah sekaligus menjimatkan kos. Tak perlu nak bayar bas/ van dan tempat transit. Jimat disitu sebab murid akan berada di sekolah dari pagi sampai ke petang. Muallim dan muallimah semuanya baik dan menjalankan tugas dengan tip top! Kelas tak ramai murid so boleh la nak fokus mengajar anak murid. IBD yang ada membantu mensahsiahkan murid. Murid diajar basuh pinggan lepas makan, kemas kelas, jaga kebersihan. Memang terbaik!👍Makanan jangan risau sebab yuran yang parents bayar dah sekali dengan 2x makan (maaf berapa jumlah yuran x ingat)

Begitu juga kepada tenaga pengajar dan staf yang kerja kat sini. Sarapan pagi dan tengahari free. So jimatlah juga kan? cuma gaji tu korang rasa berbaloi ke untuk pengajar? RM1500 tuk yang ada diploma dan RM1550 tuk ijazah. Kenaikkan RM100 setahun. Max gaji tak ingat RM1700 rasanya. Aku rasa untung bagi yang ajar upkk,  psra dan guru yang OT jaga budak balik lambat kat blok lama tapi itu la yang jadi guru OT tak semua guru merasa. Siapa cepat dia dapat dan tak rolling tuk semua guru kat situ. Dorang akan decide awal tahun. huhu 

For me, kerja ni tak sesuai untuk aku yang terdesak duit. Ayah nak bersara dah. Adik bongsu masih lagi bersekolah and me anak sulung perempuan akan bantu ayah tanggung adik sampai dia masuk Uni. So aku kena dapat kerja gaji besar. Aku korbankan masa dan masa bujangku dan ayah korbankan duit untuk aku sambung belajar. huhu

Baiklah setakat ini sahaja. Plan nak taip pendek tetiba panjang berjela. haha. Terima kasih kerana sudi baca. Bye! Assalamualaikum



 









You May Also Like

0 comments