Resign as a Teacher

by - Disember 29, 2024

 Assalamualaikum.

Iam back! hari ni aku nak cerita pasal kerjaya aku yang pertama as a teacher sejak aku umo 17 tahun dan berbaki lagi 4 hari sebelum aku akan meninggalkan kerjaya aku as a guru. Aku tak tahu la jika aku masih berkesempatan mengajar lagi lepas ni kan.

Aku jadi guru secara rasminya under Jais pada 1 March 2021. Beberapa bulan selepas konvo. Sebelum tu aku ada la kerja as receptionist dekat medispa tapi bertahan seminggu dan aku ada kerja juga sebagai admin and coordinator dekat klezcar tapi bertahan sebulan . Aku berhenti sebab aku tak tahan itu je. Kalau ikutkan memang aku tak nak kerja sebab culture shock.. aku belajar kolej islam n berjubah ,, bertudung labuh pastu kena kerja tempat yang pakaian dia.. korang faham-faham je la.

lepas berapa minggu lepas aku berhenti kerja, my mom suruh jadi cikgu. dulu masa study biasa dah jadi guru ganti tapi kali ni suruh jadi guru tetap but malangnya saya kerja under jais pun kontrak je. Menjadi guru tak seindah and semudah yang korang fikir. 

Aku lepas bekerja as guru baru aku sedar yang aku jenis ambivert and more to introvert. Aku tak suka nak berhadapan dengan orang . kalau murid okay lagi tapi ni pentadbiran. Aku agak stress ye lagi-lagi semua nak mengharapkan aku je. bila aku buat tak endah mula la nak cari pasal. 

hari-hari la aku berzikir nak berhenti dari awal kerja ye guys. menangis tu benda biasa dah dalam hidup aku. Aku sampai depress bukan sebab kerja je .. family sampai ungkit- ungkit. belajar tinggi-tinggi, result gempak tapi kerja as guru kafa? bukan aku x sambung master . aku sampai daftar master 2 kali tau demi mengharapkan sijil tu mampu buat aku dapat kerja yang lebih baik tapi tempat aku kerja tak mengizinkan. campak jugak aku ke tahun 5 walhal aku dah kata aku sambung belajar hujung minggu. kalau ngajar tahun 5, kena ajar kelas tambahan setiap hari sabtu, kalau cuti penggal akan deret kelasnya sabtu, ahad dan isnin. in the end aku berhenti master and burn duit 10k (2 master x jadi tu~)

3 September 2024 adalah tarikh keramat dimana aku berhenti jugak kerja as guru kafa dibawah seliaan Jais sebab aku tekad nak sambung belajar but kali ni aku tak amik master. Aku tawar hati. Aku tak amik dpli jugak sebab aku tak nk ada kaitan dengan guru. Aku lari bidang. dulu diploma dan ijazah aku in usuluddin. now aku apply sebagai healthcare assistant kat kpj. belajar 2 bulan je tapi rezeki Allah yang atur. KPJ tawarkan aku diploma. 

Ada pelbagai diploma ditawarkan tapi aku  memilih diploma in operation room assistant (DORA)sebab aku minat perubatan walaupun tak bijak. hahaha. aku tahu aku ni more to introvert, that's why aku amik course ni .. aku memang berhadapan dengan manusia tapi lebih banyak menghadap peralatan la kat bilik bedah tu. hahahaha. Doakan aku ye guys.

Sepatutnya aku belajar 6 September 2024 tapi masa tu pegawai kpj yang handle kemasukan ku tu terapplied diploma in nursing. Aku nak tukar ke DORA tapi penuh dah kemasukan September so nama aku dianjak ke kemasukan March 2025. Sementara nak tunggu tahun depan , aku jadi guru sementara kat Sriti BBST. Aku rancang kerja 2 bulan je tapi Allah is the best planner ever. Kemasukan aku ke kpj diawalkan dari bulan March ke January 2025. So aku berbaki 4 hari lagi bekerja sebelum sambung belajar 6 January 2025.

Disini aku nak kepilkan kenangan-kenangan aku as guru. kalau simpan dalam hardisk takut hilang or terformat pulak. haha






































You May Also Like

0 comments