"Ko rindu tak kawan-kawan ko?" ujar seorang wanita yang berusia 30-an sambil mengupas buah oren.
"Aku? mestillah rindu"
Aku yang sedang leka dengan kesibukan kerja menyiapkan buku rekod pengajaran dan pembelajaran sekolah terhenti dengan persoalan mengejut daripada Natasya. Tanpa sedar aku menjawab soalan itu dengan bersahaja.
"Ha.. apa kata hujung bulan ni kau buat reunion dekat satu tempat ni. Tempat tu cantik tapi masih belum diketahui orang".
Fatimah, sahabatku yang aku kenali sewaktu belajar di universiti terus menepek disisiku sambil mengunyah buah oren ditangan. Bukan nak bagi sikit kat aku. Gumamku dalam hati.
"okay"
**********
" Macam mana?" ucap seorang lelaki yang berusia 50 tahun kepadaku.
Aku yang melihat beraneka ferri di perlabuhan terus memandang kearah lelaki tua yang lebih bermesra dipanggil Pak Amri, pemilik setiap feri di perlabuhan Melaka itu sambil menunjukkan jari telunjuk ke sebuah Feri yang unik bentuknya sambil tersenyum bahagia.
"Itu. Saya pilih Feri tu nanti kawan-kawan saya dah sampai, Pak Amri bolehkan suruh mereka naik. Untuk bilik tidur, biar dorang pilih sendiri.
Pak Amir mengangguk kemudian berlalu pergi. Aku yang masih berada di perlabuhan berasa bahagia yang teramat.
"sudah 14 tahun" Aku bermonolog sendiri.
************
Aku membuka pintu bilik dan meletakkan beg bagasi ku berdekatan rak kasut lalu merebahkan badan ke atas katil yang terletak ditengah-tengah ruangan sambil mengingat semula perbualanku dengan Fatimah sebulan yang lalu.
"Kau ingat lagi tak kawan-kawan kau tu?" . Ngomel Fatimah.
Dia meletakkan sisa-sisa buah oren ke atas meja dapur lalu kembali kesisikudengan dengan pantas merebahkan kepalanya keatas ribaku tanpa keizinan.
Aku yang sudah biasa diperlakukan sebegitu rupa hanya mampu mengelengkan kepala.
"Tak. Aku tak ingat semua. Hanya 2 orang je "
Fatimah membuat muka terkejut. Sekali lagi tanpa keizinanku dia mengambil buku dihadapanku lalu menutupnya kemudian mengambil laptop diatas meja studinya dan meletakkan dihadapanku.
Aku yang tidak mampu berkata apa terus memandang ke arah layar laptop tersebut yang hanya menampakkan Dekstop. Fatimah bergegas mengambil papan kekunci di atas meja dan tetikus kemudian menyambungkannya dengan laptop dihadapanku. Dengan kecepatan dan keahlian Fatimah dalam mengendalikan komputer, sepantas kilat, aplikasi Facebook terpampang didepan mata.
"Sebut satu nama kawan yang kau ingat. Dekat Friends dia nanti, kau hanya perlu tunjukkan senarai nama yang engkau ingat. Nanti kita kumpulkan dan add dorang dalam Group Telegram" ujar Fatimah sambil tersengih.
**********
Aku bingkas bangun dari tempat tidur dan menuju ke bilik air. Pakaianku ditukarkan kepada baju renang. Selesai menukarkan pakaian, aku keluar menuju ke Sliding door disebelah katil. Pintu dikuak, sebuah kolam renang yang terletak betul-betul dihadapan pintu tersebut. Tanpa membuang masa, aku terus melompat.
**********
"Kita dah invited mereka semua. Dalam 389 orang . Bapak ramai doh batch ko" ujar Fatimah sambil memperhatikan satu persatu gambar mereka di Display Picture Facebook
"so sekarang macam mana kau nak pastikan dorang hadir masa reunion tu?" ucap Fatimah sambil melihat kearahku.
"em.. bagi duit"
**********
"Wahh.. besar gila!"
Aku yang sedang berenang terus menuju ke bahagian tepi kolam yang dipagari dengan cermin kaca dengan ketebalan 10mm 12mm. Aku yang berada di tingkat atas sekali dapat menyaksikan sekumpulan manusia memasuki ruangan Ferri layaknya segerombolan kambing memasuki kandang. Sejujurnya aku bahagia kerana dapat bernostalgia melihat satu persatu wajah mereka namun dari sudut pandanganku yang lain, aku kecewa apabila menyedari mereka hanyalah manusia yang lebih mementingkan duit daripada persahabatan.
Mana tidaknya, pada mula-mula aku maklumkan kepada mereka untuk hadir ke pertemuan sekolah, semuanya memberi alasan. Ada yang kata sibuk, ada yang kata jauh tapi bila aku maklumkan setiap sorang akan dapat duit rm70. Bukan main ye terus tukar fikiran.
Aku kembali melihat tingkah laku mereka. Ada yang berebut ke tingkat 2 untuk cop bilik tidur, ada yang terus ke ruangan Bar untuk minum-minum. Oh ya, aku sudah minta Pak Amir untuk tidak menyediakan alkohol dan makanan perlu Halal Thoyyiban.
"Kenapa kami tak boleh naik tingkat atas ?!"
Suara yang membingitkan telinga. Aku mengalihkn pandangan ke tingkat 2 dibahagian tangga. Dua wajah yang telah lama aku lupakan kini menampakkan diri. Anis dan Syuhada, mereka adalah dua kawanku ketika dibangku sekolah rendah. Sebenarnya reunion ini hanya dikalangan pelajar sekolah menengah tapi hanya mereka berdua dari sekolah rendah. Sengaja aku menjemput mereka kerana me'rindu'kan wajah yang pernah membuliku.
"Apa yang bising-bising ni?"
Sepasang suami isteri yang lama sekali aku tidak menanyakan khabar. Athar dan Mariam kini mendekati Anis dan Syuhada.
"Kitaorang nak naik atas tapi dihalang oleh pakcik tua ni" Anis menolak badan Pakcik Amir.
Waliyuddin yang melihat tingkah Anis yang tidak menghormati orang tua terus menarik tangan Anis dan menolaknya ke lantai. Syuhada yang melihat sahabat karibnya diperlakukan kasar terus mengangkat tangan untuk menampar muka Waliyuddin. Namun belum sempat tangan hinggap dipipi, Mariam dengan tangkas menarik tangan Syuhada dan menolaknya ke lantai.
Aku ketawa kecil. Drama petang sebegini memang menyeronokkan. Syuhada dan Anis yang ingin membalas terhenti apabila satu suara menyapa dicelah-celah orang ramai.
"Siapa diaorang ni?"
Riak wajah Syuhada dan Anis berubah cemas. Mereka beruda memperhatikan satu persatu orang disekelilingnya. Ketika itu barulah mereka menyedari tiada seorang pun yang mereka kenal.
"Kami kawan baik Nabilah!"
Aku yang mndengar ucapan Syuhada terus gelak terbahak-bahak. Gelak tawaku menarik perhatian mereka ditingkat bawah. Semuanya mendongak ke arahku. Aku mengesat air mata dipipi terus melambaikan ke arah mereka semua dengan menekan perut menahan tawa. kawan baik huh? aku bermonolog didalam hati.
"Weyh Nabilah!!" Semuanya berteriak sambil menyambut lambaianku.
"Nanti aku turun. Korang enjoy dulu" ucapku kepada mereka. Sebelum kembali ke bilikku, aku menatap sekilas ke arah Pak Amir kemudian berlalu pergi. Mengharapkan pandanganku difahami Pak Amir. Jangan benarkan sesiapa pun naik ke atas. Itulah yang ingin kusampaikan.
*************
Aku mencapai telefon bimbit ditanganku. Jam menunjukkan jam 7:30 malam. Suara diluar jedela masih riuh dengan suara manusia agaknya mereka solat ke tidak agaknya. Jam sebegini masih aktif diluar.
Aku mengambil telekung dan sejadah dibentangkan menghadap kiblat. Aku menuju ke telefon di penjuru katil. Butang 1 ditekankan. Tidak sampai 1 minit, satu suara bersahutan memberi salam.
"Ye Nabilah?" suara Pak Amir lembut dan ramah.
"Pak Amir minta buat announcement suruh berhenti solat. Kita akan sambung acara selepas isyak"
"Baik"
Talian dimatikan. Aku meletakkan gagang telefon dan kembali ke sejadah bagi melaksanakan kewajipan seorang muslim.
***********
"Dah nak dekat jam 9 ni. Tuan rumah tak menampakkan diri lagi"
"Tengah bersiap la tu. Apa pun enjoy gais!!" teriak Najihah sambil mengangkat gelas berisikan jus tembikai.
Ruangan utama bersahutan dan berteriak. Lagu romantik diputarkan oleh Dj yang bertugas. Pelbagai jenis makanan dan minuman dihidangkan oleh anak kapal . Semua yang ada dibuai dengan dunia masing-masing. Ada yang menari sambil menyanyi. Ada juga yang masih berendam di kolam renang.
Klinggg.. suara siren dilepaskan. Dinding dilepaskan dan menutupi lelangit. Kini cahaya malam, bulan dan bintang tidak lagi kelihatan. Semua yang ada kebingungan. Aku melepaskan senyuman lalu mengambil telefon dan memakai kasut tumit tinggi. Pintu bilik dikuak dan menuruni anak tangga.
"Nabilah dah turun!"
Semua berteriak dan bertepuk tangan. Aku mendekati seorang anak kapal yang menggalas dulang dipenuhi gelas berisi pelbagai jenis jus. Satu jenis minuman yang menjadi kegemaranku kebelakangan ini dicapai dan diangkat menghala tetamu yang hadir.
"Terima kasih kerana sudi datang. Ini pertemuan kita yang pertama yang hampir semuanya hadir. Semoga ia bermakna buat semua"
Semua bertepuk tangan sekali lagi dan mengangkat air masing-masing. Kini acara yang ditunggu-tunggu telah rasmi dimulai. Semua kembali dengan kegiatan masing-masing. bertukar cerita, pendapat sesama sendiri.
Aku seorang yang tidak mudah bergaul dari zaman sekolah. Justeru itu tidak ramai yang ingin berkawan denganku. Namun malam ini tidak seperti dahulu. Aku kini dikerumunan dengan manusia yang mementingkan pangkat dan harta.
"Nabilah bila masa you jadi kaya?" ujar seorang wanita yang berpakaian dress, bertumit tinggi dan sedikit seksi.
"Haah. You mampu ea sewa Feri sebesar ni dengan design yang tak pernah dibuat orang. Feri dengan design ruma ala-ala ancient chinese gitu" sampuk seorang wanita bertudung pink berjubah hitam bermanik putih berkilauan.
Belum sempat aku menjawab soalan mereka. Satu suara menjergah dari arah belakang.
"Ala.. kalau dia kaya kenapa dia bagi kita rm70 seorang? sepatutnya rm700"
Semua yang ada menoleh ke arah suara tersebut. Anis menghampiri aku yang sedang menghirup air.
"Jawab la. Malu la tu" gertak Syuhada.
Aku tersenyum.
"Is it worth to give you that much?" jawabku berseloroh.
"Aku tak kaya. Jujur aku hanya mampu bagi RM70 setiap seorang. Kalau aku tak bagi belum tentu orang nak datang kan?" sambungku lalu kembali menghirup air.
"Eh takde la Nabilah. Kita orang akan tetap datang walaupun tak ada bayaran" jawab Qayyum sambil memikul erat pinggang isterinya.
"Haah. Bukan senang dapat naik feri" ujar Alia lalu ketawa kecil.
Aku yang mendengar jawapan mereka tersenyum sambil memainkan gelas ditangan.
"Nabilah. Engkau kerja apa sekarang?" tanya Syuhada. Suasana tetiba menjadi hening dan sepi. semua mata menatap ke arahku dengan tatapan yang ingin tahu.
"Aku keje biasa je. Cikgu" Jawabku ringkas.
"Ye.. ye je" Anis menyampuk. Semua yang ada mendengar jawapan mula tersengih dan ketawa mungkin mereka tidak percaya dengan jawapanku. Biarlah kalau tak percayapun tapi itulah realiti. Aku hanya seorang cikgu biasa yang saban hari hanya mengajar dan mendidik anak bangsa. Aku mengambil cuti 2 hari untuk menghabiskan dengan kawan yang sekian lama tak berjumpa. Duit yang aku laburkan hampir 30k tidak lah sia-sia.
"Baik la. Korang enjoy ye. Aku sedikit letih mahu rehat. Esok kita borak lagi" Aku meletakkan gelas ke atas dulang yang disediakan dan kemudian bergerak menaiki tangga ke tingkat 3. Cukup la dapat melihat mereka meskipun tidak rapat dan tidak begitu penting dalam hidupku di masa lalu tapi mereka pernah hadir dalam hidupku selama 5 tahun.
************
Tuk..tuk..tuk
Aku yang masih terbuai mimpi mengeliat bangun bila pintu bilik diketuk.
"Siapa?" tanyaku dengan sedikit mamai.
"Ini pak Amir nak bagi sarapan pagi"
"oh . Letak kat luar sahaja. Nanti saya ambil sendiri"
Aku melihat jam di telefon bimbitku menunjukkan 6 pagi. Awalnya sarapan bukan selalu sebelum subuh? bisik hatiku.
Aku turun dari katil dan mengambil bathrobe diatas kerusi lalu memakainya. Aku menghampiri sliding door. Langsir diselak, pintu dibuka. Sekitar feri masih ditutupi dengan dinding. Bila agaknya mereka akan turunkan dinding ni? baru nak hirup udara segar. Ucapku perlahan.
Aku mendekati koridor kecil berdekatan kolam renang. Aku melihat ke bawah. Penuh dengan sampah sarap disetiap tempat.
"Sangat menjijikkan. Apa la mereka buat malam tadi sampai bersepah mengalahkan anak kecil bermain"
Aku kembali semula kedalam bilik dan menuju ke pintu. Selesai mengambil makanan dan meletakkanya ke atas meja. Aku menuju ke bilik air bagi membersihkan diri dan bersiap sedia untuk solat subuh.
**********
Kring....
Dinding yang menutupi kami dengan dunia luar diturunkan sedikit demi sedikit. Suasana menjadi riuh dengan suara-suara manusia. Mungkin ada yang tidak sabar untuk bermandi-manda di air laut dan beraktiviti di tepi pantai.
Aku yang sudah bersiap sejak jam 7 pagi terus mengambil kasut tiba-tiba
Zshhhh
Satu bayangan hitam yang agak cepat melintasi ku dari arah luar bilik. Aku menggelengkan kepala mungkin hanya bayangan sahaja. Pintu bilik dibuka dan alangkah terperanjatnya aku bila melihat begitu ramai kawan-kawanku yang sudah menunggu dengan senyuman yang pelik.
Mungkin tunggu duit la tu. Bisik hatiku
"Sekejap aku ambil duit"
Semua yang menunggu diluar pintu bersorak gembira. Bagi makhluk yang tidak tahu erti malu memang terus terjah masuk bilikku. Nak dihalau keluar nanti kata sombong jadi aku biarkan sahaja.
Beg bagasi ku buka dan mengeluarkan beberapa sampul yang berisi wang. Seorang demi yang menunggu ku berikan layaknya seorang anak yang tidak sabar mendapat jajan dari orang tua, terus berteriak mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
Hampir 1 jam suasana tidak lagi bising dan menjadi sunyi. Mungkin ada yang balik selepas dapat duit. Mungkin ada yang masih berada ditepi pantai.
Aku mengemas barang keperluan. Setelah ku pastikan tidak ada yang tertinggal. Aku mengunci pintu dan turun ke bahagian lobi. Ku lihat 5 orang sedang berada diruangan lobi. Muka mereka tidak seorang pun ku kenal.
"Terima kasih Pak Amir. Saya minta diri dulu"
Pak amir mengangguk dengan senyuman.
"Terima kasih Nabilah untuk hari ini" Sapa seorang lelaki daripada 5 orang yang sedang duduk ditengah-tengah lobi.
"Oh. Sama-sama" Jawabku lalu mengambil beg dan keluar menuju ke kereta. Dari tingkap kereta yang ada dan bunyi tapak kaki, aku sudah dapat mengagak bahawa aku diekori dari belakang. Aku mempercepatkan langkah tapi belum sempat pintu kereta dibuka. Kepala ku dihentak dengan benda keras dan pandangan menjadi gelap.
*************
"Gali tu cepat la sikit!"
"Sabar la! tanah ni keras!"
"Kau ni pun kalau pukul tu jangan sampai membunuh! dah menyusahkan!"
Aku membuka mata perlahan-lahan. Pandangan ku samar-samar. Nafas ku menjadi tidak teratur seperti kekurangan oksigen. Aku menggerakkan tangan kiri dan mencari telefon di kocek baju. Tiada. Aku melihat ke tangan kanan. Tiada cincin dan gelang.
Aku dirompak? sial. bisikku dalam hati.
Aku menggerakkan kakiku tapi terasa lemah.
"Weh! dia bangun!"
"Ha? dia hidup lagi ke?"
"Bukan kau kata dia dah mampus ke tadi?"
Seorang lelaki menghampiriku dan memegang mukaku dengan kasar. Aku cuba menepis tetapi tanganku tidak kuat. Berapa lama badanku kaku? Aku melihat lelangit yang semakin gelap. Malam? tak kan seharian ku tak sedarkan diri?
"Tak de masa la. Langit dah gelap" ucap seorang lelaki yang sedikit bertubuh sasa.
"Dah nak malam tapi tanah masih tak cukup dalam ni" seorang lelaki yang sedikit kurus sedang memengang cangkul termegah-megah keletihan.
"Kita bakar je dia" satu suara wanita berbicara. Aku mnoleh ke arah suara tersebut yang bersembunyi disebalik pokok.
Syuhada?
"Ha.. betul juga. Cepat sikit. Nanti takde bukti. Jangan lupa jari dia koyakkan setiap hujung jari sekali. gigi dia patahkan juga. Mata cucuk bagi buta" jawab Syuhada dengan senyuman dibibir.
Gila! Aku mengetap bibir dan sedaya upaya mencari kekuatan.
"Wuuu seram tapi kita kena bunuh dulu kalau tak dia jerit. Kang orang tahu" lelaki bertubuh sasa memberikan cadangan.
Syuhada hanya menggangguk dan berjalan ke arah kereta yang diletak jauh.
Kakiku diheret oleh lelaki tersebut ke tempat yang lebih jauh dengan ditemani seorang lelaki yang sedikit kurus kehitaman. Selepas dipastikan sekeliling tiada orang, lelaki bertubuh sasa itu mengeluarkan senjata daisebalik bajunya dan mengacukan betul-betul dihadapan mukaku.
Aku yang melihat tindakan lelaki itu menggigil ketakutan. Dia tersenyum dan mengusikku dengan pistol ditangan. Ketika dia mula ingin melepaskan tembakan. Dengan pantas aku menepis dengan kedua-dua tangan dan mengambil pistol tersebut dengan tangan kanan lalu tanpa teragak-agak aku menembaknya tepat di dahinya. Darah memercik ke mukaku dan badannya rebah ke tanah. Aku bangun dan melepaskan 2 tembakan tepat ke bahagian mata lelaki dan tengkorak lelaki yang kurus .
Bunyi tembakan yang kuat membuatkan 2 lelaki yang sedang menunggu di tempat yang akan ku dikuburkan bersorak gembira.
"Kau pergi angkut bawa sini" ujar lelaki yang memegang cangkul ditangan.
Aku yang melihat bayangan dari jauh terus memeriksa peluru. Kosong. Aku pantas meleraikan setiap bahagian dan mengambil barrel dan memegang erat. langit yang sudah menjadi gelap menjadi kesempatan untukku bergerak.
"Weyh! mana korang?" jerit seorang lelaki dengan lampu suluh ditangan. Oleh kerana tiada sahutan. Lelaki itu mengeluarkan pistol dan menghala dengan berpandukan cahaya lampu. Mungkin dia sudah syak ada yang tidak kena. Aku mengambil beberapa batu dan mencampakkanya di tempat mayat 2orang lelki itu berada.
Aku berlari anak ke pokok yang berdekatan. Tindakan aku membuatkan lelaki itu berasa ketakutan. lampu disuluh aatas bawah kiri kanan . Aku mengambil batu dan baling sekali lagi ke temoat yang sama. Lelaki itu terasa sedikit tercabar terus berlari ke tempat kejadian.
Melihat 2 mayat didepan mata. Dia menutup mulutnya dan menggigil ketakutan. Pistol digenggam erat. Aku tersenyum. Aku berlari ke pokok yang berdekatan. Lelaki itu melepaskan beberapa peluru.
Aku tersenyum. Cuak? orang yang memangsa ken sentiasa bersiap sedia untuk dimangsa. Aku menggenggam tanah dengan tangan kiri. Tanpa berfikir 2-3 kali, aku berlari menuju ke arah lelaki tersebut . Kerana ketakutan dan cahaya yang malap, peluru dilepaskan tidak tepat pada sasaran. Meskipun begitu, keselamatan itu penting justeru itu, pokok dipersikitaran menjadi tempat ke berlindung sesaat sebelum terus maju ke sasaran.
15 meter.. 10 meter..
Aku mencampakkan tanah ditangan ke arah lelaki tersebut. Beliau menepisnya dengan tangan kiri dan melepaskan tembakan melulu. Aku dengan pantas berlari dan meluncur ke kanannya dan bangun lalu menikam lehernya dengan barrel dan menarik keluar semula. Darah terus menerus memancut.
Aku kembali bersembunyi.
Sahabatnya yang mendengar bunyi tembakan berdas-das mula bersiap siaga. Cangkul dilepaskan. Tangan kirinya memegang pisau manakala tangan kanan memegang cangkul.
Tak de pistol? Ha mangsa yang mudah. Aku boleh membunuhnya dengan senjata ditangannya.
Aku keluar dari persembunyian dan menampakkan diri. Melihat aku tanpa senjata, dia terus berlari kearah aku dan mencampakkan cangkul ke arahku lalu pisau bertukar tangan. Tindakannya pantas tapi tidak sepantasku.
Aku mengelak dari cangkul tersebut dan terus berlari kearahnya. Aku menepis tangan kanannya yang memegang pisau lalu dengan satu teknik dasar wushu. Aku terus menumbuk dadanya dengan kuat dan menarik tangan kanannya dan memutarnya ke belakang. Pisau digenggamannya terlepas lalu aku mengambil dan menghiris tengkoroknya dengan satu hirisan.
Aku menarik nafas dan bergerak ke tempat lot kereta. Syuhada sedang menunggu didalam kereta. Aku yang melihat dia sedang seronok telefon, tanpa fikir panjang. Ku menumbuk cermin kereta dengan kuat. Dia terkejut melihat tindakanku. Aku yang berada diluar tingkap tersenyum melihat wajahnya yang penuh ketakutan. Pintu kereta dikunci dari dalam.
Dia bergegas menolak gear reverse. Aku yang sudah tahu apa yang difikirkan terus menusuk tayar depan dengan pisau dan berlari ke tayar belakang dan menusuknya berkali-kali.
"Well,, well.. well... Syuhada.. Syuhada. So, What you want to do?"
Aku ketawa melihat kereta bergerak perlahan kerana tayar bocor. Syuhada keluar dari pintu dan berlari ketakutan menuju pantai. Aku mengekorinya dengan perlahan. Setibanya di pantai. Syuhada tidak bergerak. Aku yang pelik dengan tindakannya terus bersembunyi di belakang pokok.
Syuhada berundur perlahan-lahan. Aku yang melihat Syuhada seperti itu, turut berundur tanpa suara. Semakin berundur ke belakang makin ku dapat melihat apa yang berada di depan Syuhada. Disitu barulah ku tahu mengapa ketika berada di Ferri ada dinding pemisah. Rupanya pada waktu malam ada makhluk yang berkeliaran mencari mangsa.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Baju dan seluar yang ada percikan darah ku lepaskan. Tangan dan muka yang dilumuri darah ku bersihkan dengan jauh dan melumuri dengan tanah. Aku berjalan perlahan ke belakang dan berlari meninggalkan Syuhada yang berseorang. Kini hidupnya terletak pada dirinya sendiri.
Aku terus berlari sehingga ke dalam hutan dan jauh dari pantai. Aku mencari laluan yang menuju ke jalan yang terdekat dan menghala ke tempat penginapan manusia. Aku mencari air disetiap rumah dan membersihkan tubuh badanku. Oleh kerana semu rumah berkunci dan ditutupi dengan dinding. Aku tidak dapat mencari sabun untuk mengjilangkan bau darah. Lambat laun makhluk itu akan tiba di perkampungan manusia.
Cara yang paling mudah mnghilangkan bau darah selain sabun adalah minyak petrol. Aku menuju ke Kereta dan membuka bonnet. Aku mengeluarkan minyak power stereng dan melumuri ke badan dan muka kemudian bergegas meninggalkan tempat tersebut.
Makhluk yang aku lihat tadi seperti manusia berkepala serigala. Mana mungkin makhluk seperti itu ada. Mungkin ada rahsia di tempat ini yang tidak diketahui orang. Apa pun yang disembunyikan itu akan aku fikirkan yang penting aku selamat.
Tamat
Cerita dicipta hasil mimpi 90% dan tambahan 10%