Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Tips
    • Student
    • Teacher
    • Beauty
  • Story
    • Cerpen
    • My Daily Life
  • Tutorial
  • Bloglist
  • Travel
    • Malaysia
    • Mecca
  • Contact
This Blog in Malay and sometimes i use English to practice my english language. Sorry for my poor English guys >.<


CikBiela's Lifestyle

Namaku Nila, seorang gadis biasa yang dibesarkan dipusat penjagaan anak yatim piatu. Meskipun aku tidak mempunyai orangtua sejak lahir, aku tidak merasa dahagakan kasih sayang sehingga la pertemuanku dengan mereka pada hari itu.

.....

Aku berjalan menuju dua susuk tubuh lelaki di hadapanku. Seorang berbangsa Arab iaitu Ajim dan seorang lagi berbangsa Melayu, Amir. 

Ajim adalah sahabatku yang setelah lama tidak ketemu dan dia juga adalah lelaki yang ku cintai manakala Amir adalah kawan baik kepada Ajm. 

Namun pertemuan kami pada itu meruntuhkan hatiku apabila Ajim menyatakan bahawa dia ingin melamar ku untuk sahabatnya, Amir bukan untuk dirinya. oleh kerana Ajim tulus dengan niat baiknya maka aku bersetuju untuk menjadi isteri kepada Amir. 

Aku berusaha untuk mencintai Amir dan berhasrat untuk menjadi isteri yang terbaik namun semuanya hancur pada malam perkahwinan kami, Amir membawaku dan memperkenalkan dengan 3 orang wanita. Mereka semua adalah isteri Amir.Ringkasnya mereka adalah maduku. 

Aku diam seribu bahasa malam itu. Ketibaan kumpulan disambut dengan baik oleh mereka untuk seketika waktu. Tatkala Amir, menyuruhku duduk diantara isteri-isterinya yang lain, lantas madu-maduku , bangun dan masing-masing seakan berebut untuk memberikan layanan sebaik mungkin  sedangkan aku hanya diam terpaku dan memerhati. 

Kesannya malam perkahwinan aku dan Amir seakan tidak terjadi. Amir tidak menemuiku di bilik tidur malah memilih untuk bersama dengan salah satu isterinya iaitu Aira, isteri keduanya. 

Sejak daripada kejadian aku, aku seringkali memerhati kelakuan Amir dengan madu-maduku setiap kali ada pertemuan makan malam bersama. Apa yang dapat ku simpulkan, Amir akan memilih salah satunya yang paling cantik dan menyerlah. Justeru itu, aku memutuskan untuk berpakaian sesimple mungkin dan ketika pemilihan isteri dilakukan, aku akan ke dapur untuk menyibukkan diri dengan mencuci piring dan cawan. Ye, aku tidak ingin bersama dengan suamiku. Aku tidak lagi ingin menyintainya. 

Hari berganti hari sehingga satu malam aku teringat akan Ajim. Aku membuat perancangan untuk keluar rumah selepas pemilihan dilakukan dan menuju ke Masjid Aisyah, masjid yang sering didatangi Ajim. 

Ajim kelihatan gembira apabila melihat akan aku dari jauh. Dia melambai-lambai tangan ke arah ku tapi ku tidak membalasnya. Apabila aku sudah semakin mendekatinya, aku terus membaling kan payung ditangan kepadanya seraya berkata "tak sangka kau tak beritahu aku, Amir ada 3 orang isteri!! Tergamak kau Ajim".

Ajim terdiam. Dia melihatku terduduk dengan menangis teresak-esak. Aku menceritakan apa yang ku lalui selama perkahwinan ku dengan Amir. Ajim menyatakan bahawa dia sendiri tidak mengetahui Amir memiliki isteri. Oleh kerana itu dia melamarkan ku untuk sahabatnya itu tapi apabila mengetahui keperitan yang ku tanggung selama ini, Ajim memberikan saranan kepadaku untuk menuntut hak seorang isteri. Jika tidak, dia sediri akan membawaku lari dari sisi suamiku. 

Ye, akan aku lakukan tapi bukan untuk menuntut hak sebagai seorang isteri.  Aku ingin pergi . Meskipun tanpa aku, Amir masih boleh bahagia dengan isteri-isterinya yang lain.

Pada malam berikutnya, aku memilih untuk berdandan sedikit dari kebiasaan. Tujuanku untuk kelihatan cantik dimata Ajim ketika aku menemuinya ditempat yang kami janjikan tapi tidak ku sangka sewaktu pertemuan makan malam. Aku dipeluk oleh satu susuk tubuh yang sasa dari belakang. Aku terkejut dan madu-maduku juga turut terkejut kerana Amir, suamiku tidak pernah melakukan reaksi seperti itu bersama isteri-isterinya di depan umum tapi kenapa malam itu dia berkelakuan seperti itu? 

Aku menolak pelukkan suamiku dengan senyuman mesra tapi didalam hatiku, entah berapa kali sumpah-menyumpah yang ku lafazkan. Meskipun terasa hangat dipeluk oleh lelaki tapi rasanya geli kerana pelukan itu dari Amir bukan Ajim.

Aku meminta izin untuk ke dapur dengan diikuti ua orang madu ku. setibanya di dapur. Dua orang madu ku meminta aku untuk menarik diri daripada melayani encik suami diatas katil kerna menurut mereka, selama ini aku berkelakuan tidak seperti seorang isteri yang menyintai suami. Permintaan mereka aku mempersetujui. keputusannya, Amir bersama dengan Fatimah, isteri ketiganya. Rasa lega tapi... Perancangan ku untuk melarikan diri malam itu dah terkantoi. 

Amir menyatakan didepan isteri-isterinya yang lain sekiranya perkahwinan tidak membahagiakan isterinya, dia memberi keizinan untuk meninggalkannya. Pada awalnya tidak seorang ingin beranjak. Namun setelah aku yang memulakan langkah ke bilik untuk mengambil beg bagasi yang telah ku siapkan, satu persatu isterinya menuju ke bilik masing-masing. 

Aku keluar bilik dengan beg bagasi ditangan. Tanpa menyapa suamiku, aku terus ke pintu utama tapi ditahan oleh seorang wanita, isteri pertama Amir. Dia memintaku setidaknya menyalam tangan suami untuk kali terakhir. 

Aku mendekati Amir dan menghulurkan tangan. Dia menyambut tanganku tetapi dia tidak menoleh ke arah ku walaupun seinci. Wajahnya muram dan suram tapi aku tidak peduli. Selepas menyalaminya aku bergegas ke keretaku dan keluar dari rumahku dan menuju ke masjid tapi malangnya tiada yang menungguku. Ajim tidak kelihatan. Setelah 4 jam menunggu, aku memutuskan untuk pergi ke Kuala Lumpur dan membina kehidupan yang baru tapi tidak kusangka pemergianku selama ini dicari-cari oleh bekas suamiku, Amir.

Dia sanggup mengupah puluhan orang untuk mencariku dan membawaku menemuinya. Tatkala aku berdepan dengannya, dia pantas memelukku dengan erat sambil menangis. Katanya dia tidak pernah terasa dunia seakan hancur apabila isteri-isterinya yang lain meninggalkannya tapi keputusanku untuk keluar dari rumah memberikan kesan yang mendalam kepadanya. 

Katanya lagi, dia sebenarnya menyintai ku sejak kali pertama kami berjumpa. Dia mengetahui bahawa selama ini aku tidak mahu melayaninya sebagai orang isteri dan dia menghormati keputusanku tapi tidak disangka ketika dia memberikan kesempatan, aku telah membuat keputusan untuk meninggalkannya. Kini, dia merayu kepadaku beberapa kali untuk tetap berada di sisinya. Dia menyesal kerana tidak menghentikan aku malam itu. Dia menggengam kedua tanganku dan mengucupnya beberapa kali tapi hatiku telah mati untuk lelaki apatah lagi bekas suami. 

Aku menarik tanganku dengan kasar. Aku menyatakan apa yang ku pendam. Selama ini aku tidak pernah sedikitpun menyesal dengan keputusanku. Aku jujur menyatakan aku tidak pernah menyimpan rasa kepadanya. 

Amir merayu kepadaku meminta ampun. Dia tidak mahu kehilangan ku sekali lagi . Dia pantas menarikku menuju bilik tidurku. Malam itu keperawanan ku diambil secara paksa. Ini bukan lagi dikira nafkah batin dari suami tetapi ini adalah penzinaan! Aku bukan lagi isterinya. Aku meraung tetapi tidak diendahkan Amir.

Akhirnya aku bersetuju untuk mengahwininya kembali kerana aku tidak lagi suci dan kali ini hanya aku satu-satunya isteri Amir dan kami dikurniakan 5 orang cahaya mata. Sekarang aku buntu bagaimana aku harus menjawab sekiranya anak pertamaku tanya kenapa dia ber 'bin' kan Abdullah bukan Muhammad Amir bin Salaf


-The end-


April 15, 2023 No comments
Newer Posts
Older Posts

🪻Thanks for visit !!🪻

🪻About me🪻

Wanita Niqabis (@WanitaNiqabis) | Twitter


Welcome to my blog

I'm NUR- I'm Chocolate lover and passionated on beauty, fashion, travel and food. I also like reading and writing so i want to sharing with you everything i know so keep watching and reading my stories ok :)

Blog since 30 May 2020
Full time Student
Half time Blogger
28 years old

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

🪻Label🪻

  • Health
  • Story
  • tutorial

🪻Arkib Blog🪻

  • ►  2025 (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2024 (7)
    • ►  Disember (5)
    • ►  Februari (2)
  • ▼  2023 (1)
    • ▼  April (1)
      • Isteri ke Empat
  • ►  2022 (2)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2021 (24)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (12)
  • ►  2020 (24)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (18)

🪻My wishlist🪻

Graduated
Work
Married

Created with by ThemeXpose