Assalamualaikum.
Kali ni aku nak buat sambungan dari post aku 'Belajar Kias 8 Tahun' . Selepas baca post tu mungkin korang fikir aku ni tak suka belajar kat sana sebab peraturan-peraturan yang aku dah sebut kat situ.
BUT!!
Jika difikirkan lah andai aku tak suka, macam mana aku boleh belajar kat situ sampai 8 tahun? 😏
Yup, aku tak suka peraturan-peraturan kat sana dan rasa merimaskan but!! itu hanya terjadi pada awal tahun diploma JE. Makin lama belajar kat situ buat aku rasa rindu dekat Madinah sebab suasana Kelantan seakan Madinah. Siapa yang pernah pergi Madinah je akan faham kenapa. huhu
Aku yang terkenal dengan lasak-lasak dan tak berasa suka islamik-islamik ni mula berjinak dengan Islam dan belajar kat kelantan sebab itu yang aku nak. Itu yang aku sendiri pilih dengan rela hati. So bila aku tengok sendiri asrama kali pertama yang nazak, nak roboh tu. Aku paksakan diri unuk terima and stay. Kalau aku tak suka, waktu aku masuk asrama tu lagi, aku dah tarik diri belajar situ tapi tidak! aku pilih untuk stay.
Why?
Sebab aku nak tahu tentang Islam. More about Islam dan aku sendiri tahu kerjaya bila graduated nanti akan jadi cikgu. 100% cikgu walhal aku tak suka and tak nak jadi cikgu. Member-member waktu sekolah dulu tanya aku "kenapa amik course tu padahal aku anak ustazah, aku dari kecil diajar tentang agama so kenapa amik course tu? tak cukup agama lagi ke?"
Aku tak jawab sebab kalau aku bagitahu dorang time tu, dorang kata aku gila. haha
So, aku korban masa muda ku 8 tahun kat sana sebab nak belajar lebih tentang Islam sampai aku tak sedar aku dah 25 tahun time tu. Aku boleh je lepas habis diploma sambung ijazah kat tempat lain dan aku dah cuba! aku daftar ijazah kat KUIS tapi aku bertahan 3 hari macam tu sebab kos hidup dan suasana KUIS tak sehati dengan aku.
KIAS telah membentuk jati diri aku. Aku dah selesa hidup tanpa bercakap dengan lelaki selama 8 tahun dimana murid lelaki menjaga pandangan dan tidak bercakap dengan lawan jantina kecuali hal penting. Tidak ada gelak tawa lelaki dan perempuan dalam kelas. tak ada mata liar dan mulut bersiul bila pompuan berjalan. Lecturers pun baik dan beradab. Lagi satu lecturer kat KIAS bukan calang-calang. Boleh gi website KIAS untuk tengok latar belakang lecturers yang ada. Pas tu.. sopan je lecturers KIAS bila mengajar. Tenang. Cara penyampaian dalam kuliah pun tak berat even subjek dalam bahasa Arab.
Undang-undang berpakaian jubah dan tudung labuh buat sedap je mata memandang bila lalu-lalang dekat kawasan kolej. Tak ada la sakit mata tengok baju ketat-ketat dan seksi tapi itulah hati manusia ada hitam putih. Kalau diri tak ada rasa nak terima, sampai habis belajar akan rasa benci je hidup dalam suasana macam tu.
Aku bila graduated masih mengekalkan budaya yang KIAS pupuk tu cuma tak lama la. Start aku mula bekerja kat Medispa, aku jadi culture shock, tukar kerja ke Klezcar pun tak boleh terima. Jadi cikgu? Haa.. maaf ye SRABSP. Aku nak cakap jujur la. Bermula dari SRABSP aku jadi toxic dan cara hidup aku berubah 100%. Buat aku bertambah tak suka jadi cikgu. Berzikir hari-hari nak berhenti je. Sebenci itu ye pada gelaran cikgu agama dalam diri aku.
Aku tegaskan ye. Aku benci gelaran Ustazah yang orang panggil aku bukan aku benci cikgu agama. Aku tabik cikgu agama kat luar sana sebab gaji sikit dan tetap berkhidmat untuk agama cuma suasana kat sana buat aku fikir dua 2@3 kali nak hantar anak aku belajar agama. Kalau boleh, aku sendiri yang ajar subjek diniah tapi malangnya aku trauma dengan hubungan lawan jantina. So, aku tak plan nak kahwin. hahaha
Berbalik pada topik, aku sarankan ibubapa hantar anak ke Kias yang yurannya murah, pelbagai course ditawarkan, lecturer baik, suasana pun tenang dengan didikan agama. tempat yang terbaik untuk mentarbiahkan diri. Sebelum aku akhiri, aku nak beritahu .. waktu dirumah, ada orangtua yang boleh pesan anak-anak untuk jangan tinggal solat dan cari kawan yang baik. Dekat sekolah ada guru yang masih pantau anak-anak murid tapi bila dah masuk alam uni/ kolej. tak ada siapa boleh pantau. Ini lah kebebasan yang remaja nantikan termasuk la aku!
Alhamdulillah. Aku pilih KIAS even aku sekarang dah berubah perangai. Aku still tahu hukum-hakam sebab aku belajar agama. Bukan sekadar tahu tapi cuba untuk mengaplikasikannya. Apapun pilihan ditangan anda yang penting JAGA DIRI, INGAT ALLAH! Assalamualaikum