Persiapan masuk KPJ
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya.
Kalendar hari ni menunjukkan 1/1/2025. Selamat menyambut ulang tahun buat semua dan tentunya umur kita makin meningkat. uhuhuk. Pejam celik- pejam celik dah 29 tahun saya ni😌
Tidak mengapa.. lagipun saya sentiasa muda! umur juga tida menghalang saya untuk sambung belajar kali ke tiga. Bukan master tapi 2nd diploma tapi kali ini saya lari bidang. Dulu saya diploma dan ijazah dalam Usuluddin. Namun, kali ini diploma dalam pembantu bilik bedah atau dalam bahasa inggerisnya Operation Room Assistant.
Memandangkan saya dah ada pengalaman duduk asrama jadi persiapan saya kali ni tak amik banyak masa, tak banyak tenaga cari barang dan tak banyak juga keluar duit. Alhamdulillah😁
Jadi, sebelum saya nak listkan apa barang yang perlu dibeli. Saya nak maklumkan awal-awal barang yang tak perlu beli di awal bulan selepas masuk belajar di KPJU/ KPJC . Sumber yang saya dapat ni direct dari pegawai kpj sendiri iaitu En Fuzan
BARANG YANG TAK PERLU DIBELI 1-2 BULAN PERTAMA KEMASUKAN
1. Kasut rasmi (warna hitam)
2. Tudung putih
3. Jam jururawat
4. Nametag jururawat
5. Cardholder (kpj bagi percuma tapi nak cantik boleh beli online)
Manakala uniform akan diberikan selepas 3 bulan dan baju setiap department tak sama taw. Siapa yang amik course jururawat lepas dapat bju akan setiap hari pakai tapi bagi course selain itu, bergantung pada lecturer/ program.
BARANG YANG WAJIB ADA BILA MASUK ASRAMA
0. Borang-borang untuk dibawa pada hari pendaftaran
1. Cadar katil
2. Bantal x1
3. Hanger
4. Iron & iron board (jangan mengharapkan orang lain bawa sebab belum tentu dorang bawa juga)
5. Baldi besar dan kecik x1 , bakul x1(jika perlu)
6. Gayung (jika nak mandi bergayung)
7. Ubat gigi, shampoo, sabun badan, sabun basuh baju , berus
8. Penyepit baju (tak nak nanti baju yang sidai terbang)
9. Baju 7 pasang (tak termasuk baju tidur) ini bagi mereka yang malas basuh baju or taknak nampak pakai baju sama tapi saya 5 pasang pun okay dah~
10. Selipar tandas x1, selipar pergi kelas x1 dan kasut sukan x1 (kalau nak berjogging)
11. Tuala yang tak tebal x1 , kain batik x1 (kalau basuh tuala, boleh guna kain batik dulu), sejadah kecik
12. Telekung x1 (datang bulan 1x sebulan so bila uzur basuh)
13. Cawan x1 pinggan x1 sudu garpu x1
14. Pencil box, buku nota x1 (tebal), laptop, ipad/tablet (jika perlu), penanda buku
15. Sikat, Skincare & makeup
16. Plastik sampah
17. Pad
18. Meja, rak buku (jika perlu)
Suka saya nak beritahu, belajar di Kpj ada clinikal jadi boleh check dulu PROGRAM DETAILS bagi korang punya course dekat website kpju macam saya setiap sem genap ada clinical .So, tahu la barang-barang tak boleh nak simpan di tempat yang kpju sediakan lepas habis semester sebabnya clinical dekat hospital yang kita sendiri tak tahu hospital kat mana nanti.
Oh ya, kalau waktu clinical jangan risau sebab asrama dan transport disediakan😇duit makan dan yuran asrama je la kena prepare. lain tempat mungkin lain harga. we don't know~ jadi cuti sem 8 minggu tu kerja!👀
Itu sahaja yang saya prepare. Next post in sha Allah akan cakap pasal cara macam mana nak buat penangguhan bayaran balik ptptn untuk sambung belajar. Ni penting bagi yang buat pinjaman ptptn sebelum ni supaya jumlah yang perlu dibayar ditambah. huhuhu😜 okay bai semua dan assalamualaikum
0 comments