Depression Bahaya?

by - Jun 13, 2022

 




Assalamualaikum

 Setelah sekian lama akhirnya ku tekad untuk meluahkan isi hati yang ku pendam di dasar hati yang paling dalam di sini untuk ku jadikan titipan setelah pemergian suatu hari nanti atau juga dapat memberi pengajaran kepada insan lain diluar sana.

aku merupakan pejuang depres sejak usia 20 tahun dan baru-baru ini depresi ku makin menjadi-jadi kerana tekanan demi tekanan yang perlu ku hadapi. jujur aku tak mampu.. kadang-kadang keinginanku untuk membunuh membuak- buak. Bayangan mencekik dan menikam bertubi-tubi sudah jadi kebiasaan di kepala. 

"adakah aku gila?"

Itu pertanyaan yang ku kerap kali menanyakan diri sendiri tapi dalam masa yang sama aku menafikannya. mana mungkin aku gila. Aku hanya tertekan dengan masalah yang tak habis-habis. lagi-lagi kau dipaksa melakukan sesutu yang ku tak suka dan perkara yang aku suka lakukan dtentang habis-habisan. Cinta? lelaki yang sayang separuh nyawa mengkhianati ku dan menghabiskan semua wang yang aku miliki. mana aku tidak tertekan? dasar laki tak guna dan betapa bodohnya aku!!

Gara-gara lelaki durjana itu, tekanan lama dari family sendiri makin bertambah. Pergerakan ku dikawal ketat dan tidak dibenarkan sendirian. Keperibadian introvert ku tidak dihiraukan, mereka ingin berkepit setiap masa. rimas dan kata-kata serta layanan mereka juga makin lama makin menyesakkan nafas. 

Mungkin mereka ingin pamerkan kasih sayang dan keperihatinan tapi bagi aku tidak. Segala yang aku suka ditetang-habis-habisan, kerjaya aku telah ditentukan meskipun aku tidak minat sama sekali menjadi seorang guru. hobi aku juga untuk bermain game juga ditentang.. kata tidak berfaedah, padahal ku telah menghabiskan separuh hari ku melakukan sesuatu yang aku tidak suka. tidak kah mereka faham perasaan aku? aku telah mengkorbankan diri untuk bekerja dibidang yang aku tidak sukai dan tidak dimati sepanjang hidup aku? sekarang mereka ingi mencarikan aku seorang suami?

suami?

setelah aku dikhianati oleh lelaki yang aku cinta, sekarang aku perlu hadap lagi lelaki? no please! sila berambus semua lelaki. Aku tidak mahu berkahwin dan tidak akan berkahwin. Aku jadi rimas dan jijik bila memikirkan aku kena berkahwin. Hati? walaupaun aku masih tertarik dengan lelaki tidak bermakna aku perlu berkahwin. never! biar aku jadi pencinta lelaki sampai ku tua daripada perlu ada hubungan yang entah kekal atau tak sampai mati. Lelaki dah tak boleh percaya. bergitu juga juga perepuan.


Fuhh.. lega hati dapat luahka perasaan disini, rasa ringan sikit beban didada tapi fikiran masih kusut dan serabut. Apa lagi yang akan berlaku dimasa hadapan? Akan kah aku dipenjarakan seumur hidup? lebih baik aku mati saja. Aku tidak mahu lagi jalani kehidupan didunia tipu-tipu ni. Aku nak pulang! aku nak pulang ketempat asal tok nenek moyangku nabi Adam A.s.  dan Hawa. Aku ingin tenang. itu sahaja :(


You May Also Like

0 comments