Aku ingin MATI

by - Jun 07, 2022

 



Setiap malam sebelum tidur memang aku meminta dan berharap malam ini adalah malam terakhir bagiku. Aku penat untuk teruskan kehidupan. Meskipun aku tahu meminta dan berharap untuk mati adalah salah dan berdosa dalam Islam but i still want to die.

Untuk apa aku hidup jika aku tak merasa bahagia? 

sejak aku kecil, masa depan aku telah diaturkan. Aku dihantar untuk belajar di sekolah agama, masuk kolej agama, amik bidang agama dan bekerja sebagai seorang ustazah. Hidupku telah dirancang dan diatur oleh parents sendiri. Ye aku tahu.. mereka ingin kan yang terbaik untuk aku tapi ini bukan kemahuan aku. Aku telah mengorbankan keseluruhan hidup aku untuk mereka sehingga orang yang aku cinta, lelaki yang cinta, aku terpaksa melepaskan semuanya.

Sakit!

Sakit!

Sakit!


sebab itu, apabila aku terjaga daripada tidur dan menyedari aku masih bernafas, aku akan menangis kerana aku akan terus merasai kesakitan dan kesunyian hidup. Aku pernah tertanya² apakah aku akan rasa bahagia? aku melihat manusia disekelilingku . mereka tertawa aku jadi cemburu. Adakah mereka tertawa bahagia atau tertawa seperti aku? ketawa untuk menutup rasa sedih?

Aku ingin jadi seorang doktor tentera. Aku rindu bau ubat. Bila aku terlampau rindu, aku akan cederakan diri sendiri supaya aku dapat pergi jumpa doktor dan dapat ubat tapi aku tak makan ubat, hanya amik sahaja dan bau. Aku ingin lakukan apa yang aku minat tapi aku tak kan pernah menggapainya . Tak Kan!.

Justeru itu, aku hanya pinta satu hal sahaja setiap kali solat, izinkan aku pergi, jika aku harus hidup, berilah aku bahagia seperti yang aku inginkan. Paling tidak seorang suami yang memahami perasaan aku, tidak menyakiti aku dan sentiasa kata "You'll be fine and happy. Iam here" tapi itulah.. suami? apakah aku boleh memiliki lelaki yang pilihan aku sendiri? atau lelaki yang juga diatur oleh orang tua?

Iam tired! 

Aku ingin pergi dari dunia ni. Aku ingin melepaskan semuanya. Segalanya.. biar aku pergi.

You May Also Like

0 comments