Stop Make up For Healing

by - Oktober 21, 2021

 Assalamualaikum semuanya....

Seperti yang telah cik nur paparkan di bahagian title 'Stop Make up For Healing' so maksudnya cik nur akan berhenti make up untuk sementara waktu memandangkan muka naik jerawat 3 biji. Well. tak nak muka makin teruk punya pasal. Meskipun akan jadi down diri untuk berhadapan dengan orang, i terpaksa juga. bukan untuk orang lain pun kan.. untuk diri sendiri juga😖




Btw, cik nur nak belanja gambar2 untuk korang. Gambar ni pun tuk cik nur simpan dalam blog so boleh la cik nur tengok balik kan beberapa tahun akan datang. Gambar dari awal-awal cik nur belajar mekap sampai la tahun ni, 2021.

 

Gambar pertama, 

tahun: 2016    lokasi: Bilik jiran sebelah (rumah sewa)    juru mekap: 3 seniors bilik sebelah



Act, gambar pertama yang cik nur amik lepas mekap ni, gambar tak pakai tudung but i'm muslim so i can't show u guys. The point yang cik nur nak cakap sebenarnya yang cik nur 100% looks like chinese girl dengan make up gini. Tak tipu and cik nur really like this make up! marvellous~ nampak macam teacher jugak kan. hahaha



Next, gambar kedua.   
Tahun: 2017    lokasi: rumah sewa           Juru mekap: Diri sendiri


Gambar ni tak ada filter ye. 100% mekap dan background memang pure white. Cik nur mekap sendiri selepas sahaja pulang dari convocation ceremony untuk shooting gambar ngn my family dan ini mekap yang pertama kalinya~ hahaha masa ni baru nak belajar cara2 conteng mata. Guna barang mekap siapa entah. TAk ingat pula cik nur. Dah lama kan~ Maybe ada la readers yang akan fikir kenapa tak je mekap tuk pi konvo? well~ kolej cik nur tak benarkan pelajar mekap 😅. Okay gambar ketiga pula... ini gambar yang terakhir tuk cik nur share ngan korang.


Tahun: 2021    lokasi: Bilik sendiri         Juru mekap: Diri sendiri



tada~ sorry ye mekap gitu2 je sebab masih tak pandai mekap. Lepas belek-belek youtube, cik nur baru la bersungguh sikit nak belajar and beli barang mekap itu pun tak banyak. Hanya ada concealor, BB cream, eye shadows and lip matte 2 in 1 je masa tu tapi sekarang alhamdulillah ada tambahan beberapa make up products tapi gambar yang terkini punya takda lagi sebab malas nak amik gambar😆 and fyp, cik nur mekap ikut warna kulit tangan bukan ikut warna leher. Sepatutnya tak belang tapi lightning ni tak berapa nak cerah tu pun buat make up nampak cerah dan tangan pula gelap. Ape2 je la. Saper suruh amik gambar membelakangkan lampu  huhu

Cik nur ni mekap tak selalu dan tak setiap hari. Cik nur hanya mekap waktu ada kelas pdpr sahaja hari Isnin, Selasa dan Rabu sahaja. itu pun tak heavy punya mekap sebab tak ke mana pun kan tapi itu la kena gak mekap kalau tak memang tak nak buat kelas. haha

Mekap ni untuk puaskan diri sendiri dan boost keyakinan bila berhadapan dengan orang. Bagi cik nur, mekap untuk orang lain akan buat diri stress sebab nanti akan dok pikir tanggapan orang kat diri macam mana. hodoh ke. cantik ke..  comot ke.. nanti bukan buat diri rasa confident malah buat diri makin down..down.. and down so cik nur punya prinsip.. muka i , barang mekap pun i punya dan beli guna duit sendiri so memang cik nur tak kan mencantikkan diri untuk orang lain. The end~ hahaha

Harap saper2 yang tak puas hati ngan orang yang mekap ni, buka mata hati sikit and minda sikit, kami yang suka mekap ni nak puaskan diri sendiri bukan untuk uolls n bagi yang tak suka mekap, kami tak judge uolls sebab kita pompuan cantik dengan cara tersendiri. Bagi setengah orang guna bedak baby pun dah okay and cantik but for me,, cantik dengan mekap 😜

Sekian bebelan saya kali ini. Jumpa next story. bye~ Assalamualaikum.



You May Also Like

0 comments