No basic, Muka hancur!

by - Oktober 21, 2021

 Assalamualaikum and thank you so much sebab sudi baca coretan and bebelan dari cik nur kali ni. Cik nur tahu bagi siapa yang singgah ke topik kali ini ini adalah mereka yang sayangkan kulit muka💓 Cik nur tahu ramai yangtahuapa yangcik nur nak kongsikan tapi majoriti ramai yang tahu tapi tak buat. Well~ macam cik nur la. bila dah terhantuk baru nak tergadah😌

Baik. Benda yang pertama yang kita kena buat sebelum nak pakai sesuatu product skincare ialah dengan tahu jenis kulit kita. Ini sangat-sangat penting! ada dua cara nak tahu jenis kulit kita macam mana iaitu 1) check sendiri di rumah 2) scan your skin dekat Medispa tak kira la apa pun nama Medispa , brand or what.. tapi kalau dia ada mesin check kulit so pergi la. mesin check kulit macam ni 👇



Bagi yang nak buat sendiri dirumah. Caranya ialah pergi kat Watson or Gurdian beli kertas minyak ni. 


Lepas beli. Tido semalaman dan esok pagi-pagi lepas bangun tido. Jangan cuci muka dan terus amik kertas minyak ni and tepek kat dahi, hidung dan pipi. Jika kertas bertepek dekat kat semua tempat itu bermaksud kulit jenis berminyak, Jika kertas hanyak tepek di t zone dan tidak di bahagian pipi itu jenis kulit normal to kombinasi, jika tidak ada satupun kertas yang tepek di muka itu maksud kulit jenis kering. Kalau kulit jenis cepat mengelupas , rasa tegang je tu maknanya kulit kering. kalau nak tahu kulit jenis sensitif ke tak? bila pakai sesuatu produk dia terus gatal, merah2, pedih. tu kulit sensitif lagi2 jika ada bahan dalam produk tu ada bahan yang ber acid.

Kedua, beli produk bersesuaian dengan jenis kulit. Caranya mudah sahaja baca ini. bahan2 yang perlu ada dalam product korang👇

1. Kulit kering: beli produk yang melembapkan kulit. Bahan: Hyaluronic Acid, Aloe Vera, Ceramide, glycerin, Petroleum, Lactic Acid dan Lanolin. 

2. Kulit normal: boleh beli mana-mana product yang selagi bahannya tidak merbahaya dan mudah beli ikut kehendak kulit. Kebanyakkan mereka kulit normal tak ada masalah nak pilih produk. 

3. Kulit berminyak: Produk cari yang boleh oil control. Setiap produk ada lebel-lebel tersendiri. Bagi yang oil skin cari lebel ini👇

  • Clarifying
  • Balancing
  • For Oily Skin
  • For Combination Skin
  • Oil Free
Setelah itu cari pencucimuka yang jenis gel, guna ubat jerawatdan digalakkan untuk pakai facial mask tapi pilih ikut keadaan kulit tau masknya! untuk bahan-bahannya pulak jika kulit berminyak dan berjerawat, boleh cari yang produk yang ada bahan Glycolic Acid, Salycilic Acid, Clay, Benzoyle Peroxide, Sulfur, Hyaluronic Acid, Facial oil, Zink, Papaya Enzyme, Lactobacillus/ probiotic/ ferment lactobacillus dan EGF (Epidermal Growth Factor). Ingat, tak semua bahan-bahan ini mesti ada dalam produk korang taw. tengok keadaan kulit korang dan kemudian tengok apa yang kebaikan korang dapat dari sesuatu bahan diatas, jika main langgar je akan naiklah Encik Jkat pipi. Boleh tekan link ini untuk terjah.

4. Kulit sensitif: Mereka yang kulit sensitif berbeza dengan jenis2 kulit yang lain dan mudah nak tahu dia memiliki kulit sensitif bila kulitnya mudah iritasi, merah-merah. Caranya mudah je nak tahu bila sesuatu produk tu sesuai atau tak. Mula-mula back to basic skincare. Hanya pakai cleanser, moisturizer dan sunblock. selepas 2 minggu, jika okay ngan kulit baru ke step seterusnya satu persatu. pakai toner 2-3 minggu ok, pakai essence pulak.. bila dah check okay 3 minggu, baru pakai serum dan yang lain. Jika buat macam ni, kita akan detect ngan cepat produk apa bila pakai terus merah dan gatal 😉👍 bahan yang recommend tuk kulit sensitif ialah hyaluronic acid 2%, ceramide, Centella asiatica, zink, selenium, shea butter dan lanolin.

itu sahaja untuk kali ini. untuk next post akan datang akan cik nur kongsikan serba sedikit yang cik nur tahu selepas mengkaji bahan-bahan produk tuk mix and match. ye la tak semua orang nak pakai satu jenis product skincare. Ada yang jenis suka campur-campur jenama kan. so kita kena tahu bahan apa yang boleh gabung dan bahan apa yang tak boleh gabung. Stay tune!


credit to : Wanista.com , dermalene.com , panduansaya.com , hellosehat , ryuustory.blogspot.com

You May Also Like

0 comments