Aku mengekori jejak langkah orang tuaku menuju ke Kereta Axia berwarna hijau dihadapan rumah. Satu persatu beg bagasi yang tertulis namaku diangkat dan diletakkan ke dalam bonet kereta itu.
"Sekolah didikan khas?" aku mengingat semula perbualan umi dan ayah malam tadi.
"Kita hantar je dia kat sana. Nanti dia ubah la nanti" kata ayah sambil memainkan buah catur diruang tamu.
" Tapi betul kah apa yang kita buat ni? sekolah tu bagus ke? jauh sangat tu ngan kita " umi memundar-mandir. Wajahnya terlihat seribu kerisauan.
Aku yang mendengar perbualan itu membatukan diri. Meskipun banyak persoalan difikiranku mengenai sekolah itu tapi ku tahu pilihan orang tua juga yang terbaik.
"Angah.."
Suara umi yang lembut itu mengembalikan aku semula ke alam realiti. Matanya ku tatap tapi mulutku masih terkunci rapat.
"Angah okay tak ni? "
Aku masih mendiamkan diri dan memandangnya tanpa perasaan. Apa perasaanku penting untuk dibicarakan? Aku mengalih semula pandangan ke luar tingkap. Aku baru menyedari semakin jauh perjalanan kami, makin sukar untuk melihat rumah² yang ada di persisiran jalan bahkan dan ketika itu hatiku berbisik sesuatu
"ini akan masuk jalan hutan"
15 minit kemudian. Tekaanku tepat. Kiri dan kanan kami dipenuhi pepohonan yang sangat tebal dan jalan mulai kecil dan sempit. Jalan ini adalah satu arah. Aku masih memerhati satu persatu disekitarku dan ketika itu aku melihat sesuatu bentuk yang sangat-sangat panjang berwarna putih tetapi susah untuk meneka apakah itu kerana ia terletak sangat jauh.
"Kita dah sampai"
Aku menuruni kereta dan melihat bangunan yang besar dihadapanku. Aku menoleh kiri dan kanan. Tidak ada yang istimewa cuma mataku menatap satu banner yang tergantung di sebuah dinding di pagar utama.
'Selamat Datang. Kami membantu pelajar untuk menjadi pelajar yang sihat, cemerlang dan berpotensi'
"cemerlang huh?" kataku perlahan.
Aku kembali menoleh semula ke bangunan yang besar itu. Seorang lelaki yang berusia 50 an keluar dari pintu utama dan mendekati orang tuaku. Mereka berbincang sesuatu. Mungkin itulah pengetua sekolah tapi aku tidak peduli dan meninggalkan mereka. Aku berjalan di sekitar sekolah. Sebuah anak tangga menuju ke bawah terletak di tengah² sekolah. Kiri dan kanan hanya terpacak beberapa tiang putih yang tinggi dan laluan jalanannya sangat lurus ke hadapan. Di hujung jalan terdapat satu pintu gerbang hitam yang tertutup.
Aku ingin menuju ke situ tetapi terbantuk niat apabila ku merasakan ada yang memerhati di celah² tingkat sekolah aras 1. Cermin yang sangat gelap dan bertinted hitam. kosong.
"Angah sini !"
Umi berteriak kecil. Aku mendekati umi ayah dan lelaki itu tanpa memberikan sebarang reaksi.
" Ini Nabilah" Umi memperkenalkan aku pada lelaki itu dan seraya itu lelaki itu mengangguk kecil dan berkata
"Saya En Gon. Saya penjaga sekolah ini. Awak akan tinggal disini sehingga awak sembuh dan habis sekolah"
Aku tersenyum kecil. Sembuh?
"Saya diberitahu yang Nabilah ada mengalami gangguan emosi dan melakukan percubaan membunuh beberapa kali"
Aku menggangguk sahaja. Apa pun nak dikatakan itu semua tidak penting.
Selepas melihat reaksi aku tak acuh. Akhirnya perbualan itu terhenti disitu dan umi serta ayahku pulang meninggalkan aku sendirian. Lelaki itu menerangkan bahawa di sekolah itu terdapat 2 bangunan. 1 bangunan lama yang dibina sebagai gereja dan 1 bangunan utama yang terdapat dua tingkat. Tingkat pertama ialah kelas dan hanya ada 32 kelas disitu dan tingkat dua adalah asrama.
Selepas aku diperkenalkan bilik tidur. Lelaki itu memberikan satu kertas putih. Kertas yang menujukkan jadual harianku.
"Oh sebelum saya lupa. Guru² yang akan mengajar kat sini adalah senior² awak. Sekolah ini bukan sekolah umum. Sekolah ini tidak berbayar Awak ikut je rutin² kat kertas tu"
Aku mengambil kertas itu dan meletakkan di atas katil. Lelaki itu menggelengkan kepala dan kemudian berlalu pergi entah kemana. Aku melepaskan kelelahan dan memejamkan mata.
2 jam telah berlalu dan hari sudah pun gelap tapi seorang pelajar pun tidak kelihatan. Aku berjalan ke luar bilik. Sunyi dan hanya bertemakan bunyi cengkerik. Aku menuju ke bilik sebelah. Kosong. Sebelah lagi. Kosong. Sebelah kosong. Semua bilik di tingkat dua tidak ada orang meskipun terdapat beberapa baju dan tuala tersidai disetiap katil.
Aku menuruni tingkat 1. sepi dan gelap. tiada Satu kelas yang bercahaya. Koridor aras 1 hanya disinari lampu yang malap. Mana pergi semua orang?
"bangunan lama?"
Aku teringatkan penerangan Encik Gon petang tadi. Sekolah itu hanya ada dua bangunan. Mungkin mereka semua ada disana.
Selepas melewati beberapa pondok kecil, Aku melihat bangunan yang dikatakan gereja terang -benderang. Pintu ku buka perlahan dan melihat ratusan pelajar disitu. lelaki dan perempuan bercampuran sedang ketawa terbahak-bahak. Tiada rasa hormat langsung kat tempat itu. Seketika itu aku membuka pintu sepenuhnya, mata mereka semua tertumpu padaku dan terdiam. Mereka saling berpandangan dan tersenyum. Seorang lelaki yang cukup tampan menghampiriku dan berkata dengan lembut.
"pelajar baru?"
"ye. Saya Nabilah"
Aku cuba tersenyum mesra meskipun terpaksa kerana perkenalan yang baik akan mendatangkan hasil yang baik.
lelaki itu berbalas senyuman dan menarikku ke kurusi hadapan kemudian menuju meja yang terletak dihadapan dan berdiri. Lagaknya seperti seorang paderi yang berpidato.
"okay baik semua. Kita ada pelajar baru. Beri tepukan gemuruh dan beri layanan yang baik okay"
Kata-katanya disambut dengan tepukan gemuruh dan meriah. Kemudian suasana terus berubah. Dari awal sebelum ketibaanku, mereka semua yang bersandiwara, berbual kosong, ketawa terbahak- bahak berubah menjadi sepi dan terduduk sopan di tempat masing-masing mendengar setiap bicara dari lelaki itu. Aku mendengar sahaja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tidak ada satu pun ku simpan dalam hati kerana aku seorang muslim. Tidak kira dimana aku berada, aku tetap Islam.
....
Sudah 2 minggu aku disitu. Aktiviti harianku ialah mencangkul. Aku tidak tahu kenapa tempat ini dikatakan 'sekolah' padahal tiada satu pun subjek yang ku pelajari. Hari Pertama aku menuju ke kelas untuk melihat situasi belajar tidak seperti yang ku bayangkan.
Pintu kelas dikuak. Semua pelajar bersuka ria dengan hal masing-masing. Di sudut belakang kelas terdapat rak buku yang sudah berhabuk. Aku mengambil salah satu buku. Matematik. Aku membersihkan debu dan sarang labah-labah. Satu persatu helaian buku ku belek.
Em.. tidak ada yang menarik. 30 minit kemudian. kelas belum bermula. 1 jam kemudian masih lagi tidak belajar. 2 jam kemudian, aku sudah lelah dan malas untuk menunggu. Mungkin tiada kelas untuk hari itu. Aku keluar dan menuju ke tengah² sekolah. Pintu gerbang berwarna hitam terbuka. Aku memasukinya dan keadaan sangat gelap seperti gua dan jalannya semakin ke bawah. Semakin lama semakin dalam. Suara cangkulan pula terdengar semakin kuat. Aku yang ada rasa ingin tahu meneruskan langkah perlahan-han. Telihat beberapa pelajar senior sedang giat mencangkul. Tidak tahu apa yang dicangkulnya tiba-tiba
"Nabilah buat apa disini?"
....
"Nabilah jom rehat" aku melepaskan cangkul ditangan dan terduduk kepenatan. Amsyar, Fatini, Zidan, airaa, Mikail dan Omar pun terduduk melepaskan lelah. Mereka kawan yang ceria dan baik selama 2 minggu ku disitu. Mereka selalu ada dengan ku cuma... yang menjadi persoalan aku ialah pada hari pertama aku menanyakan tentang subjek matematik, sains dan sejarah. Setiap kali aku menanyakan tentang mata pelajaran mereka kata tak tahu. Seolah-olah mereka tak belajar apa-apa sepanjang 3 bulan mereka disana.
Kerja menggali ini pun mereka tidak mahu memberitahuku atas sebab apa. Mereka menggali siang dan malam. Tidur dan makan pun disitu. Betul-betul mencurigakan tapi aku tidak mahu bertanya. Biarlah itu urusan mereka. Aku disitu pun secara sukarela untuk membantu mencangkul.
....
Hari ini sudah genap aku sebulan disitu. layanan mereka semua terhadap aku semakin lama semakin mesra dan aku seperti menghidu sesuatu yang membuat aku tidak enak apabila semalam Omar cuba memelukku dari belakang. Waktu ditengah malam di gereja belakang pun situasi sudah seperti tidak seperti hari yang lain. Mereka sudah mula bergaul bebas. Laki dan perempuan sudah tidak kenal batas meskipun di gereja! sudah beberapa kali aku menangkap beberapa pasangan bercumbuan di gereja .
Aku cuba menepis beberapa persoalan yang negatif di fikiran. "Hari ini akan jadi hari yang terbaik". Aku mula rindu umi dan ayah. Sejak hari pertama aku ditinggalkan disitu, aku sudah tidak mendengar khabar dari mereka. Encik Gon pun aku tidak nampak bayang. Entah hilang ke mana. Aku tidak peduli kewujudannya tapi telefonku didalam simpanannya. Aku melepaskan keluhan.
Aku memasuki gua itu lagi tapi kali ini aku memilih tempat cangkul yang berbeza. Beberapa minggu lalu aku menemukan satu lubang yang kecil dan tersembunyi tetapi di ruang kecil itu terdapat pintu. Pelik. Macam mana boleh ada pintu didalam gua yang gelap itu jadi aku memutuskan untuk singgah disitu untuk selidik tapi terbantut hasrat apabila Amsyar mendekati aku. Dia mendekati aku dan terus memelukku erat. leherku dikucup kasar. Aku terus menolaknya.
"kau ni dah kenapa?!"
Dia tidak mengendahkan dan terus menggenggam tangan kananku. Aku menepis kuat. Aku menjerit meminta tolong kemudian beberapa susuk tubuh muncul dan mengelilingiku. Susuk tubuh yang tersembunyi mula menampakkan wajah.
Fatini, Zidan, airaa, Mikail, omar dan beberapa wajah yang tidak ku kenal memandangku dengan tatapan ghairah. Mereka semua tidak betul. Mereka seperti seeorang singa yang bersedia menyerang mangsanya. Aku tidak fikir panjang lalu memijak kaki amsyar dan menumbuk perutnya dengan tangan kiri. Apabila tangan kananku dilepaskan, aku terus berlari laju keluar dari gua itu. Pintu gerbang dibuka. Aku melihat kiri dan kanan, semuanya yang berada di sekitar sekolah memandangku.
Aku berlari ke kelas. Aku melihat seorang gadis yang sedang duduk dibelakang kelas. Gadis itu kecil sahaja, sejak hari pertama aku disitu, gadis itu hanya bersendirian dan matanya meliar kiri dan kanan seperti ketakutan. Aku mendekatinya dan berdiri dihadapannya. Dia menatapku dan kemudian menundukkan kepala. Tangannya digempal. Dia tahu sesuatu.
"Bagitahu apa yang jadi kat sini"
Dia menggelengkan kepala. Aku menghentak meja sekuat hati menahan amarah. Bunyi² kasut menaiki tangga semakin kuat. Mereka dah dekat!
"Aku kata apa yang dah jadi?!" dia mengelengkan kepala. Aku melepaskan keluhan lalu menyentak bajunya. Matanya ku tatap dengan tajam.
"Bagi...tahu aku!"
Dia menangis kemudian tersenyum. Wajahnya yang ketakutan berubah. Dia memandangkan dengan senyuman lalu bangun berbisik ditelingaku.
"Kau akan disantap"
Dia ketawa berdekah-dekah. Aku terdiam dan menoleh dipintu . Puluhan orang sudah mengepung kelas. Amsyar yang berada dihadapan mendekatiku dan memegang tanganku. Diramas tanganku lembut. Omar yang yang melihat tingkah laku Amsyar terus berkata
"Lepas ni aku"
Kemudian Aira pula bersuara sambil menatapku dengan tatapan ghairah.
"Aku nak juga"
Zidan yang seorang pendiam selama ini terus berbicara .
"satu- satu la.. anak dara memang sedap. bagi aku dulu la Amsyar"
Aku yang mendengar kata-kata mereka terus diam. Selama ni mereka berbaik dengan aku ada makna. Selama ini mereka hanya berpura-pura. Mereka ini orang yang sangat menjijikkan. Didalam tawa keasyikkan mereka tetiba telefon berdering. Nada lagu If its You yang dinyanyikan Rose dari kumpulan Blankpink memenuhi ruang kelas itu. Mereka semua bertatapan dan kemudia seseorang berbicara.
"Nabilah.. ini ada telefon untuk kau"
Sura itu milik Encik Gon. Encik Gon mengangkat telefon di celah-celar pelajar diluar kelas. Amsyar yang sedang memegangkan tanganku dilepaskannya dan mengambil telefon itu dan menghulurkan kepadaku dengan senyuman penuh makna.
"Angkat.. angkat.. "
Aku memandang telefon itu lama. Tertera 'Umi' di screen telefon. Aku mengambilnya dengan ketakutan. Mereka semua memandangku tanpa berkelip. Ada setengah mereka memandangku sambil air liur meleleh. Mereka betul- betul tengah sangap.
Aku menelan air liur dalam-dalam dan terus menekan butang hijau.
"Angah"
Belum sempat umi menerukan perbualan aku terus berkata
"Biann (maaf dalam bahasa korea)"
Aku mematikan telefon mereka semua mamasuki kelas perlahan² sambil membuka baju satu persatu. Aku menunjukkan kepala ketakutan. Sewaktu pahuku dipengang oleh gadis yang berada dihadapanku. Aku tersenyum dan tergelak sendiri.
Gadis itu menatapku pelik tanpa bicara. Aku menoleh mereka disekelilingku sambil ketawa kemudian aku menekup mukaku dengan tangan kiri dan berkata
" Kau ingat aku apa?"
Aku berhenti ketawa dan menoleh ke gadis yang masih memegangku lalu dengan laju aku menumbuk mukanya. Dia mengaduh kesakitan.
Tangan kananku ke pegang dan mengelap dengan baju . Amsyar yang berada dihadapanku terus tersenyum lebar.
" wuuuuuu.. asyikkkkk"
kata-katanya disambut dengan riuh-rendah. Amsyar yang cuba memelukku sekali lagi terus ku menepis dan ku rambutnya ku capai dan menghentaknya ke atas meja.
Satu perasaan yang tak mampu aku gambar. Sangat menyenangkan. Aku tersenyum gembira melihat darah yang mengalir dari kepala itu. Aku berjalan ke belakang kelas dan memasukkan tangan ke dalam celah belakang almari buku. Pisau ku yang ku sorokkan selama ini ku capai . Aku tersenyum puas.
Pelajar² yang ada diluar kelas tidak menunjukkan ketakutan sepertinya situasi seperti itu sering terjadi tapi aku tidak peduli.
"em.. disantap atau mensatap?" aku terus berlari kearah mereka dan keadaan menjadi kucar-kacir. Satu persatu ku tikam dan ku kelar leher. Begitu juga mereka, ada yang cuba menikam dengan pen dan bagi yang tidak bersenjata, mereka berusaha memegangku dan mebaringkanku di atas meja. Percubaan pemerkosaan terjadi berberapa kali tapi satu pun tidak menjadi kerna pisauku lebih pantas berada di leher dan perut mereka. Mayat-mayat mula bertaburan didalam dan diluar kelas.
Aku berjalan lemah menuruni anak tangga.Meskipun aku telah tertusuk beberapa kali dengan pen dan seluruh badanku berlumuran darah, aku tetap tersenyum dan gembira. Sewaktu aku berada di anak tangga kedua terakhir. Aku melihat puluhan pelajar memandangku dengan pandangan yang sama
"Hari yang panjang"
Tudungku yang sudah terkoyak rabak ku lepaskan dan rambutku diikat kemas. Aku berjalan ke hadapan dengan tangan kosong kerana pisauku sudah patah dua.
Tidak ada perasaan takut dihati. satu persatu yang datang ku tangani dengan mudah. Jiwa membunuh telah menguasai diri. tangan mereka ku patahkan. Besi² yang mereka gunakan ku rampas dan ku hentak kepala mereka dengan besi itu hingga hancur. Darah dari perutku bercucuran dengan derasnya tapi aku tetap maju. Aku masih belum puas!
Hari semakin gelap. Aku terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan.
"Aucak!!" Aku melihat ke dalam tandas.
"Aucak!!" Aku melihat ke dalam longkang.
"Mana.. Mana lagi? mana korang..."
Aku melihat tanganku yang dipenuhi darah dan mengilai. Aku belum puas tapi satu pun sudah tidak tersisa. Semuanya sudah diulit mimpi yang panjang dan tidak akan ada sinar untuk mereka.
Aku teringatkan jalan kecil itu. Aku tersenyum. Mungkin ada orang lagi disitu. Aku berjalan perlahan memasuki gua dan menuju pintu kecil. Pintu dibuka dan aku merangkak masuk.
"lai.. lai.. lai..."
Aku tersenyum gembira.
Tanah terus berlumuran darah. Aku terus merangkak sehingga melihat cahaya yang samar² dihujung ruang yang kecil itu.
"Ah.. bau ini. "
Pohon² dikiri ku pegang kuat dan membantu untuk berdiri. Aku menghidu.
"Aku kenal bau ini". Aku berjalan mengikuti bau itu dan akhirnya aku sampai disebuah tasik yang berterangi cahaya dan diterangi kelip-kelip. Segar.
Aku berjalan disekitar tasik tiba-tiba aku terjatuh ke dalam tasik yang sangat dalam. Aku cuba untuk berenang ke daratan tetapi badanku semakin lemah. Bayangan umi ayah muncul dihadapanku. Aku tersenyum.
"Umi.."
Nafasku semakin tersekat-sekat. Aku kekurangan oksigen. Aku tergapai-gapai mencari udara. Sayup-sayup suara kelihatan.
Ah.. mereka disini
Aku mendongak dan melihat cahaya yang berkilauan didaratan.
"Angah.. angah"
Aku tersedar
"Angah okay tak ni?"
Aku memandang umi yang resah melihatku. Aku masih dikereta.
ini...
Aku melihat diluar tingkap dan mataku menangkap sesuatu. Benda yang panjang dan putih yang terletak jauh ditengah hutan itu tak lain tak bukan adalah jalan kecil yang ku lalui. Berapa minit kemudian kami tiba disebuah sekolah.
Aku tersenyum sendiri.
Tamat.
...ciptaan Cik Nur....
(Diadaptasi dari mimpi 80% betul . 20% rekaan)
0 comments