Cerpen: Empayar Yang Dilupakan (Part 1)

by - Mac 27, 2021


-gambar hiasan-

Namaku Arissa. Seorang graduan dalam bidang arkeologi di sebuah universiti ternama di US dan hari ini merupakan hari pertama ku menjejaki kaki di negeri China bagi membantu professor Wang dalam menyelidiki sebuah artifak yang ditemukan oleh pakar arkeologi China beberapa hari yang lalu. Menurut professor Wang, artifak tersebut ditemui oleh seorang pengembara berbangsa Itali di sebuah pergunungan yang terletak jauh dari permukiman manusia dan perkiraan artifak tersebut berusia lebih daripada 1000 tahun.

Ponnn! Ponnn!

Aku tersedar dari lamunan dan melihat sebuah hilux berwarna hitam di hadapanku. Professor Wang yang sudah berada di dalam van tersebut melambai tangannya seraya memintaku menaikinya. 

"Sorry Prof" ujarku sambil mengangkat beg bagasiku lalu menaiki van tesebut.

Aku melepaskan pandangan di luar tingkap, Perjalanan kali ini dijangka menggambil masa selama 19 jam dari lapangan Terbang Kota Beijing ke tempat penemuan artifak tersebut dengan meredah hutan dan berbukit-bukau. Oleh kerana perjalanan ini mengambil masa yang lama dan kemungkinan akan terjadi kesibukan disana, ku dan professor Wang menggambil kesempatan ini untuk tidur bagi melepaskan kelelahan yang ada.

.......

Seorang wanita berbaju merah keemasan menyikat rambut hitamnya di depan sebuah cermin. Aku yang tidak melihat raut wajah wanita itu cuba untuk menghampiri namun kakiku terasa kaku. Aku menoleh kiri dan ke kanan. Pandanganku samar-samar. Wanita itu kemudiannya meletakkan sisir dan bangun menuju ke arahku. Aku cuba untuk melihat wajahnya tapi pandanganku semakin kabur.

"riss...sa"

Aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki berbadan tegap, berbaju merah keemasan tersenyum dan menghulurkan tangan kanannya. Aku cuba untuk menyentuh lelaki itu namun badanku tidak mengizinkannya. Aku cuba untuk berkata tapi mulutku seakan terkunci. Entah bagaimana airmataku mengalir deras dan wanita serta lelaki itu semakin hilang dari pandangan.

"tunggu!"

Aku terjaga dari tidur dengan linangan air mata. Aku yang tidak tahu apa yang terjadi mengelap air mata itu dan melihat professor Wang berlari mendekatiku dan memelukku dengan gembiranya. Professor Wang menceritakan apa yang terjadi dan aku merasakan ia sama sekali tidak masuk akal. Mana mungkin ku koma selama 3 tahun di hospital padahal baru beberapa minit yang lalu ku dan professor Wang berada di dalam hilux menuju ke tempat penemuan artifak itu. 

"no.. no.. we went to China to see the artifact, right? right?" Aku menarik tangan professor Wang namun tiada reaksinya. Dia menatapku lama dan kemudiannya beberapa doktor dan jururawat berlari memasuki wad yang ku duduki. Doktor dan jururawat itu adalah warganegara US. Aku bergegas turun dari katil dengan keadaan lemah dan melihat di luar tingkap. US? aku masih di US?

"Arissa..what artifact?  we never going to China"

Aku terduduk dan menatap professor Wang yang kerisauan. 

"apa dah jadi?"


-sambung-

You May Also Like

0 comments