Cerpen: Empayar Yang Dilupakan (Part 2)
"Kau sure ke ni Rissa nak gi china? kau baru beberapa hari keluar dari hospital tau." ujar Farah sambil mengangkat beg bagasiku memasuki teksi.
" Ya. Aku pergi tak lama. Sebelum hari graduasi aku balik la. Aku cuma minta tolong kau jangan bagitahu prof pasal ni. pleasee.."
"yang tu pandai la aku. Kau tu jaga diri di negara orang"
Aku ketawa kecil.
"Ingat US ni negara aku? apa la kau ni Farah" kataku sambil memeluknya.
"Memangla ni bukan negara kau tapi China tu kali pertama tau kau pergi. dah la sorang-sorang" bebel Farah seperti seorang emak yang tidak rela melepaskan anaknya.
"Ya.. ya.. aku jaga diri. Kau pun sama. Aku pergi dulu"
Aku melambaikan tangan dan memasuki teksi menuju ke lapangan terbang. Teksi mula meninggalkan Farah yang masih tercegat di pintu rumah sewa kami. Aku melepaskan keluhanan berat. Perbelanjaan ke China dan menyelidiki apa yang terjadi memerlukan wang yang banyak tapi ku sama sekali tidak peduli kerana aku yakin itu bukan mimpi tapi satu petanda yang aku sendiri tidak pasti.
...........
Beberapa minit kemudian, teksi yang ku naiki berhenti di sebuah rumah agam besar milik sahabat kecilku, Adrian yang juga pakar dalam selok-belok hutan. Adrian warganegara Malaysia tetapi menetap di US. Oleh kerana, perjalanan ini melibatkan hutan dan pergunungan, nak tak nak Adrian perlu ikut serta meskipun Adrian menyatakan ini semua kerja gila. Sama sekali tidak masuk akal.
"Hye babe! what' s up? " ujar Adrian dengan gaya machonya.
"yo!" jawabku ringkas sambil mengangkat beg bagasiku.
"you're crazy! very..very...crazy girl but i like it!"
"ye,, ye.. bila kita nak bertolak?"
"sekarang la. I tak sabar nak gi China. Cari yang kau fantasikan tu. haha" jawab Adrian sambil mengambil beg bagasi di tangannku dan memasukkannya ke dalam kereta miliknya.
Aku mengikuti langkahnya dari belakang dan sepanjang perjalanan ke China, Adrian menceritakan semula kenangan kami bersama sewaktu kecil sehingga sekarang di mana masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. Adrian menghabiskan 20 tahun mengkaji selok-belok hutan, kehidupan liar di hutan dan sebagainya. Manakala aku menghabiskan masa 20 tahun mempelajari artifak-artifak peninggalan sejarah. Meskipun perjalanan kami ini tidak masuk akal, Adrian tetap ingin mengikutinya kerana dia belum pernah menjelajahi hutan yang belum pernah manusia terokai.
Sesampai kami di China, kami disambut oleh dua orang warga China yang akan menghantar kami ke gunung tersebut. Mujur ku masih mengingati kordinat dan lokasi yang diberitahukan oleh professor Wang di dalam 'mimpi' itu. Dengan adanya maklumat itu, Adrian dapat membantu kami ke sana.
Aku dan Adrian ditinggalkan di persimpangan jalan terpencil dalam keadaan yang sangat gelap-gelita tanpa diterangi oleh cahaya lampu. Setelah kereta itu betul-betul meninggalkan kami berdua, Adrian mengeluarkan alatnya yang ku sama sekali tidak tahu apa fungsinya. Setelah beberapa minit, Adrian mengiyaratkan kepadaku mengikutinya dari belakang.
..........
"kita rest sini" kata Adrian sambil meletakkan beberapa beg di bawah sebuah pokok.
Aku merebahkan punggung yang ketihan berjalan. Sudah 2 minggu lebih kami di tengah-tengah hutan. Aku melepaskan beg seberat 40kg. Tidak terfikir barang-barang yang ku bawa didalam beg bagasiku ditinggalkan Adrian. Katanya belum pernah orang masuk hutan bawa beg bagasi. Hanya pencuci muka, berus gigi, ubat gigi dan beberapa baju yang dapat ku bawa dan yang lainnya dipenuhi dengan makanan dan minuman. Tapi itulah adrian mencatukan makanan dan minuman. kadangkala kami terpaksa memburu haiwan yang kami jumpa didalam hutan. Apa yang belum pernah ku makan? biawak? burung? monyet? ular? ku dah rasa semua itu. mula-mula terasa loya tapi kelamaan dah biasa. Aku teringin nak makan maggi didalam beg di belakangku tapi dihalang oleh Adrian. Kata adrian makanan itu cukup untuk kami pulang.
"Bila lagi nak sampai ni Adrian?" rungutku perlahan.
Adrian mendekatiku dan memberikan satu botol air.
"Kalau tengok pada alat jejak lokasi ni, kita akan sampai dalam 4-5 minggu lagi."
Aku mendongak ke langit. Hari ini cerah dan tidak menujukkan tanda-tanda akan hujan manakala Adrian membelek kamera miliknya. Berduan-duan lelaki dan perempuan ditengah-tengah hutan memang bahaya. Belum di baham harimau, dah dilahap lelaki tapi tidak ku dengan Adrian. Syukur ku memiliki Adrian seorang lelaki yang amat menghormati wanita. Ku teringat kali pertama kami dihutan pada waktu malam. Ku mengajukan soalan kepadanya tentang kami berdua. Katanya wanita itu harus dilindungi bukan untuk menyakiti. Oh ya, kami belum pernah terserempak harimau ngan haiwan liar lainnya. Semoga kami dilindungiNya.
.........
2 Minggu kemudian.
"Rissa.. sini!"
Aku yang berada tidak jauh dari Adrian mempercapatkan langkah.
"Kenapa?"
"Aku rasa kita dah sampai" kata Adrian sambil menunjukkan beberapa runtuhan tembok yang terletak 2km dihadapan kami. Aku yang masih kelelahan mendaki puncak gunung terus melihat ke depan dan tatkala itu dadaku terasa sesak dan mataku menitiskan air mata. Bayang-bayang sebuah istana dan ratusan rumah terlintas dihadapanku.
"betul ke apa aku nampak ni Adrian? ni bukan mimpi kan?"
Adrian yang melihatku menangis terus mengelapkan air mata.
"ye ni bukan mimpi. Kita dah jumpa apa yang kau cari tapi apa kaitan mimpi kau dengan tempat ni?"
Aku dan Adrian terdiam. Apa sebenarnya yang terjadi?
-bersambung-
0 comments