Allah itu ada?
Kali ni cik nur akan menceritakan pengalaman diri sendiri mencari kebenaran. Sebelum itu, akan cij nur nak beritahu latar belakang cik nur.
Cik nur dibesarkan dalam keluarga yang beragama. Sejak cik nur kecil, bayi lagi sudah diajar pakai tudung. Bila dah masuk alam kanak², cik nur ada je try bukak tudung, lepas tu cik nur kena pukul terus tak berani tak buka tudung. Mengaji? cik nur start belajar kenal Alif Ba Ta sejak cik nur boleh cakap🤭 cik nur lancar baca al-Quran masa umur darjah 2 sebab umi cik nur garang. Dari sekolah tadika sampai sekolah menengah, sekolah agama but one day...cik nur ada dengar tazkirah, ramai orang islam sekarang hanya Islam dalam ic, islam kerana keturunan bukan betul² islam. Akhirnya terdetik di hati ciknur
"Betul ke Allah itu ada?"
Lepas soalan itu muncul di fikiran cik nur, mula la pelbagai dan bermacam-soalan yang terlintas kat fikiran ni yang cuba memesongkan akidah cik nur. Hari berganti- hari, cik nur tetap memikirkan tentang wujudnya Allah walaupun hari² solat, puasa dan sebagainya sehinggakan ciknur dah dah tak tahan.
Tahun 2013, ketika itu di asrama, selepas selesai solat asar di surau, cik nur nak keluar dan buka pintu je surau ada poster bukti kewujudan Allah yang ada gambar² yang tertulis nama Allah kat baty, langit, telinga bayi dll tapi yang terlintas di hati cik nur? cik nur kata
"edit je ni"
pastu cik nur keluar dan pergi belakang musolla. cik nur tengok langit dan rumput di padang sekolah pastu pandang pada pokok² di sekeliling cik nur dan cik nur cakap
"awan terapung tali"
"Bunga wujud disebalik dedaunan"
"pokok berdiri tegak kerana ada akar"
"mana mungkin tiada yang pencipta yang menciptakannya. Tapi betul ke Allah yang cipta bukan tuhan dari agama² lain?"
ciknur tarik nafas dalam-dalam dan berkata
"Jika Allah itu ada, buktikan! tunjuk depan mata ku sendiri DIA betul² ada. Aku tak nak hidup tanpa tahu siapa tuhanku"
cik nur pandang ke langit. tak de jawapan? mana mungkin Allah akan berbicara. cik nur bukan nabi. Cik nur tergelak dan bangun sebab azan maghrib dah berkumandang. Selepas berwudhuk dan menuju ke bilik telekung. kecoh pelajar asputeri kat luar musolla. Cik nur pun keluar la nak tengok apa yang berlaku.
Terkejut bukan kepalang bila tengok di atas musolla. Betul-betul atas musolla ada satu bulatan yang sangat-sangat besar dan didalam bulatan itu ada nama Allah dalam bahasa arab dengan tulisan yang terbalik. bukan cik nur sorang yang nampak tapi ramai orang yang nampak depan mata sendiri dan waktu tu cik nur lari masuk bilik air musolla dan menangis. Cik nur mengucap kalimah syahadah dan istighfar. Betul-betul tak sangka Allah akan menjawab soalan cik nur. Allah betul² buktikan kewujudannya depan mata cik nur. Manusia yang banyak berdosa. Manusia yang banyak buat maksiat tapi tetap dijawab oleh Allah. Mana mungkin cik nur akan menyangkal kewujudannya. Datanglah sesiapun yang cuba memesongkan akidah cik nur, cik nur tetap akan beriman pada Allah yang satu. Walaupun ilmu hanya sedikit, iman naik turun naik turun setiap waktu. cik nur tetap percaya Allah itu ada dan ini bukan kali Allah menjawab pertanyaan dan permintaan cik nur. Ada lagi.. dan akan diceritakan pada post yang lain.
Terima kasih membaca dan sama- samalah mengucapkan kalimah syahadah. Asyhadualla ilaha illah.. Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah. Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah. Semoga Allah mengukuhkan keimanan kita dan mempertingkatkannya. Aminn
0 comments