Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Tips
    • Student
    • Teacher
    • Beauty
  • Story
    • Cerpen
    • My Daily Life
  • Tutorial
  • Bloglist
  • Travel
    • Malaysia
    • Mecca
  • Contact
This Blog in Malay and sometimes i use English to practice my english language. Sorry for my poor English guys >.<


CikBiela's Lifestyle

Setiap insan dambakan cinta

Setiap insan merindukan bait² cinta kekasihnya

begitu juga cik nur yang merindukan akan kekasih hati. 

Namun 'cinta'  begitu tinggi nilainya.

Mengutarakannya bukan hanya sekadar melafazkannya

Tetapi perlu juga membuktikannya.

Apakah diri ini layak mengutarakan cinta padaNya tatkala malam menagih cinta dariNya tapi di siang hari leka dengan habuan dunia?

Adakah diri ini layak juga memiliki cinta agungNya

sedangkan hati ini kerap kali dilumuri dosa?

Malu..

Malu..

Malu sekali untukku sujud pada Mu Ya Rabb.

Malu sekali ku memohon belas kasihMu

Malu sekali aku mendambakan belaian cintaMu.

Ampunkan dosaku Ya Rabb...

Jangan Engkau berpaling dariku kerna dosaku.

Jangan tinggalkan aku kesepiaan dan terus hidup dengan bergelumang dosa.

CintaMu..

CintaMu..

pandanglah aku dengan kasih sayangMu.

Hanya CintaMu yang kekal

sedangkan cinta didunia hanya lah sementara.

Ku mohon.. 

ku mohon..

Berikan aku menyintaimu meskipun hati ini tidak benar tulus mengingatiMu.

Terima lah cintaku Ya Rabb




Mei 18, 2021 No comments

  Assalamualaikum. 

Kali nicik nur nak review skincare from Nihon yang akan menjadikan kulit kita ala-ala orang Jepun. bukan Korea ye tapi Jepun.

cik nur dah try product ni lama dah dari zaman belajar kat kolej dan sekarang sudah pun berumahtangga. lol.. tak..tak.. ciknur single lagi. ciknur pakai produk ni sampai dah bekerja. Dari zaman kurus sampai dah berisi dengan jayanya.

So back to the point. Product ni ada set tapi cik nur dah 4x repeat Brightening Face Creme (BFC) Gambarnya seperti di bawah👇


Product ni bagus untuk mengurangkan minyak and the same time mampu mengurangkan jerawat dan lama² jerawat pun takda dan juga bagus tuk parut jerawat. Dah bertahun² cik nur pakai kat muka ni dah ia berkesan. jerawatnaik bila datang bulan dan parut pun makin pudar . Amik masa jugak sebab muka cik nur MashaAllah teramat banyaknya parut sekarang tinggal dalam 5-6 gitu. takpe lambat asalkan hilang juga. hahaha.

next cik nur dah cuba pakai Night Repair Creme (NRC). Cik nur dah repeat 2x. Gambar seperti dibawah ada 2 version


Bentuk je lain tapi sama je. yang kiri tu yg lama punya, yg kanan tu yang baru. cik nur beli ni tuk repair skin. nak kembalikan kulit tidak sekata tu uolzz. NRC ni pakai waktu malam sebab nak repair kan.. mesti la malam. dia repair time kita zzzzz tidur tu. Tapi bila cik nur fikir 2-3 kali. Better cik nur fokus tuk rawat jerawat dan parut dulu sebab itulah ciknur repeat BFC sampai 4x. hahha.

Next, Triple Action Serum (TAS). Bentuknya kecik sahaja. Comel...


Kecik-kecik cili padi. Product ni bagus tuk jerawat di muka tu dan bantu juga tuk hapuskan parut² degil tu. Ini baru kali pertama belidan so far so good. Jerawat naik n letak 2-3 hari dah kecut. bagus²👍

last sekali ialah Brightening Body Creme (BBC). Cik nur terus beli yang 200ML. besau sebab nak kembalikan kulit badan yang berparut akibat jatuh longkang, kena seterika, jerawat dan kena ekzos motor. hahaha.. tak pelik pun kalau badan ciknur berparut banyak sebab ciknur lasak dan buat keje laki. Jadi untuk dapat kulit seperti sediakala,cik nur terus beli BBC ni dan hasilnya baru sebulan guna. Parut boleh nampak dah makin pudar tapi still ada lagi. fuhhhh.. cik nur menjangkakan lepas 3 tahun kulit okay. so keep it up dan don't give up!!

Itu sahaja bebelan review produk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tak berapa menarik tapi padat apa yang nak disampaikan. Cik nur bagi 5start 👍 

Bagi yang mencuba try produk ni, boleh buat pembelian di instagram mereka. Taip Nihon Skincare official okay. Selamat membeli untuk mencantikkan diri sendiri. Assalamualaikum🤭


Mei 18, 2021 No comments



Kali ni cik nur akan menceritakan pengalaman diri sendiri mencari kebenaran. Sebelum itu, akan cij nur nak beritahu latar belakang cik nur.

 Cik nur dibesarkan dalam keluarga yang beragama. Sejak cik nur kecil, bayi lagi sudah diajar pakai tudung. Bila dah masuk alam kanak², cik nur ada je try bukak tudung, lepas tu cik nur kena pukul terus tak berani tak buka tudung. Mengaji? cik nur start belajar kenal Alif Ba Ta sejak cik nur boleh cakap🤭 cik nur lancar baca al-Quran masa umur darjah 2 sebab umi cik nur garang. Dari sekolah tadika sampai sekolah menengah, sekolah agama but one day...cik nur ada dengar tazkirah, ramai orang islam sekarang hanya Islam dalam ic, islam kerana keturunan bukan betul² islam. Akhirnya terdetik di hati ciknur


"Betul ke Allah itu ada?"


Lepas soalan itu muncul di fikiran cik nur, mula la pelbagai dan bermacam-soalan yang terlintas kat fikiran ni yang cuba memesongkan akidah cik nur. Hari berganti- hari, cik nur tetap memikirkan tentang wujudnya Allah walaupun hari² solat, puasa dan sebagainya sehinggakan ciknur dah dah tak tahan.

Tahun 2013, ketika itu di asrama, selepas selesai solat asar di surau, cik nur nak keluar dan buka pintu je surau ada poster bukti kewujudan Allah yang ada gambar² yang tertulis nama Allah kat baty, langit, telinga bayi dll tapi yang terlintas di hati cik nur? cik nur kata

"edit je ni"


pastu cik nur keluar dan pergi belakang musolla. cik nur tengok langit dan rumput di padang sekolah pastu pandang pada pokok² di sekeliling cik nur dan cik nur cakap

"awan terapung tali"

"Bunga wujud disebalik dedaunan"

"pokok berdiri tegak kerana ada akar"

"mana mungkin tiada yang pencipta yang menciptakannya. Tapi betul ke Allah yang cipta bukan tuhan dari agama² lain?"

ciknur tarik nafas dalam-dalam dan berkata

"Jika Allah itu ada, buktikan! tunjuk depan mata ku sendiri DIA betul² ada. Aku tak nak hidup tanpa tahu siapa tuhanku"


cik nur pandang ke langit. tak de jawapan? mana mungkin Allah akan berbicara. cik nur bukan nabi. Cik nur tergelak dan bangun sebab azan maghrib dah berkumandang. Selepas berwudhuk dan menuju ke bilik telekung. kecoh pelajar asputeri kat luar musolla. Cik nur pun keluar la nak tengok apa yang berlaku. 

Terkejut bukan kepalang bila tengok di atas musolla. Betul-betul atas musolla ada satu bulatan yang sangat-sangat besar dan didalam bulatan itu ada nama Allah dalam bahasa arab dengan tulisan yang terbalik. bukan cik nur sorang yang nampak tapi ramai orang yang nampak depan mata sendiri dan waktu tu cik nur lari masuk bilik air musolla dan menangis. Cik nur mengucap kalimah syahadah dan istighfar. Betul-betul tak sangka Allah akan menjawab soalan cik nur. Allah betul² buktikan kewujudannya depan mata cik nur. Manusia yang banyak berdosa. Manusia yang banyak buat maksiat tapi tetap dijawab oleh Allah. Mana mungkin cik nur akan menyangkal kewujudannya. Datanglah sesiapun yang cuba memesongkan akidah cik nur, cik nur tetap akan beriman pada Allah yang satu. Walaupun ilmu hanya sedikit, iman naik turun naik turun setiap waktu. cik nur tetap percaya Allah itu ada dan ini bukan kali Allah menjawab pertanyaan dan permintaan cik nur. Ada lagi.. dan akan diceritakan pada post yang lain. 

Terima kasih membaca dan sama- samalah mengucapkan kalimah syahadah. Asyhadualla ilaha illah.. Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah. Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah. Semoga Allah mengukuhkan keimanan kita dan mempertingkatkannya. Aminn

Mei 18, 2021 No comments
Newer Posts
Older Posts

🪻Thanks for visit !!🪻

🪻About me🪻

Wanita Niqabis (@WanitaNiqabis) | Twitter


Welcome to my blog

I'm NUR- I'm Chocolate lover and passionated on beauty, fashion, travel and food. I also like reading and writing so i want to sharing with you everything i know so keep watching and reading my stories ok :)

Blog since 30 May 2020
Full time Student
Half time Blogger
28 years old

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

🪻Label🪻

  • Health
  • Story
  • tutorial

🪻Arkib Blog🪻

  • ►  2025 (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2024 (7)
    • ►  Disember (5)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2023 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  Jun (2)
  • ▼  2021 (24)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (1)
    • ▼  Mei (3)
      • Dambakan Cinta
      • Review: Nihon skincare
      • Allah itu ada?
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (12)
  • ►  2020 (24)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (18)

🪻My wishlist🪻

Graduated
Work
Married

Created with by ThemeXpose